“Ini Ujian, Saya Muhasabah Diri. Sarah Isteri Yang Baik.” Tak Lagi Sebumbung, Syamsul Yusof Tak Mahu Cerai!

Share

Kemelut  rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana  yang mencuri tumpuan apabila Sarah dikatakan ke pejabat agama pada 20 September lalu.

Mengakui bahtera perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu berdepan masalah, Syamsul, 36, akhirnya mengaku sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya.

“Isteri saya dah merajuk jadi saya tinggal sendiri. Fans dan followers kami semua dah tahu, kini saya sibukkan diri dengan kerja,” kata Syamsul  yang dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

“Terus terang, saya tak mahu bercerai. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka.

“Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor-faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan,” kata Syamsul yang berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka


Syamsul juga mengatakan walaupun memikul predikat pelaku seni, dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai ujian hidup sendiri. Melalui fasa masalah dalam rumah tangga adalah ujian buatnya.

Meski demikian, anak penerbit, pengarah dan aktor tersohor Datuk Yusof Haslam ini tidak pernah mahu menuding jari dan menyalahkan sebelah pihak.

Dia percaya, apa yang berlaku, kekhilafan juga datang daripada pihaknya juga, bukan dari wanita yang dinikahinya pada 8 Mac 201 itu.

“Saya terima ujian saya. Isteri adalah ujian saya. Tapi apa-apa pun, saya taknak tuding jari pada isteri saya, saya anggap saya muhasabah diri, lihat balik diri saya, Sarah seorang isteri yang baik.

“Mungkin saya terlalu fokus dengan kerja. Banyak hal-hal dalam kain yang saya tak boleh nak cerita. Cukup saya kata, doakan yang terbaik,” ujar Syamsul lagi.

Biar sudah tidak tinggal sebumbung, Syamsul mengaku dia masih mempunyai kesempatan untuk bertemu anak anaknya iaitu  yang dibawa Sarah untuk tinggal bersama ibu bapanya.

“Tengoklah tiga empat hari sekali mak saya bawa anak jumpa saya,” katanya lagi.

Mengakui dirinya tidak sempurna, Syamsul meminta maaf apabila dia tidak boleh menjadi versi Syamsul Yusof yang peminat mahukan sama ada watak ustaz Adam ataupun Shark.

Malah, dia menghargai peminat yang memberikan nasihat dan peringatan. Mungkin ada kalanya dia tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang memberikan komen melanggar batas namun dia mendengar segala nasihat yang baik.

“Jadi saya fikir apa yang mahu saya cakap, semua saya sudah share. Jadi ini sajalah dari saya,” katanya lagi mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya.

Sumber: Astro Gempak  Harian Metro

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ayuh sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan mendaftar di http://www.wasap.my/60169647520