HomeInspirasi“Inilah Dunia Aku, Kenapa Susah Bercampur Orang Lain & Tak Keruan Menjaga...
“Inilah Dunia Aku, Kenapa Susah Bercampur Orang Lain & Tak Keruan Menjaga Anak-Anak.” Miliki Anak Autistik & 7 Tahun Alami Depresi, Luahan Ibu Ini Cukup Menyentuh Hati
Semua orang tak pernah sepi daripada ujian. Cuma yang membezakan adalah bentuk ujian yang menimpa itu. Ada yang diberikan ujian kecil, ada pula ujiannya besar. Ada yang Allah pendekkan ujiannya dan ada yang berlarutan. Malah ada juga yang ujiannya datang bertimpa-timpa, bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika nipis imannya maka itu yang menyebabkan mereka hanyut dan terjerumus ke lembah hitam. Andai kuat,cekal serta reda menerima apa yang berlaku, maka dengan sendirinya kehidupan akan lebih bermakna.
Perkongsian Syahirah Omar ini antara bingkisan hati seorang ibu yang memiliki anak syurga. Cukup sebak dan menyentuh hati tatkala membacanya. Moga ibu hebat ini tabah dan terus kuat dalam membesarkan anak-anak syurganya.
” I’m sorry sir, she’s autistic,” sambil aku hulur kepada dia kad bersaiz kecil. Di dalam kad tu aku ada sertakan sekali sedikit info tentang Autisme.
Lana tetap meraung sekuat hati. Merangkak dari depan ke belakang pesawat. Kalau aku larang, dia akan menangis. Jadi, terpaksa aku biarkan dia merangkak di dalam pesawat walaupun sudah 3 jam dia kehulu kehilir.
Terlalu banyak mata memandang. Ada pandangan simpati, ada pandangan yang kurang selesa Ya, aku tahu, Anoyying sangat kan?
3 jam tu juga Luqman turut menangis. Kalau aku yang memandu pesawat pasti aku dah parking tepi tenangkan mereka. Tapi, nak parking mana? Perjalanan dari Kuwait ke Malaysia bukan sekejap. Bukan ada hentian R n R diatas awan.
Ads
Cabin crew cuba membantu kami. Sebelum pesawat berlepas lagi aku sudah beritahu mereka kondisi Lana. Mereka beri toys, mereka beri makanan. Diam sekejap, kemudian sambung nangis semula. Sebenarnya, sebelum naik pesawat aku dah buat persediaan yang sangat rapi. Aku bawa toys baru, bekalan ubat, gadget. Tapi, inilah dunia aku. Kenapa aku susah bercampur dengan orang lain. Hidup aku memang tak keruan menjaga anak-anak.
“Mungkin dia sakit perut?” Seorang warganegara Indonesia cuba membantu aku.
Aku check perut tak pula kembung atau cirit birit. Demam pun tak ada. Tetapi inilah Autisme. Anak begini bukan boleh duduk statik. Masalah sensory bunyi yang teruk juga membuatkan dia tak boleh dengar bunyi pengumuman di dalam pesawat.
Itulah punca dia menangis tak berhenti. Mungkin juga tekanan pada gegendang telinga apabila berada tinggi di udara membuatkan dia sangat tidak selesa.
Ads
Setelah 7-8 jam, akhirnya kami sampai ke tanah air. Perjalanan yang sangat mencabar. Sebenarnya bukan kali pertama mereka menaiki pesawat, tetapi setiap kali menaiki pesawat itulah yang aku dan anak anak akan lalui. Boleh kau bayangkan? Cuma yang bezakan setiap kali perjalanan tu berapa jam mereka akan menangis.
Kadang-kadang orang tak bersetuju dengan keputusan aku untuk duduk sendiri bertiga dengan anak-anak pada waktu tu. Bagi mereka, kenapa perlu begitu? Tetapi aku dan anak anak perlu keluar ke negara lain setiap 3 bulan kerana aku masih masuk ke Kuwait menggunakan Visa on Arrival. Proses untuk mendapatkan civil id bukan satu perkara yang mudah. Tetapi orang lain tidak akan faham situasi aku.
” Ruginya! Best kot duduk oversea! Boleh jalan tempat orang. Ada musim panas, musim sejuk, buah kurma,”
Ads
Haha! Tak ada best mana pun kalau dah anak aku begini. Setiap kali nak bawa keluar rumah adalah mimpi ngeri bagi aku. Setiap kali nak ke rumah kawan pun adalah mimpi ngeri bagi aku. Pergi keluar cantik, balik rumah brooch dah terpusing ke telinga.
Akhirnya aku buat keputusan menetap di Malaysia bertiga dengan anak-anak. Aku pilih untuk tinggal di Alor Setar memandangkan disitu ada kekosongan untuk Lana sertai Nasom. Sejak dari tu la hidup aku berpindah randah tak berhenti. Di negeri mana yang sesuai, aku akan pindah asalkan aku usahakan yang terbaik buat dia.
Depressi aku bukan setahun dua. Ini cerita 7 tahun lepas. Tekanan yang lama tu buatkan aku makin tidak waras dan tak mampu berfikir lagi dah bila ada perkara yang sama berulang kali trigger aku. Aku penat mental, fizikal dan emosi aku sangat remuk sepanjang membesarkan mereka. Susah aku nak gambarkan perasaan tu, tetapi memang bukan satu benda yang mudah untuk aku. Alhamdulillah, sekarang aku pun dah sihat dari Depressi dan Anxiety.
Allah Maha baik kan? Aku dah lepas satu ujian kecil melalui anak, dan beberapa ujian lain dalam hidup.Tetapi masih banyak ujian lain menanti, kan? Dan ujian hidup ni takkan pernah habis pun kan? Kau sabarlah jika diuji. Kemanisan tu kita akan rasa satu hari nanti bila kita sabar mengharungi. Berapa kali kau jatuh tersungkur pun kau jangan berputus asa. Allah sentiasa ada bersama kau bila saat kau rasa kau tak punya siapa siapa.
Salam sayang,
Syahirah omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam sukan Para Asean Games Solo 2022 peroleh hadiah paling bermakna dalam hidupnya apabila dikurniakan cahaya mata ketiganya sejurus pulang ke tanah air.
Berita gembira ini dikongsikan olehnya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya dalam satu perkongsian baru iaitu beberapa keping gambar selepas selesai isterinya, Zafirah Nasir melahirkan anak mereka itu.
Dalam hantaran tersebut, Ziyad menyatakan rasa syukur dan dalam pada masa yang sama akui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
“Alhamdulillah, pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup. Dapat menyambut anak sendiri kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh.
“Tapi di sisi saya ada seorang doktor professional yang selalu nenjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain, Ziyad juga turut berkongsi momen manis dengan memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.
“Anak tunggu ayah pulang dari para asean Solo, Indonesia tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafra_nasir dan terima kasih doktor Khamsiah memberikan pegalaman yang berharga,” coretnya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra,5 dan Thariq Zavier, 3.
Bila mengenang tahun ini merupakan tahun pertama beraya tanpa insan tersayang, pasti hati sesiapa pun akan mudah terasa hiba dan sayu. Pun begitu sebagai hamba yang redo, kita akan pasrah dan terus mencuba untuk lalui hidup ini seperti biasa.
Biar pun keterujaan dan kemeriahan membuat persiapan dan meraikan lebaran tidak seperti dahulu, hanya apa seadanya. Dan begitulah juga apa yang kini diraskan oleh Puan Ayikin Aizam bila mana raya tahun ini tiada lagi Arra di sisi, anak yang selama ini menjadi penyeri dalam rumah tangga.
“Terasa lain sangat puasa tahun ni, hati sering berasa sayu bila mengenang kembali Arra anak sulung mama yang tercinta. Terasa bagai semalam anak kecil ini masih ada disisi.
“Di bulan Ramadan ini tiada lagi kemeriahan atau keterujaan mama menyediakan persiapan raya seperti tahun-tahun sebelumnya. Ingat lagi, dulu mama akan sediakan persiapan kita sekeluarga awal-awal. Seronok tengok baju-baju raya dengan Arra. Tapi sekarang mama hanya dapat pergi ziarah kubur Arra, bidadari syurga Mama ”
Terdahulu Asyikin Aizam pernah berkongsi kisah detik pemergian anakandanya yang dilahirkan sihat namun diuji dengan penyakit brain tumor dan jangkitan kuman dalam paru-paru. Kejadian ini berlaku sekelip mata, begitu cepat dan tiada siapa dapat menduga.
Dan ini perkongsian daripadanya.
14/01/2019 – Isnin
Di sini bermulanya anak syurga mama sakit .. ayah(tok ayah) call mama cakap Arra muntah-muntah sampai lembik dah .. mama terus el balik rumah bawak Arra pergi klinik .. sampai kedai tokpa yaa dah start hyper balik tak macam demam .. tapi badan yaa panas ! Pergi klinik area im8 doc cek suhu badan Yaa tak demam pun . Mama pelik tapi dah bila doc cakap anak mama tak demam , mama pun okay je .. doc just bagi vitamin .. ubat demam ke apa ke tak bagi .. haih ..
15/01/2019 -Selasa
Dah start lemah tapi anak mama tetap kuat kan diri, yaa untuk tengok lagi wajah-wajah yang Arra sayang.
16/01/2019 -Rabu
Mama bawak pergi klinik pakar kanak-kanak dekat jalan Beserah .. better sikit lah dari im8 .. dapat detect yaa kena jangkitan dekat paru .. so doc bagi ubat semua mama pun okay lah dah thu yaa sakit macam tu & doc dah bagi ubat dengan harapan lepas tu anak mama sihat .
17/01/2019-Khamis
Demam Arra on off
18/01/2019-Jumaat
Still lagi on off .. time ni yaa dah tkde selera nak makan nak minum .. macam-macam mama buat tapi boleh nak bagi ada selera .. lepas minum susu mesti yaa muntah ..
