Sejak Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bermula, banyak kisah-kisah peserta yang merupakan dalam kalangan selebriti kita dengar. Lebih-lebih lagi selebriti lama yang namanya jarang kita dengari meskipun lagu mereka sering dimainkan di radio mahupun sosial media seperti Youtube.
Tidak lagi berahsia, penyanyi Pat Candy dan suaminya yang merupakan pemain gitar dan juga komposer Edrie Hashim mendedahkan bahawa mereka memiliki dua anak lelaki autisme, Darren Haikal, 18 dan Dylan Hyder, 10.
Jika tidak disebabkan insiden kehilangan anak sulung, pastinya pasangan ini akan terus berahsia. Bukan malu ataupun tidak dapat menerima hakikat, namun mereka agak keberatan mendedahkan keadaan anak-anaknya kerana bimbang masa depan, selain kurang kefahaman mengenai autisme.
“Sebelum ini, kami merahsiakan keadaan Darren dan Dylan. Ini kerana beranggapan lebih baik merahsiakannya agar mereka tidak malu jika penyakit sembuh, suatu hari nanti.
“Namun, akhirnya saya dan Edrie sedar mereka tidak akan pulih. Pendirian juga berubah selepas peristiwa kehilangan Darren.
“Pada masa itu, kami sekeluarga dijangkiti virus Influenza dan perlu dirawat di hospital. Selepas pendaftaran, kami panik menyedari Darren hilang.
“Puas mencari akhirnya kami bertemu dengannya di sebuah stesen petrol berhampiran. Sejak itu, kami lebih terbuka mengenai keadaan Darren dan Dylan.
“Jika berlaku insiden sama, orang tahu harus menghantar mereka ke mana jika terjumpa,” cerita Pat kepada BH Online.
Ads
Berkongsi pengalaman menjaga dua anak autisme, Pat atau Nurul Nadhirah Patricia Robert berkata, kesabaran tinggi amat diperlukan kerana dua anaknya itu tidak mampu menguruskan diri sendiri.
“Sejak masih bayi hinggalah sekarang, saya masih lagi mandikan Darren. Malah, butang baju pun Darren tak pandai pakai.
“Ini juga antara punca saya menghilang dari radar seni. Saya mahu menjaga anak-anak.
“Sedangkan, ada ketika saya sendiri tidak tahan, apatah lagi orang lain.
“Dahulu, saya tak berapa faham mengenai autisme, namun, sekarang sudah ada banyak maklumat mengenainya.
Ads
“Saya ada menyertai kumpulan berkait rapat dengan autisme dalam Facebook. Di situlah banyak pengalaman dikongsi,” katanya.
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Akan Ku Tunggu itu berkata, dia mulanya menganggap satu cabaran menjaga Darren dan Dylan.
“Namun, saya bersyukur Darren dan Dylan sihat dan masih berjalan ke sana sini. Saya melihat pengalaman orang lain yang ada antaranya anak terlantar,” katanya.
Sebagai ibu, wanita kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, ada ketika menaruh harapan anak-anaknya kembali pulih seperti anak lain hingga terbawa-bawa dalam mimpi.
“Saya pernah bermimpi rancak berbual dengan Darren. Ketika itu, perasaan saya sangat gembira kerana tak sangka akhirnya dapat bersembang dengannya.
Ads
“Malangnya, situasi hanya berlaku dalam mimpi. Apabila terjaga, saya cuba tidur dengan harapan mimpi akan sama akan berulang, namun hampa.
“Cuma, saya kasihan dengan Edrie. Ini kerana suami tidak dapat berbual dengan anak-anaknya seperti bapa lain disebabkan keadaan mereka,” luah Pat dalam nada sedih.
Terdahulu, Pat mendirikan rumah tangga dengan Edrie yang juga komposer dan ahli kumpulan Project Pistol pada 2002.
Darren disahkan austisme dan hyperaktif, manakala adiknya Dylan tidak pernah bercakap dan doktor mengesahkannya speech delay’ dan dikenali ‘autism spectrum’ sejak lahir.
Tidak ramai yang tahu cara mencuci sayur dan buah-buahan dengan betul sehingga ada yang sanggup guna sabun tertentu untuk memastikan ia bersih.
Bagaimana pula cara anda membersihkan sayur dan buah dengan cara yang betul tanpa menggunakan sabun khas dapat membasuh sayur dan buah dengan bersih dan selamat.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian Abu Hannah. Jom lihat caranya!
Kenapa rendam buah dengan cuka?
1) Sebab nak bg tahan lama sikit masa simpan.
2) Nak cuci segala racun dan segala mak nenek pesticide yg digunakan pd tanaman. Selain cuka?
Boleh jer guna garam pink tu utk hilangkan racun. Tp kalau guna cuka lama la sikit boleh simpan.
