Beratnya ujian yang kau harus lalui sayang… Sayu hati tatkala melihat sekujur tubuh kecil yang tidak mengerti apa-apa diduga dengan ujian yang cukup besar.
Tidak terungkap dengan kata-kata,demikian apabila membaca perkongsian yang dimuat naik oleh penyampai Radio Sinar.FM, Abby Fana di laman Instagramnya.
Dia baru-baru ini telah melawat seorang kanak-kanak istimewa bernama Syifa yang sedang bertarung nyawa kerana komplikasi kesihatan.
“Baby Syifa dilahirkan dengan komplikasi kesihatan; hydrocephalus, sumbing & buta. Pertama kali k.bed & geng biro kebajikan ukhwah muslimat putra heights @umph menziarahinya ialah pada Ramadan 2018 (gambar 1 & 2).
“Ahad lepas kami berpeluang menziarahinya kembali…lihat gambar 3…kondisi terkini Syifa ?
“K.bed ckp pada ibunya Pn.Safiah…Inilah Syurga awak, ada di depan mata…terus mata kami berkaca.
“Difahamkan doktor tidak dapat buat pembedahan kerana terlalu tinggi risiko…
Mohon doa untuk Syifa yang kini berusia 1 tahun 3 bulan ya,”tulis Abby Fana dalam instagramnya.
Cairan dalam otak
Menurut Abby, ini merupakan kali ketiga dia melawat adik Syifa dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Ramadan tahun lepas.
Adik Syifa yang kini berusia, 1 tahun 3 bulan, dilahirkan dengan keadaan buta dan sumbing serta menghidap Hydrocephalus, iaitu kondisi penumpukan cairan di dalam otak.
Tidak dapat dibedah risiko tinggi
Lebih memilukan, doktor telah memberitahu bahawa pihak hospital tidak dapat menjalankan pembedahan kerana mungkin berdepan dengan risiko yang tinggi.
Tidak dapat membayangkan bagaimanalah perasaan orang tuanya apabila mendapat tahu bahawa tiada bantuan perubatan yang dapat menyelamatkan anak mereka, kini hanya doa dan keajaiban daripada Allah mampu mengubah segalanya.
Rata-rata netizen bagaikan hilang kata-kata melihat keadaan adik Syifa yang cukup memilukan, hanya doa dan kata-kata semangat diberi sebagai pendorong buat keluarga bakal penghuni syurga ini.
Sumber: IG abbyfana