“Inilah Masa Ajak Anak Solat Sunat Terawih Di Rumah.” Tiada Halangan Ibadah Ketika Ramadan Walaupun PKP- Ustaz Azhar Idrus

Share

Sudah tentu kita menghitung hari untuk menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramandan. Dalam pada masa yang sama arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 15 April ini. Namun keputusan sama ada di sambung atau tidak akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari esok, jumaat 10 April 2020 sama ada PKPK diteruskan atau sebaliknya.

Bagi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, arahan PKP jika dilanjutkan adalah arahan yang sangat baik untuk umat Islam mendapat lebih pahala ketika berpuasa di bulan Ramandan dalam tempoh PKP.

“Puasa adalah lebih baik ketika bekurung. Apabila tiada PKP kita akan pergi membeli di bazar ramandhan yang mengakibatkan pahala berkurang setelah kita tidak menjaga pandangan mata yang jurus kepada maksiat” katanya demikian semasa menjayakan sesi soal jawab bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ‘live streaming’ di Instagram rasmi masing-masing pada Selasa malam lalu.

Katanya lagi, perlaksanaan PKP harus dilihat sebagai satu nikmat dan ruang yang lebih baik kepada umat Islam untuk memperbaiki amalan ketika di bulan Ramadan.

Terawih bersama keluarga

Arahan PKP tidak bermakna kita tidak dapat menjalankan ibadah puasa dan tarawih. Beliau mengulas bahawa inilah masa untuk beramal dengan keluarga di rumah. Ia bukan penghalang umat Islam untuk mengerjakan ibadah sunat terawih meskipun perlu dibuat di rumah masing-masing.

“Inilah masa untuk mengajak anak-anak sekali solat tarawih bersama.

“Jadikan ruang tamu untuk solat berjemaah. Inilah masa untuk kita latuh anak-anak. Ia bukan sesuatu yang pelik.”

“Itu perkara biasa jika ingin melaksanakan solat terawih di rumah, cuma bezanya kita tidak boleh berniat iktikaf di rumah. Namun, ulama ada bersepakat sekiranya kita sudah biasa dengan berniat iktikaf di masjid, tiba-tiba ada uzur syarie (uzur yang diterima syarak) yang menghalang dan kita tetap berniat iktikaf di rumah, maka pahalanya sama seperti kita berniat iktikaf di masjid,” jelasnya.

SumberInstagram : Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri