Perkahwinan itu adalah sebuah ikatan kasih sayang antara suami isteri yang saling melengkapi dan menghargai antara satu sama lain. Biarpun di mamah usia, saling hormat menghormati pasangan adalah kunci kebahagian.
Sebagaimana kisah warga emas ini yang sungguh istimewa untuk dikongsi di majlis meraikan ulang tahun kelahiarannya di Tanah Suci Makah.
Ketika di majlis berkenaan warga emas, Abdul Gapak Mahmud yang berasal dari Kudat, Sabah berusia 101 sempat sempat berseloroh mengenai kasih sayang isterinya, Siti Maimun berusia 60 tahun setia membawanya ke Tanah Suci.
“Saya gembira senang hati di sini tiada susah-susah, susah bagaimanapun saya terima dengan reda. Dengan bini ku ini suka hati datang sini, saya pun hairan umur sudah 101 tahun kenapa bini ku lebih muda ini sangat rapat pada suaminya di sini,” katanya disambut dengan ketawa kecil isterinya.
Kata-kata inspirasi oleh bekas nelayan ini yang begitu menghargai isterinya itu ketika ditemu ramah di majlis meraikan hari lahirnya semalam yang disambut Muassasah Asia Tenggara dalam sebuah majlis di Abraj Janadriyah, Makkah.
Beliau merupakan antara jemaah haji tertua Asia Tenggara yang telah tiba di Tanah Suci dan dijadualkan seorang jemaah haji dari Indonesia berusia 130 tahun akan tiba tidak lama lagi.
Sebelum itu, warga emas ini yang genap berusia 101 tahun pada 3 Julai lepas, melahirkan rasa syukur apabila diberi penghormatan dengan meraikan ulang tahun kelahiran di Makkah.
Majlis itu dihadiri oleh Ketua Muassasah Asia Tenggara Mohamad Amin Hassan Andaqiri dan Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Muassasah Asia Tenggara merupakan pihak dilantik kerajaan Arab Saudi untuk menguruskan segala penyediaan kemudahan jemaah haji dari negara-negara Asia Tenggara, termasuk penginapan dan pengangkutan.
PETUA KESIHATAN
Mempunyai enam orang cahaya mata, Abdul Gapak turut berkongsi mengenai petua kesihatan yang menjadi amalannya sekian lama, katanya, menjaga pemakanan dengan tidak memakan makanan bergoreng dan bahan mengandungi kimia, selain yang utama sentiasa berdoa kepada ALLAH.
“Tetapi apa sahaja nama sayur saya tidak makan. Tidak ada apa doa tertentu, setiap kali sembahyang minta ALLAH supaya saya sihat, panjang umur bersyukur dapat panjang umur.”
Manakala isterinya, Siti Maimun, berketurunan Bajau seperti suaminya berharap dipermudahkan urusan di Tanah Suci walaupun pada usia emas. Beliau merupakan isteri kedua Abdul Gapak. Isteri pertama sudah meninggal dunia.
“Hidup mati, ajal kita di tangan ALLAH jadi saya juga sering bagi tahu kepada keluarga di kampung jangan risau dengan kami di sini. Amat senang diraikan begini dan anak-anak dapat melihat di kampung nanti.”
Semoga kita dapat menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Lebih manis dapat hadir bersama pasangan menunaikan ibadah bersama.
Sumber: Bernama via Sinar Harian