Inilah antara barangan yang wajib ada di rumah, memang membantu sangat buat ibu-ibu terutama dalam memastikan kediaman dalam keadaan yang bersih dan kemas.
Yang penting, tak perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan ini kerana ia boleh dibeli di cawangan Daiso berdekatan sahaja. Selain mudah cara penggunaannya, ibu-ibu dapat menjimatkan kos kerana barangan ini murah sahaja.
Jom semak sama-sama perkongsian oleh Amirah Anuar ini.
1. CAT REPELLANT
Cat repellent. (Penghalau kucing) INI BUKAN RACUN. Kucing berak merata-rata elok la beli ni untuk kesejahteraan bau -bauan.
Ads
2. PEMBEKU MINYAK MASAK
Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dalam tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar
3. PENGASING SAMPAH DI SINKI
Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.
4. STONE ICE CUBE
Ads
Cara tradisional kita bekukan air dan menjadi ais. Yang ni reusable stone ice cube. Jangan bimbang, tidak memudaratkan.
5. KONJAC PUFF
Nak cuci muka ala-ala dekat spa boleh la guna konjac puff ni. Kalau tengok benda ni dalam plastik macam batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.
6. MAGIC SPONGE
Ads
Tengok magic sponge ni macam tak ada apa. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air kemudian tonyoh je. Bukan sahaja untuk kasut, lantai, dinding yang meninggalkan kesan degil juga sangat berkesan. Watermark² pon berkesan.
7. SABUN MESIN BASUH
Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sebelah dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dekat daiso. Boleh tengok yang ni dan satu lagi tu.
8. AGEN PEMBERSIH PAIP
Nak bersihkan dalam paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak-lemak, keladak dalam paip tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online. Ini panduan untuk anda.
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:
* Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
* Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
* Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
* Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
* Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
* Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
* Firma Guaman;
* Badan Berkanun;
* Agensi kerajaan.
Cara mendaftar:
1. Layari portal JPN
2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan
6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
7. Setelah selesai pendaftaran, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
8. Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
9. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.
Log masuk ke akaun
Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.
1. Di halaman log masuk, masukkan nombor MyKad (dewasa) atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama system
Proses permohonan
1. Pengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
4. Waris terdiri daripada golongan berikut:
– Ibu bapa
– Adik-bradik
– Pasangan
5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah Berjaya
7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
8. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya mengemas rumah sinonim dengan kaum hawa. Bukan suami tidak membantu isteri menguruskan rumahtangga.
Namun kadang kala, isteri mempunyai impian mempunyai peralatan elektrik yang memudahkan uruskan kerja hari-hari di rumah.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, Nancy Maria yang meluahkan rasa syukur setelah memiliki sebuah mesin basuh yang memudahkan urusan harian.
Katanya mesin basuh miliknya mempunyai kemudahan membasuh dan dikeringkan dalam satu masa. Oleh kerana itu, membantu mempercepatkan membersihkan pakaian.
Mesin basuh 2 in 1 cepatkan basuhan pakaian.
Kalau orang tanya saya apa keutamaan saya sekarang? Saya akan jawab, kalau saya mampu, saya nak beli peralatan letrik dan apa² saja mesin yang memudahkan kerja/rutin harian saya. Benda yg pakai hari², rutin membersih yg kena buat setiap hari, tak salah untuk kita memilih utk memudahkan diri sendiri.
Kalau org tanya apa lagi saya nak? Ada 2 yg saya target. Saya nak mesin lipat kain dan mesin basuh pinggan. Bukan sbb malas… tapi benda² ini amat memudahkan hidup saya. Amat² mbantu memendekkan masa…. masa yg ada boleh guna buat benda lain.
Mesin ni dah hampir 4 bln saya pakai. Masukkan pakaian sblm turun kerja, balik kerja angkat dan lipat saja lagi. Dia basuh dan keringkan sekaligus. Tak perlu jemur. Sblm ni ada dryer juga, tapi agak leceh sbb asing². Kena keluarkan dr mesin basuh dan masuk dlm dryer. Saya selalu lupa. Yang ini 2 in 1, sekali jalan👍. Vacum pun sama, dia jalan dan vacum sendiri seluruh rumah.
Dalam usia begini, saya nak less stress. Saya nak nikmati apa yg blm pernah saya nikmati sejak kecil… ini bukan posting blagak, tapi lebih kpd niat nak kurangkan stress, usaha nak mudahkan diri sendiri. Kalau bukan kita sendiri yg bantu diri sendiri… sapa lagi kann…
Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesin sebegini membantu para isteri menguruskan rumahtangga dengan cepat. Malah ada yang berharap dapat memilik peralatan elektrik demikian.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...