Caranya, sebekas air dan tuangkan sedikit cuka. Slps 15 minit keluarkan. Dan jgn bilas dgn air biasa, kemudian terus simpan dlm peti ais.
So baki air rendaman tu nak buang ker? Jgn buang. Rugi. Biasanya baki air rendaman cuka tu aku buat rendam chopping board kat dapur tu. Yelah papan pemotonv daging dan sayur ni kdg cuci mcm tu jer x bersih sgt. Even sabun pun bukan bunuh semua bad microbes. So guna cuka.
Selain tu? Tuang dlm periuk nasi elektrik yg dh siap dicuci. Biarkan beberapa jam. Utk bunuh bad microbes dan fungus yg x nampak dek mata kasar. So xdelah nasi cpt basi nti bila masak.
Selain tu? Tuang kat sinki dapur. Letak garam kasar kat lubang sinki dapur dan tuang air cuka. Utk cuci dan buang lelemak yg melekat dlm saluran. Microbes dan kulat pun hilang. Xdelah bau yg busuk dlm saluran.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum maklum, untuk seseorang itu menurunkan berat badannya hatta 1kg sekali pun bukanlah perkara mudah. Tapi berbeza bagi pasangan suami isteri ini, Puan Rabiatul Adawiah Mohd Yusoff, 30 dan suaminya Encik Ahmad Jihad Ahmad Shafee, 30 yang dahulunya pernah mengalami masalah berat badan dan kini kembali kurus.
Atas sebab ini juga, kisahnya telah dikongsikan di dalam Majalah Keluarga terbitan Julai 2018 agar dapat memberi inspirasi kepada yang ingin menurunkan berat badan.
Ini Perkongsiannya
“Mula dulu saya sendiri tidak merasa saya gemuk sebab setiap kali tanya suami tentang perubahan fizikal saya, jawapannya sentiasa positif. Katanya saya cantik dan tak gemuk di matanya. Bila baju sendat untuk dipakai, suami akan belikan yang baharu. Jadi saya tidak merasa sebarang tekanan.
“Sampailah suatu hari saya beli penimbang digital, dan saya membayangkan berat saya mungkin dalam 90kg tapi selepas ditimbang berat badan saya 105kg. Melihat angkat tersebut memang saya sudah takut dan terus ajak suami untuk lakukan sesuatu untuk turunkan kembali berat badan.
“ Tidak dengan itu, sebenarnya kami berdua acap kali ditegur oleh ibu tentang berat badan yang bagai dipam-pam ni. Sebenarnya pertambahan berat badan ini bukannya mendadak. Seingat saya selepas melahirkan Ahmad Furqan empat tahun lalu, berat badan saya semakin bertambah dari tahun ke tahun.
“Manakala suami pula menampakkan perubahan berat badan selepas berkahwin lagi. Senang cakap, berat badan kami sama-sama naik. Mungkin sebab ini juga kami tidak rasa masalah dan gembira sahaja dengan keadaan itu,” ujar Rabiatul atau lebih mesra disapa Bie di awal bicaranya.
Perasaan dalam hati
Apabila diminta untuk berkongsi perasaan, nyata wanita berwajah manis ini juga punya perasaan rendah diri dan malu untuk bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi jika terserempak dengan kawan-kawan lama.
“Pernah suatu ketika tu, saya dan suami pergi ke pusat membeli belah dan tiba-tiba saya ternampak kelibat kawan saya dari jauh. Sebelum terserempak saya cuba elakkan dari ternampak tapi terserempak juga.
“Dan sedihnya bila jumpa kawan tu boleh cakap, “Bie apasal kau gemuk sangat ni, ngerinya!” Saya dengar perkataan ngeri tu saya memang terpukul sangat,” cerita Bie lagi dengan panjang lebar.
Ubah 360 darjah
Baginya, kecantikan wanita itu selain pada raut wajah dan penampilan, berat badan juga memainkan peranan yang penting untuk tampil sempurna.
“Orang perempuan memanglah nak sentiasa cantik. Walaupun masa itu saya gemuk, saya juga teringin untuk nampak cantik. Namun apa yang saya perasan, belilah macam mana mahal sekali pun pakaian yang ada, tapi saya tetap nampak tidak menarik.
Memastikan berat badan terus dapat diturunkan, bukan sahaja aktiviti jasmani ditekankan malah dari sudut pengambilan makanan juga diubah 360 darjah. Jika dahulu tidak ambil pusing tentang pemakanan sihat, namun hari ini setiap makanan yang diambil dipastikan kalorinya terlebih dahulu.
“Kami memilih tentang makanan. Semuanya perlu makanan yang sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tiada lagi makanan bergoreng tapi beralih kepada masakan panggang dan kukus. Boleh katakan perubahan gaya pemakanan keluarga kami memang total 100% berubah.
sumber : Majalah Keluarga isu Julai 2018
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasak satu kemestian lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak. Namun, ada kalanya ativiti memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun, usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...