Sesungguhnya benarlah kata perpatah, kasih ayah sepanjang hayat. Sinonim peranan ayah sebagai ketua keluarga menyediakan kelengkapan lengkap bagi memastikan isteri dan anak-anak hidup bahagia.

Malah sanggup berpanas hujan mencari rezeki, malah mengikat perut demi memastikan anak bini cukup pakai dan makan. Bukan itu sahaja, tidak mustahil sanggup mengadaikan nyawa demi anak dan isteri tercinta. Begitulah kasih seorang anak ayah tiada tolok bandingnya.

Sebagaimana kisah seorang bapa ini yang dipaparkan sebuah akhbar  begitu menusuk jiwa. Sanggup mempertaruhkan nyawanya demi anak tercinta. Dirinya rela mendermakan hati kepada anaknya yang masih bayi menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik.

Namun apa yang menyedihnya, Muhammad Nassar, bapa kepada bayi berusia enam bulan, Aysar Nasri menghadapi masalah kewangan untuk menyediakan wang berjumlah RM120,000 bagi membolehkan pembedahan pada 23 Oktober ini diteruskan.

Katanya beliau tidak gementar untuk menjalani pembedahan namun risau mengenai jumlah wang yang tidak mencukupi.

“Jujurnya saya tak gementar untuk menjalani pembedahan itu cuma runsing memikirkan cara mendapatkan wang memandangkan masa semakin suntuk.” 

IKLAN

KOMPLIKASI

Menurut Muhammad Nassar dan isteri, redha jika  kemungkinan anaknya mengalami komplikasi kesan daripada pemindahan hati atau risiko kehilangan nyawa. Namun berdoa moga anaknya diberi kesihatan yang baik selepas pembedahan.

“Sebelum ini, saya hanya mampu bersimpati setiap kali membaca kisah ibu bapa lain mempunyai anak dilahirkan dengan penyakit dan lain-lain lagi.

IKLAN

“Bila jadi pada diri sendiri, baru saya sedar betapa beratnya untuk menanggungnya dan mulanya agak susah untuk menerima hakikat itu.

“Malah isteri saya kerap menangis kerana sedih melihat Aysar menanggung derita akibat penyakit berkenaan tetapi kini kami berdua reda dengan ujian ini.

SUMBANGAN TELAH MENCUKUPI.

IKLAN

Terkini, maklumat yang baru diterima pada 13/9, sumbangan dikatakan telah mencukupi. Sebarang sumbangan telah ditutup menurut sumber berkenaan.

Semoga anak istimewa ini diberikan kesembuhan untuk menjalani pemindahan hati.

Untuk makluman, penyakit anaknya dikesan 16 Mei lalu iaitu ketika Aysar berusia dua bulan hasil pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan.

Sumber: Harian Metro

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI