Ini Ujiannya Jika Beranak Ramai, Jangan Buat Main-Main Ye. Surirumah Ini Kongsi Cerita Anak Sembilan

Share

Bila ada anak ramai tentu pelbagai cabaran nak membesarkan anak-anak ni. Jangan buat main-main ye sebab bukan semua ujian ni Allah bagi pada hambanya. Hebatkan mereka yang terpilih ni.

Ikuti perkongsian ibu beranak sembilan ni  di laman facebooknya Juriah Halimatun Ahmad.

………………………………………………………………

Selalu mama fatim perhati, almost setiap kali pergi ke restoren menjamu selera bersama 9 anak-anak dan satu suami tu, mesti ada mata-mata yang melirik- lirik mengira jumlah budak-budak ni..

Apa? Tak pernah tengok orang beranak ramai ke? Tak pun pelik sebab tengok mummynya ni dan ayahnya muda kot? Kahkahkah!

Alhamdulillah, bukan senang ada anak ramai-ramai oii.. Tapi Allah dah bagi kami begitu. Ujian kami begitu bentuknya. Sungguh, memang mama fatim tak terjangka pun ada anak seramai ini masa baru kahwin.

Anak-anak kami bukannya setahun satu, tapi ada juga yang awal tahun contohnya Januari 2003, kemudian keluar adik nya November 2004. Ada yang Februari 2007, kemudian hujung November 2008. Tapi secara puratanya dalam 2-3 tahun selang.

Terus terang mama fatim cakap, bukan senang ada anak ramai. Kena ada persediaan mental dan fizikal. Bukan duit semata-mata, tapi hati dan perasaan pun kena kuat. Bila setiap anak lahir, mulalah tak tidur malam, anak-anak nak berkepit 24 jam. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang ye. Ingat tu!

Dah start sekolah dan mula remaja, lain pulak cerita nya.

SUAMI TURUT BANTU URUSKAN ANAK

Memang setiap anak-anak tu ada rezekinya masing-masing, tapi kena ingat, kita lah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab itu amanah Allah tau! Banyak sangat tanggungjawabnya. Nanti kalau kena tanya kat akhirat esok, mama fatim tak tau.. Haha.

Alhamdulillah, dah beranak 9 ni, mama fatim ada bagitahu pada suami, sebenarnya dia sangat ok, suami yang bertanggungjawab, makan minum jaga, anak jaga sama-sama, register pindah sekolah, atau nak bersekolah, dia yang register, malam pun bangun juga buatkan susu, basuh berak anak, mandikan anak, anak buat perangai dia pun jaga sama, malahan setiap kali bersalin pun sama-sama duduk dalam bilik bersalin, tak tidur malam juga tunggu mama fatim nak bersalin, malahan 8 daripada anak-anak mama fatim ni lahir di hospital swasta. Anak-anak pun setakat ni alhamdulillah, kami jaga sedaya upaya. Tak kisah lah upah bibik atau hantar taska. Bila macam tu, ok lah kan, mama fatim beranak ramai?

BERHENTI KERJA

Dulu, mama fatim makan gaji, mama fatim berhenti bila anak masuk 5 orang. Sekarang ni kerja sendiri dengan masa yang lebih flexible, supaya pada masa yang sama, dapat juga tengok-tengok kan anak-anak tu. Dan pada yang sama, ada la juga elaun jadi suri rumah ni. Dan mama fatim tak sabar ni nak tunggu kwsp untuk suri rumah pulak ni. Bila la yek. Hahaha ! Jadi, ok lah kan beranak ramai pun. Jaga anak pun sama-sama.

Tapi mama fatim bagitahu dia juga, kalau lah anak-anak ni mama fatim yang jaga semua, siang malam mama yang buat, malam tak lena tidur, siang lagi asyik menempel si baby nya, klinik pun kita yang nak hantar cucuk, makan minum pun cukup-cukup aje, perangai anak pun kita yang nak jaga, sampai satu peringkat kita minta emak ayah pulak tolong sebab dah tak mampu dari segi upah pengasuh dan sebagainya, mama fatim bagitahu, mama hanya sanggup beranak 3 orang je paling ramai. Kalau semua-semuanya kita yang buat, biarlah tak payah ramai-ramai.

Itu pun, kadang-kadang mama fatim termengeluh juga sebab penatnya tak terkata. Astagfirullahala’zim.. Dan sekarang cukup lah 9 orang. Mental dan fizikal takat tu je. Badan sendiri pun nak kena jaga juga kan.

Jadi, jangan main-main. Beranak lah ramai-ramai pun, yang penting suami isteri kena bertanggungjawab sepenuhnya segala-galanya. Bukan satu pihak sahaja yang kena bertanggungjawab. Nanti Allah tanya kita semula.

Kalau rasa tak mampu nak beranak ramai, sebab tanggungjawabnya kena kuat mental, fizikal dan kewangan, pandai-pandai lah jaga diri. Zaman sekarang dah tak sama macam dulu-dulu.

Yang penting, beranak ramai tu memang awet muda.. Kuang-kuang-kuang! Yang ni, memang tak boleh blahh… Haha!

#Mamafatim
Si mummy 9 anak
~tailor baju budak