Setiap ibu bapa pastinya ingnkan anak yang tahu menghormati mereka. Anak yang begini akan membahagiakan keluarganya. Setiap tingkah laku anak-anak ini akan menjadi pelengkap kepada keharmonian keluarga.
Namun, jika anak mempunyai sikap yang nakal dan tidak menrrmati orang tua, tentu ada disebabnya. Perkongsian daripada Taufiq Razif sungguh bermanfaat.
________________________________________________________________
5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya
Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :
1. Mak ayah mula jadi overprotective
▪ Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung!
▪ Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.
▪Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti
2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak
▪ Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan
▪ Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya
3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta
▪ Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan
▪ Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak
▪ Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi
4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis
▪ Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis
▪ Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif
▪ Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!
5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya
▪ Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak
▪ Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya