Sesungguhnya ajal maut tu kita tak boleh jangka dan sangka.
Kematian itu adalah rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dia-lah yang menetapkan dan maha mengetahuinya
Begitulah yang dikongsi oleh seorang lelaki yang terkejut dengan berita kawannya telah meninggal dunia.
Arwah memuat naik status gembira memberitahu akan bersara beberapa hari lagi. Namun siapa sangka ia bertukar duka.
Muhasabah diri mengenai status itu, dia mula mengubah cara hidup untuk menikmati kehidupan sebelum ajal tiba.
Moga kita menjadi khalifah di muka bumi ini istiqomah dengan apa yang dilakukan untuk mendapat keredahaan Maha Pencipta.
Ikuti perkongsian ini.
Muhasabah diri
Seorang kenalan saya di FB telah meninggal dunia. Minggu lepas, arwah ada buat status “akan pencen lagi beberapa hari”
Jelas nampak aura gembira di statusnya. Semalam saya lihat FBnya dipenuhi ucapan takziah & al-Fatihah.
Saya diam. Saya seorang yang suka menangguhkan keseronokan saya. Saya suka kumpul duit sampai jadi 5 6 angka.
Dan akhirnya saya sedar semuanya tu jadi sia2 bila tiba2 saya dipanggil pergi.
Hari ni saya mula menikmati hidup saya. Berbelanja apa yang saya nak. Berbakti pada keluarga saya. Dan tak lagi runsing mengenai duit.
Sebab bagi saya,
“Duit datang, duit pergi,
tapi masa & nyawa tiada ganti”
Sumber: Hanif Malek
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.