Inilah Aura Bahagia. Pemuda Ini Tidak Berkira Bila Pasangan Suami Isteri Nak Beli Bateri Kereta Tapi Tak Cukup Duit.

Share

Bahagia tidak semestinya punya wang yang banyak tetapi mempunyai sikap suka membantu orang yang susah.

Bayangkan jika tidak bahagia, bagaimana kita mahu membantu mereka yang kesusahan walaupun hanya beberapa ringgit sahaja.

Jika jiwa bahagia pasti, aura sekeliling pun sama mendampingi diri. Datanglah masalah dan kesukaran, hati yang gembira dan tenang akan laluinya dengan tenang.

Begitulah yang dapat dibayangkan oleh lelaki ini yang kehidupannya dipenuhi kegembiraan dan tenang sehingga tidak berkira apabila berjumpa insan yang menghadapi kesulitan kewangan.

Ikuti perkongsiannya.

“Status ini sekadar perkongsian untuk rakyat Malaysia supaya kita saling membantu tanpa mengira bangsa.

“Saya tidak jangka ia tular di laman sosial,” itu reaksi Nicky Tan, 33, pemilik kedai bateri di Klang, Selangor selepas membantu suami isteri warga emas yang kekurangan wang ketika menukar bateri kereta Proton Wira di premisnya.

Menceritakan kisah itu, Nicky berkata, pasangan terbabit tiba di kedainya sekitar 7.30 malam baru-baru ini dan bertanyakan sama ada dia ada menjual bateri terpakai atau tidak.

“Ketika itu kebanyakan kedai semua sudah tutup, hanya kedai saya masih beroperasi. Saya memberitahu bateri terpakai tiada dan mereka bertanyakan harga bateri baru.

“Saya memberitahu harga paling murah RM165 selepas ditukar bateri lama dan lelaki itu dilihat berbincang dengan isterinya.

“Pada masa sama, mereka menyeluk saku sebelum mengeluarkan wang tunai RM90, baucer bernilai RM20 serta syiling.

“Hati saya tersentuh melihat situasi ini, apatah lagi sebahagian cat pada kereta mereka tertanggal selain dinding berlubang manakala ada kesan gam pada radiator. Dalam hati saya tahu mereka bukan orang senang,” katanya.

Nicky berkata, melihat keadaan pasangan terbabit yang terdesak dan tidak cukup wang, dia memberikan diskaun kepada mereka untuk bateri baru walaupun pada awalnya pasangan itu menolak bantuannya.

“Saya minta mereka simpan syiling serta not RM10 untuk mengisi petrol pulang ke rumah di Subang manakala baucer itu pula saya simpan dan tidak sesekali akan dibelanja kerana ini kenangan sukar dilupakan.

“Apabila berhadapan kes seperti ini, saya sebenarnya diuji, sama ada hendak tolong atau tidak.

“Soal bangsa, kita perlu tolak ke tepi, kita sama-sama hulurkan bantuan.

“Saya pernah melalui situasi ini. Saya tidak kaya, tetapi tidak la sampai berlapar. Apabila kita pernah berhadapan situasi seperti ini, kita akan merasainya,” katanya.

Perkongsian yang sungguh inspirasi!

Sumber: Harian metro