Inilah Cinta Agung Seorang Suami Yang Setia. Rela Menjaga Isteri Terlantar Sakit. Lelaki Ini Redha Ujian Daripada Allah

Share

Sebuah kisah cinta agung yang meruntun jiwa apabila seorang suami yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menjaga isteri tercinta yang kini terlantar sakit sejak November tahun lalu akibat asma kronik.

Abdul Rahim, 25 yang merupakan suami kepada Shahidatul Nadiana menghidap asma ketika usia remaja mengalami sesak nafas selepas menjalani rawatan imbasan x-ray di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan tidak sedarkan diri sehingga kini.

Bagaimana pun, beruntungnya wanita yang berusia 25 tahun ini mempunyai suami yang dikahwininya atas dasar cinta telus bukan nafsu semata. Biarpun dirinya tidak lagi sempurna dan jauh lagi untuk berkata-kata, hanya mampu menggerakkan mata sebagai tanda isyarat. Malah dirinya diuruskan oleh suami sepanjang masa.

Namun, jauh disudut hati, sang suami mendambakan kasih sayang dan senyuman ceria isterinya dulu. Namun redha dengan takdir ketentuanNya.

“Saya sedih dan tidak dapat menahan air mata dari mengalir setiap kali menatap wajahnya. jauh di sudut hati untuk melihatnya tersenyum seperti dulu.”

 

Dapat bantuan 

Disebalik kepayahan yang dilaluinya, sebagai petani dengan pendapatan yang tidak menentu, Abdul Rahim, melahirkan rasa syukur turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak. Bantuan yang diterima dapat meringankan beban membeli barangan keperluan.

“Setiap bulan saya perlu membelanjakan sehingga RM2,000 untuk membeli susu khas, lampin pakai buang, kos menyewa ambulans setiap kali temu janji termasuk sewa mesin oksigen RM350.”

“Susu berharga RM45 setin hanya bertahan untuk sehari dan diberi minum lima kali sehari setiap empat jam melalui tiub yang dipasang di hidungnya.”

Dalam pada itu, pasangan yang yang menetap di Kampung Renek, Bukit Marak, Kota Bharu turut menerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Prihatin Kelantan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban.

Semoga isteri Abdul Rahim diberikan kesembuhan dan sihat kembali.

Sumber: Harian Metro , Pokceh Dah , Perkeso Kota Bharu