19/01/2019 until 23/01/2019
Yaa dah okay tapi tetap on off demam nya .. muntah memang kerap .. apa yang anak mama makan semua keluar balik .. tapi dia ada tenaga nak gembira kami semua.
24/06 until 01/02/2019
Anak mama still on off .. sekejap ada tenaga sekejap muntah .. sekejap demam memang on off .. pergi klinik cek darah semua okay tapi doc tak dapat detect sakit yaa mintak klinik buat surat refer ke hospital ..
02/02/2019 – Sabtu
Mama bawak yaa pergi kmc sebab Arra tak baik-baik lagi dari awal .. pergi kmc mama cek semua doc cakap benda sama jangkitan kuman dalam paru-paru & mama tanya kenapa dia slalu cakap sakit dekat belakang kepala dia ? Doc cuma cakap biasalah budak akan mengadu sakit dan budak tak reti apa tu sakit. Mama pun ye kan jelah sbb doc dah cakap macam tu .. mama mintak warded pun doc taknak .. sian anak mama .. kalau lah masa tu mama tahu awak ada sakit tumor mama dah pergi awal-awal ..
08/02/2019 -Jumaat
Mama tak puas hati ajak papa pergi uia untuk warded yaa .. dengan niat mama nak masuk antibiotik dan masuk air dalam badan Arra .. yaa masa tu peluk tokma & mak erat nya macam tak nak lepas mungkin anak mama dah thu masa nya akan smpai ..patut lah Arra tak nak mama papa .. papa terpaksa tinggal yaa sbb papa ada catering masa tu ..
09/02/2019 (3.00am)
Mama pun dah kena warded ada katil semua tu .. Yaa mengadu sakit tangan sebab cucuk tu mama pun usap-usap tangan yaa .. mama peluk yaa and kali terakhir yaa panggil mama dengan raut wajah yaa yang buat mama menyesal tak tahu kenapa mama tak dapat tahu yaa dah lama sakit . Mama dodoi ya sampai yaa tido .. pagi lepas subuh doc pun datang untuk check yaa .. time ni yaa okay lg !! Tetiba yaa sawan dan terus flat .. ya allah masa ni kan mama rasa nak tukar ye diri yaa tu dekat mama .. seksanya anak mama bersirat wayar .. kena cucuk sana sini doc bagi pernafasan pun yaa tak sedar dah .. hmmm .. pukul 12 tengah hari baru yaa buat ct scan semua .. settle semua ct scan yaa doc cakap yaa takde apa apa .. yaa okay .. cuma yaa tak sedar tu sbb kesan sawan tu .. yaa pun kena transfer dekat htaa .. dekat htaa yaa dah kritikal allahu sayang .. seksanya kamu wahai bidadari syurga ku .. di htaa lah kami semua dapat tahu yaa ada tumor bayangkan betapa sakitnya anak mama .. doc kata nak buat operation dekat yaa .. tapi doc dah bagitahu yang kalau operation pun yaa tetap akan pergi ..mama redha ..dari pagi tu smpai lah kemalam mama tunggu yaa sedar .. takde pun yaa .. yaa tido je .. sedih hati mama tengok yaa dekat picu tu .. hm .. sebelah katil yaa tu pun ada mcm yaa .. ya allah seksanya anak kecil tu .. mama tak jauh pun dengan yaa mama duduk dekat yaa .. tak pernah jauh dengan yaa !!
Pukul 11 doc panggil suruh mama papa naik picu sebab yaaa dah nazak .. ya allah lagi naik gila mama .. dalam hati mintak-mintak ada keajaiban dekat yaa .. tapi allah lebih sayang bidadari syurga ni ..pukul 11.20 yaa hembus nafas terakhir yaa atas dakapan mama… mama bersyukur yaa hembus nafas terakhir yaa atas mama
Di celah-celah kisah penceraian dan perpisahan selebriti lain, penyanyi dan pelakon, Amy Mastura pula bersyukur mengecapi hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang.
Dalam satu perkongsian, dia memuat naik foto lamanya yang diabadikan kira-kira 19 tahun lalu sewaktu diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dengan pujaan hatinya, Alvin Tham Suffian.
Foto yang menjadi simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad itu.
Untuk rekod, Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi yang tampak awet muda biarpun sudah menjangkau usia 48 tahun itu.
republic_shades muka kak amy sama je, moga sentiasa dalam keberkatan Allah
muhammad.najib.abdul.razak Semoga Kak @amymasturalerr ❤️ Abang @op388472 Berbahagia di Samping Keluarga yang Tercinta Hingga ke Jannah dan Terpelihara Kesihatan yang Baik Sihat Sejahtera Sentiasa serta Dimurahkan Keberkatan Rezeki Seluas Lautan.
nurulnufail Happy anniversary kak amy my idol. Akak ni maintain je muda ❤️
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.