Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah memanglah suatu yang cukup bermakna dan menghiburkan. Sifatnya yang manja dan fizikalnya yang comel membuatkan seisi keluarga cukup selesa memeluk, mengusap dan membelai binatang berbulu ini sepanjang masa. Malah bukan sesuatu yang menghairankan bila si comel ini juga dilayan sebaik mungkin seperti keluarga sendiri.
Selain berkongsi emosi bahagia bersama kucing, sebagai pemilik haiwan peliharaan sebenarnya ada tugas dan tanggungjawab lain yang harus dilunaskan.
- Beri makan dengan teratur. Harus tahu bila dan berapa jumlah yang diperlukan oleh si comel.
- Kenal pasti jenis makanan terbaik yang kaya dengan nutrisi.
- Mendapatkan imunisasi untuk kucing. Adakan jadual pengambilan ubat, buat temu janji dengan doktor dan utamakan aspek kebersihan kucing.
- Paling PENTING sebagai seorang pencinta kucing perlu melatih kucing peliharaannya membuang najis di tempat yang disediakan.
Maklumlah, bab membersihkan najis haiwan peliharaan bukan semua selesa untuk melakukannya dek kerana baunya yang tidak menyenangkan. Atas sebab ini juga, sebaiknya semua ahli keluarga kena tahu untuk menguruskannya agar rumah tidak berbau dan yang selesa dihuni.
Jadi apakah cara yang paling mudah dan berkesan untuk uruskan najis kucing ini? Pilihan TERBAIK adalah dengan menggunakan Natural Clump Cat Litter yang diperbuat dengan 100% Natural Mine dengan Litter Biodegradasi yang juga mesra kepada alam sekitar.
Natural Clump Cat Litter mengandungi Karbon Aktif dan Zeolit, yang menyerap ammonia dan bau kucing lain; bukan setakat menyerap dan melekat tetapi memerangkap dan memegang penyebab bau kucing.
Dengan teknologi eksklusif ini, Natural Clump Cat Litter menyerap lebih tinggi dengan penjimatan 30% untuk pemilik kucing kerana boleh membentuk gumpalan bulat dengan cepat, dengan menyerap cecair ke dalamnya, yang mengakibatkan gumpalan tidak jatuh dan menempel di bawah dulang.
Di samping itu, Natural Clump Cat Litter yang baru ini adalah bebas dari habuk, padat dan senang dicedok bagi pemilik kucing membersihkannya. Hal ini menjadikan tugas lebih mudah hatta anak-anak juga boleh diharap untuk menguruskan kerja-kerja tersebut.
Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ProDiet Natural Clump 100% Natural Mine Litter Biodegradasi, anda bolehlah email ke peterlee@petworld.com.my