
Kisah personaliti ini cukup menarik untuk didengari. Kepada yang mungkin tidak tahu, Dato’ Rizalman bermula sebagai pereka dalaman sebelum menceburi bidang fesyen.
Beliau antara pereka tersohor yang menajdi rebutan baik orang kenamaan mahupun selebriti. Khidmatnya ditagih terutama sekali bakal pengantin dan juga ketika tibanya Hari Raya.
Mengikuti ceritanya sangat menyeronokkan, memberi pengajaran dan inspirasi untuk setiap orang. Itu yang cuba dilakukan oleh Dato’ Rizalman untuk semua yang mengikuti Instagram beliau.
Atas permintaan pengikutnya di Instagram, Dato’ Rizalman turut berkongsi perubahan yang dilakukan untuk kediamannya. Video tersebut dikongsi di InstaStory.
Dato’ Rizalman turut berkongsi rupa asal keadaan rumahnya sebelum beliau mengubahsuai keseluruhannya mengikut citarasanya.
Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil melalui perkongsian video beliau di InstaStory.
Sumber: Astro Gempak
Tinted Sliding Door, Pasang Sendiri Lagi Berbaloi. Lelaki Ni Kongsi Caranya!

Berpindah ke kediaman baharu tentunya suatu perkara yang menggembirakan hati untuk semua ahli keluarga.
Pun begitu, sebelum berpindah masuk ke rumah baharu diakui pelbagai persiapan perlu dilakukan untuk pastikan kediaman baharu selamat dan selesa untuk dihuni.
Antara perkara asas adalah perlu buat pendawaian elektrik untuk pemasangan lampu dan kipas, memasang geriji besi pada tingkap dan pintu serta perlu juga dipasang tinted pada bahagian kaca tingkap dan pintu. Tentunya, semua ini memerlukan kos yang besar.
Jadi apa kata mana yang boleh kita buat sendiri, lakukan DIY. Sekurang-kurangnya dapat berjimat.
Contohnya kita boleh berjimat dalam hal pemasangan tinted cermin dan cara pemasangan telah dikongsikan oleh saudara Zulfikri ini dan bolehlah dijadikan panduan.
Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.
Kos pasang sendiri :
1. Sticker tinted 5ftx50ft – RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
2. Ais batu – RM1.00
3. Limau Kasturi – 50 sen
Total RM 211.50
Jimat +-RM800.
Cara Pemasangan
1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yg melekat kat cermin tu.
2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted)
3. Buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.
4. Lekat dan ejas tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu)
6. Potong lebihan tinted
7. Bancuh teh o ais limau.
Oh ya. Item 2 dan 3 tu gunanya untuk bancuh Teh O Ais Limau waktu berbuka nanti.
Sumber : Zulfikri Zainol via Tukang Apa Hari Ini
Zaquan Adha Kongsi Wajah & Nama Anak Ke 7, Muhammad Aisy Al Raees, Sedap Namanya

Zaquan Adha kongsi wajah dan nama anak ke 7, Muhammad Aisy Al Raees, sedap namanya. Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu. Bayi lelaki pasangan itu dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram.
Zaquan Adha Kongsi Wajah & Nama Anak Ke 7, Muhammad Aisy Al Raees, Sedap Namanya
Menerusi satu perkongsian video di laman Instagramnya, Zaquan berkongsi wajah anak ke tujuh serta memaklukmkan nama anak ke tujuhnya itu. Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha, nama jadi pilihan. Setiap nama anak lelaki dipangkalnya ada nama ‘Muhammad Aisy.’
Dalam video tersebut memaparkan wajah Muhammad Aisy Al Raees baring di dalam buaian rotan yang merupakan warisan turun temurun.
Hantaran Zaquan dihujani komen-komen di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan kecomelan bayi ke tujuh pasangan bahagia itu.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.
Sumber: Instagram Zaquan Adha
Baca artikel lain juga: Keluar Awal Sehari Daripada Daddy Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Ke-7!
Ayu Raudhah Bersyukur Mampu Susukan 5 Anak Back To Back Selama 8 Tahun
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Rupanya Ini Petua Asyik Pening Kepala,. Boleh Cuba Cara, Alami Memang Berkesan!

Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya. Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
• Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
• Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
• Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
• Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan- lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
• Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetes, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetes) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili benggala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad