“Inilah Bidadäri Cilik Muncul Selepas 11 Tahun Tunggu.” Siti Nurhaliza Kongsi Video & Titip Doa Buat Aafiyah, Bikin Sebak!

Share

Semalam 19 Mac 2021, genap 3 tahun usia anak pasangan selebriti terkenal Dato Sri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Sehari sebelum itu, pasangan ini meraikan hari jadi puteri sulung mereka serentak dengan majlis pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids.

Menerusi perkongsian tersebut, Penyanyi pujaan ramai ini memuat naik video koleksi anaknya sejak dalam kandungan sehingga kini. Simbolik ulang tahun kelahiran permata hatinya .

 

Tidak ketinggalan, penyanyi bersuara lunak ini menitipkan doa buat puterinya itu.


Dalam doa tersebut diselitkan supaya menjadi anak yang solehah, taat kepada ibu bapa selain menghormati orang tua serta menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.

Aafiyah Anak Ibu,
Jadi anak solehah, baik hati, mendengar kata, bijaksana, pandai menjaga hati, taat pada ibu ayah, hormat orang tua dan membesarlah untuk menjadi insan yang berguna.

Dah semakin membesar anak ibu, semalam 19 Mac 2021, Aafiyah genap 3 tahun.

Ibu, ayah, semua, sayang Aafiyah. ❤️❤️❤️

Semoga Allah sentiasa melindungi Aafiyah dan doa ibu ayah sentiasa mengiringimu….

 

Titipan doa dan perkongsian video tersebut mengundang sebak ramai.

Anak saya 19 Mac 2021 genap 11 tahun. Mohon doakan dia jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat… Happy birthday #aafiyahanakibu

 ..semoga jadi anak solehah penyejuk hati ayah bonda. Amin

Comel.. Cerdikk laaa aafiyah syg ni…. 😍😘 Ya ALLAH.. Semoga ada rezeki ak dan suami ak dikurniakan zuriat yg soleh solehah cerdik penyejuk ayah ibu suatu hari nnt.. Amiiiinnnn 🤲🤲🤲😢

Happy Belated Birthday Aafiyah😍😍sebaya anak aunty. Memahami kegembiraan seorang ibu setiap kali birthday anaknya❤️❤️semoga Allah merahmati dan memberkati seluruh hidupmu Siti Aafiyah Khalid

😍😍😍 semoga Aafiyah sihat selalu dan menjadi anak yg solehah buat ibu dan ayah serta menjadi kakak yg baik😍😍❤️❤️

Im so touched!

Selamat Hari Jadi Aafiyah! Semoga jadi anak Yang solehah dan jadi Kakak Yang sayang kepada Adik ❤️❤️❤️❤️❤️

Ouh ni la kan yang bidadari cilik yang muncul selepas 11 tahun tu😍lama tau kami tunggu Aafiyah..😘

Sumber: ctdk

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club