Beratnya ujian yang kau harus lalui sayang… Sayu hati tatkala melihat sekujur tubuh kecil yang tidak mengerti apa-apa diduga dengan ujian yang cukup besar.

Tidak terungkap dengan kata-kata,demikian apabila membaca perkongsian yang dimuat naik oleh penyampai Radio Sinar.FM, Abby Fana di laman Instagramnya.

Dia baru-baru ini telah melawat seorang kanak-kanak istimewa bernama Syifa yang sedang bertarung nyawa kerana komplikasi kesihatan.

“Inilah Syurga Awak, Ada Di Depan Mata.”Lahir Dengan Penumpukan Cairan Di Otak, Sumbing & Buta, Adik Syifa Mohon Doa Semua. Sebaknya Baca!

“Baby Syifa dilahirkan dengan komplikasi kesihatan; hydrocephalus, sumbing & buta. Pertama kali k.bed & geng biro kebajikan ukhwah muslimat putra heights @umph menziarahinya ialah pada Ramadan 2018 (gambar 1 & 2).

“Ahad lepas kami berpeluang menziarahinya kembali…lihat gambar 3…kondisi terkini Syifa ?

Ads

“K.bed ckp pada ibunya Pn.Safiah…Inilah Syurga awak, ada di depan mata…terus mata kami berkaca.

“Difahamkan doktor tidak dapat buat pembedahan kerana terlalu tinggi risiko…
Mohon doa untuk Syifa yang kini berusia 1 tahun 3 bulan ya,”tulis Abby Fana dalam instagramnya.

Cairan dalam otak

Menurut Abby,  ini merupakan kali ketiga dia melawat adik Syifa dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Ramadan tahun lepas.

Ads

Adik Syifa yang kini berusia, 1 tahun 3 bulan, dilahirkan dengan keadaan buta dan sumbing serta menghidap Hydrocephalus, iaitu kondisi penumpukan cairan di dalam otak.

Tidak dapat dibedah risiko tinggi

Lebih memilukan, doktor telah memberitahu bahawa pihak hospital tidak dapat menjalankan pembedahan kerana mungkin berdepan dengan risiko yang tinggi.

Ads

“Inilah Syurga Awak, Ada Di Depan Mata.”Lahir Dengan Penumpukan Cairan Di Otak, Sumbing & Buta, Adik Syifa Mohon Doa Semua. Sebaknya Baca!

Tiada bantuan perubatan dapat selamatkan

Tidak dapat membayangkan bagaimanalah perasaan orang tuanya apabila mendapat tahu bahawa tiada bantuan perubatan yang dapat menyelamatkan anak mereka, kini hanya doa dan keajaiban daripada Allah mampu mengubah segalanya.

“Inilah Syurga Awak, Ada Di Depan Mata.”Lahir Dengan Penumpukan Cairan Di Otak, Sumbing & Buta, Adik Syifa Mohon Doa Semua. Sebaknya Baca!

Keadan yang cukup memilukan

Rata-rata netizen bagaikan hilang kata-kata melihat keadaan adik Syifa yang cukup memilukan, hanya doa dan kata-kata semangat diberi sebagai pendorong buat keluarga bakal penghuni syurga ini.

kayumanisceylonbangi Ya Allah ya Rahman ya Rahim kurniakan lah rahmat Mu. Beri la kekuatan dan ketenangan kepada ibu ayah anak syurga ini?

zurynne78 Allahuakbar semoga allah swt memberikan yg terbaik aamiin yrb

sakinah_idhamfiras X terluah dgn kata2…mohon Allah ringankn sengsara adik ni..Allahu Akbar

jannahtul_syurgaku Allahuakbar??…somoga Allah megangkat kesakitan adik ni…saham akhirat untuk mak ayah dia…sakit di dunia yg sementara..insyaAllah bahagia di akhirat untuk selama2nya?

nadiaz_8 Mudahkan ya Allah syurgaMu utk semua ibu bapa dan penjaga anak2 istimewa…aamiin.

dyya_nawai Allahhhhhhh……….. dont hv any word to say.. speechless…. ?????????? Rabb,, KAU hapuskanlah kesakitan anak kecil ini… Hanya KAU yang mampu menyembuhkan kesakitan ini setelah KAU datangkan ia… Amin ya rabb…

einazue79 Allahuakbar.. beratnya dugaanmu anak.. Moga kamu beroleh kesihatan yg baik ya allah… sebak rasa melihat apatah lagi yg menanggung.. Semoga Allah beri kekuatan pada keluarga baby shifa.. Amin ya allah

cikgu_mall Allahuakhbar, subhanallah. Ya Allah, Engkau angkatlah kesakitan drp anak kecil ini dan kurniakanlah yg terbaik buat dia. ???

jam_awang Allahu…semoga diberikan.kesembuhan syifa’ n dipermudahkan segala urusan…buat parents ank.syurga ni semoga tabah hadapi ujian Allah..jagalah syurga ini elok2 kerana sebelah kaki kalian telah pun berada.di.syurga…

Sumber: IG abbyfana

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI