Suasana di sebuah pusat beli-belah terkenal, Setia Alam City Mall di Setia Alam, Shah Alam, Selangor bertukar kecoh apabila insiden tembakan berlaku sekitar jam 10 malam.

Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden itu.

Kejadian yang mencetuskan panik itu menyebabkan para pengunjung dan peniaga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis.

Ads

Insiden Tembakan Di Pusat Beli  Belah Setia Alam, Ratusan Pengunjung Lari, Lelaki Cedera Insiden Tembakan Di Pusat Beli  Belah Setia Alam, Ratusan Pengunjung Lari, Lelaki Cedera Insiden Tembakan Di Pusat Beli  Belah Setia Alam, Ratusan Pengunjung Lari, Lelaki Cedera

SIASATAN LANJUT KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI PUSAT MEMBELI BELAH SETIA ALAM

Memetik laporan Bernama, polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.

Ads

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.

Ads

“Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Laporan selanjutkan akan dimaklumkan.

Sumber: Bernama & Sosial media orang awam

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI