Bergelar ibu bapa buat kali kedua nyata menambahkan lagi rasa syukur dan gembira buat Ali, pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh.
Disebalik kegembiraan tersebut, Ali memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang kini dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.
“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Ainul Mardhiah baru berusia seminggu dan pada mulanya dimasukkan ke wad kerana jaundice.
“Namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, anak saya disahkan mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang,” katanya.
Tambah Ali lagi Ainul Mardhiah dipindahkan daripada Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati ke Hospital Ampang.
Ali juga sedang menunggu jawapan daripada Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan Ainul Mardhiah akan dipindahkan ke sana.
“Menurut doktor pembedahan akan dilakukan dan mengambil masa agak panjang. Saya hanya menanti keputusan daripada doktor pakar di Hospital Serdang.
Ads
“Terima kasih yang mendoakan Ainul Mardhiah dan saya harap kawan-kawan semua dapat terus mendoakan kesihatan anak saya dan semoga semua urusan berjalan lancar,” ujarnya.
Reda dengan keadaan Ainul Mardhiah, Ali menganggap ini dugaan buatnya dan isteri serta menyerahkan semuanya kepada Allah SWT selain berusaha untuk memastikan anak keduanya itu kembali sihat.
“InsyaAllah, Allah SWT tidak akan menguji hambanya jika orang itu tidak mampu menghadapi dugaan…Semuanya akan baik,” katanya.
Sementara itu,Melati Fitri Abdullah, isteri kepada Ali turut berkongsi keadaan anak mereka yang dibawa dari Hospital Ampang ke Hospital Serdang, untuk bertemu pakar jantung di sana. Melati telah berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi kemas kini terbarunya di instagram.
“Assalamualaikum semua, hari ni adik Ainul dah dibawa ke Hospital Serdang untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung.
“Doktor pakar iaitu, Dr. Oii Yin sahkan adik Ainul menghadapi masalah injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di bahagian tengah.
“Doktor beritahu keadaan adik Ainul agak serius, dan berita baiknya kata doktor, lubang itulah yang membantu adik Ainul bernafas hingga sekarang,” tulisnya.
Tambah Melati lagi, doktor pakar menyarankan pembedahan dijalankan secepat mungkin dan anaknya kini sedang berada dalam pemantauan doktor.
Ads
“Doktor sarankan pembedahan dilakukan seawal mungkin dan adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang untuk menanti hari pembedahannya tidak lama lagi, kemungkinan dua hingga tiga minggu dari sekarang.
“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat menghadapi dugaan ini. Saya ibu dan walid kepada adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yang tak henti2 dan banyak bagi saya tips untuk menghadapi situasi macam ni.
“Dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn… ~SALAM SYG DARI ADIK AINUL~~SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH~
Dalam pada itu, Ali turut berkongsi hal yang sama di laman instagramnya.
Harini adik kene transfer checkup kat hospital serdang…walid tau…adik kuat…sikit lagi nnti adik sihat tau…walid ngn ibu tggu adik yerr,” tulisnya.
Tanggal 20 Ogos yang lalu, anak kepada CEO syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes, yang dinamakan Aliyah Ena Fernandes telah genap setahun.
Disebabkan baby Aliyah berdarah kacukan Korea, Tony dan isterinya, Chloe Kim, telah mengadakan sambutan sederhana bagi merai hari kelahiran anak mereka mengikut adat tradisi Korea. Tony dan keluarganya dilihat memperagakan pakaian tradisional Korea iaitu “hanbok” dengan tema warna putih pink yang cantik sekali.
Apa yang lebih menarik berkenaan sambutan ulang tahun tersebut, adalah berkenaan adat tradisi Korea iaitu “Doljanchi”. Semasa aktiviti ‘Doljanchi” berlangsung, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pilihan lain yang mewakili makna berbeza. Objek pertama atau kedua yang dipilih dipercayai ‘mungkin’ mewakili kerjaya mereka di masa hadapan.
Antara objek di dulang untuk dipilih adalah bola, mikrofon, palu kayu hakim dan banyak lagi. Adakah baby Aliyah akan memilih objek yang berkaitan dengan perniagaan penerbangan seperti kerjaya bapanya? Jawapan dia tidak. Baby Aliyah memilih mikrofon! Mungkin baby Aliyah akan menjadi penyanyi atau pengacara yang terkenal satu hari nanti.
Tony Fernandes turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smart Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”
Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan itu, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza. Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai ‘mungkin’ mewakili kerjaya masa depan mereka.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih mikrofon sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Sebagai info, Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi dan hiburan kepada anda semua dan kami berharap agar baby Aliyah akan kekal bahagia tanpa kira apa kerjaya sebenarnya nanti.
Sumber: Astro Awani
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Setiap hari ada sahaja kita melakukan kesilapan, sama ada secara sedar atau tidak. Entah kan pada ahli keluarga, adik beradik, sahabat, jiran tetangga atau sebagainya. Hal ini terjadi kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak sunyi dari kesilapan.
Justeru bila kita tersedar kita telah melakukan kesilapan pada seseorang umpamanya, ayat keramat yang sering diucapkan adalah “Saya mohon maaf”. Ini memandangkan meminta maaf merupakan tindakan atau usaha yang boleh dilakukan untuk memperbaiki hubungan dengan orang lain.
Pun begitu selain berkata maaf, tahukah anda ada cara lain juga boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Puan Nurhidayah Jaafar. Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam usaha kita memperbaiki hubungan sesama manusia.
Selain berkata, “Saya mohon maaf”, ada lima cara untuk memperbaiki keadaan.
Begini SOP-nya membetulkan kesilapan dan kesalahan sendiri.
1. Akui kesilapan atau kesalahan kita itu.
2. Mengaku sendiri di dalam hati.
3. Tidak perlu cerita perbuatan buruk kita kepada orang lain. Erti kata lain, jangan mendedahkan aib sendiri.
4. Perbaiki sikap, tingkah laku dan cara kerja. Ikut apa yang betul, tinggalkan apa yang salah.
5. Banyakkan buat benda baik. Kebaikan yang banyak dapat menutup pintu-pintu keburukan.
Masih ingat posting saya sebelum ini tentang pembunuh bapa saudara yang dicintai Nabi iaitu Wahsyi.
Wahsyi telah melakukan satu perbuatan kejam yang amat merobek jiwa Rasulullah.
Bagaimana beliau menebus kesalahan zaman gelapnya itu?
Dengan tombak yang digunakan untuk membunuh Hamzah, tombak yang sama itulah digunakan untuk menghapuskan nabi palsu, Mussailamatul Kazzab.
Itulah saat yang ditunggu-tunggu oleh Wahsyi untuk mendapatkan semula kegembiraan Rasulullah. Dan dia berkata, “Semasa musyrik, aku membunuh sebaik-baik manusia iaitu Saidina Hamzah. Semasa aku Islam, aku telah membunuh sejahat-jahat manusia iaitu Mussailamah al-Kazzab.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Lihat rumah orang lain yang sentiasa nampak kemas dan bersih memanglah kita suka dan seronok, tapi sekadar suka sahaja tanpa buat sesuatu pasti tidak menjadi.
Jadi apa rahsianya?
Berkongsi cara atau style mengemas dari seorang lelaki bujang ini yang mengelarkan dirinya Pak Su, menarik juga untuk dipraktikkan.
Cubalah dulu buat kerja rumah mana yang mudah dan pasti lama-lama semuanya jadi rutin dan sekali gus rumah akan terlihat kemas, bersih sentiasa.
Ini perkongsiannya.
Guys.
Semalam paksu share cara arwah mak ayah didik paksu hingga jadi rajin buat kerja rumah. Hari ni paksu nak share cara paksu kemas rumah. Mungkin cara kita tak sama (berbeza), ada orang buat begini…..ada orang buat begitu, itu tidak jadi masalah. Semuanya betul dan tidak ada yang salah. Tapi ini style paksu (nak tiru…..silakan, tak nak ikut paksu tak marah).
1. Bangun je tidur paksu akan pastikan selimut dilipat, bantal disusun dan katil dikemas seperti sebelum malam pertama nikah. (Orang baru nak nikah kan katil dia cantik je kemas, lepas malam pertama huhhhhhh bersepah).
Amalkan dari awal, inshaallah ia akan jadi mudah.
2. Lepas guna tandas, paksu akan pastikan mangkuk jamban diflush. Cermin dan sinki dicuci/dilap, dinding-dinding/lantai disental dan alatan mandian disusun kemas tidak boleh bersepah. Susun mengikut ketinggian dan kategori (yang kenal paksu tahulah). Kahkahkah!!!
3. Rumah paksu tak ada mesin basuh. Jadi paksu amalkan cuci/basuh terus baju kotor yang dah dipakai dengan tangan (jimat dan mudah). Kalau korang ada mesin basuh lain ceritalah.
4. Jenis paksu lepas masak/makan, cawan, pinggan, kuali paksu terus cuci/basuh. Jadi dalam sinki paksu akan pastikan sentiasa bersih. Sebab manusia normal macam kita ni, semua ada penyakit “malas” (paksu pun 2×5 jugaklah). Bila dah bertimbun, dibiarkan lagi bertimbun……parah!!!
Paksu duduk bujang (ramai-ramai) paksu tahulah!!!
5. Sapu dan mop lantai (yang ni 2-3 hari sekali pun jadi dah). Sebab paksu tinggal rumah bujang bukan rumah kelamin/orang bernikah, jadi rumah paksu tak kotor sangatlah. Tapi untuk rumah berkeluarga yang ramai anak mungkin kena sapu setiap hari sebab mudah berpasir dan berhabuk (betulkan paksu kalau paksu salah).
Mop lantai tu paksu akan buat last sekali sebab tak nak lantai tu kotor lagi masa kita buat kerja gi mari gi mariiii…..(bahasa kelantan keluar dah).
Amalkan dulu yang mudah, kediankan yang payah. Inshaallah kerja rumah ni kacang sangatlah. Laki perempuan semua boleh buat, kalau betul cara didikannya, percayalah.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.