“Inilah Ikon ‘Beauty With Brain’ Muslimah.” Usia 43 Tahun & Anak 7, Ustazah Datuk Norhafizah Musa Berjaya Genggam PhD.

Share

Tutur bicaranya cukup sopan santun dan  penuh kelembutan. senyuman manis tak lekang setiap kali beliau berbicara. Di sebalik kelembutannya berbicara, Ustazah Datuk Norhafizah Musa cukup petah berbicara terutama dalam membawakan isu-isu berkaitan dakwah membuatkan siapa mendengar terpikat dan terpesona.

Melihatkan latar belakangnya, anak kelima dari enam beradik ini bukan calang-calang orang. Dalam usianya yang sudah memasuki 43 tahun, ustazah Norhafizah berjaya menggenggam segulung ijazah doktor falsafah (PhD).

Kesibukan dengan urusan kerja serta urusan dakwah tidak membatasi komitmennya dalam rumah tangga. Ibu kepada 7 anak ini ternyata cukup dikagumi kerana mampu melaksanakan tugas sebagai isteri kepada Dr Azahar Yaakub, ibu dan juga wanita berkerjaya dengan baik dan sempurna. Salute!

 

 

komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada masyarakat membolehkan pensyarah Di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur  layak menerima anugerah Tokoh Maal HijrahPeringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Tidak hairanlah, beliau cukup dikagumi oleh wanita lain di luar sana. Baru-baru ini, seorang wanita bernama  Nurul Husna Kamarudin menerusi laman facebooknya berkongsi mengenai Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.


Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.

Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.

Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.

Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.

Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”. ??

Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.

Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.

Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.

Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.

Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.

Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya. ?

Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.

Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.

Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.

Begitulah kehidupan
Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat.
Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.

Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.

Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.

Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.

Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.

Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin. ?

*ramai orang tertukar ibu saya Che Norisah Norika dengan ustazah Norhafizah ni. Kadang pernah orang beratur nak bersalam sebab muka nak sama. Masa pergi kenduri semua orang tengok sebab ingat Ustazah Norhafizah. Haha.

Doakan saya berjaya juga menjadi another “beauty with brain”. Sebuah perjalanan membaiki diri yang masih jauh dan panjang.

Beauty with brain in-progress;
NH. ?

Sumber Gambra: IG ustazahnorhafizahmusa