Sejak ramai yang mengetahui nilai pelaburan barang kemas untuk jangka masa panjang, ramai yang telah membeli aksesori ini.
Namun terdapat beberapa soalan popular yang sering ditanya apabila ingin memiliki barang kemas ini ia termasuk penjahaan barang emas jenis permukaan licin.
Nak tahu penjagaan barang kemas jenis ini, ikuti perkongsian ini.
Ingat tak sebelum ini saya ada tanya kenapa emas ini dibungkus dalam plastik? Ada juga yang tahu sebabnya. Tetapi ramai yang tidak tahu.
Bukan sebab dia istimewa. Bukan sebab emas tu sudah berpunya. Tetapi sebab rekaan emas itu permukaannya licin (polished). Kenapa perlu berbungkus kalau permukaannya licin?
RUPANYA NAK ELAK CALAR
Kerana ia akan terdedah kepada kebarangkalian menjadi calar. Ini kerana emas tulen sangat lembut, ia boleh membengkok dan melengkung dengan mudah. Emas juga boleh tergores dengan mudah yang akan membuatkannya menjadi kurang menarik dan kusam. Jika permukaannya licin (polished), ia akan lebih terdedah kepada risiko calar berbanding rekaan lain yang tidak licin.
Adakah dengan menggigit emas boleh meninggalkan kesan? Jawapannya boleh. Terkejut kan?
Menurut skala kekerasan Mohs, emas mendapat skor 2.5 dan perak 2.7. Tetapi enamel gigi mempunyai kadar yang lebih tinggi dari 2.5. Ini bermakna, gigi boleh mencalarkan emas. Ini baru gigi, belum besi-besi lain yang sudah pastinya akan mencacatkan kecantikan rekaan emas jenis licin ini.
TIP BERSIH EMAS
Tidak kira betapa berhati-hatinya anda, akan tiba ketikanya yang anda perlu membersihkan cincin emas anda. Anda sebenarnya tidak memerlukan peralatan atau bahan kimia yang mahal untuk melakukan ini.
1.Yang diperlukan hanyalah air, sabun basuh ringan, baking soda, berus gigi dengan bulu lembut dan kain yang lembut.
2. Ini boleh juga dilakukan jika barang kemas anda calar. Rendam emas anda dalam air suam dan beberapa titis cecair pencuci. Tunggu lima minit. Bilas dan keringkan dengan kain. Seterusnya, gunakan kain penggilap dan gosokkan calarnya.
Soalan yang selalu ditanya peminat emas, boleh ke rekaan “polished” ini dibuat basahan?
Jawapannya tidak sesuai. Lebih baik dipakai hanya apabila tiada aktiviti lasak, ke majlis-majlis atau semasa keluar rumah. Jika pakai di rumah, kebarangkalian tergesel dengan besi dan sebainya amat tinggi. Nanti calar emas tu, hati pun akan sama tercalar.
Menjawab persoalan utama kenapa ia berbungkus walaupun di dalam dulang di kedai emas?
Supaya barang kemas itu tidak dicalarkan oleh barang kemas lain yang berdekatan dengannya. Nanti calar, takde siapa pula nak beli. Betul tak?
Itulah serba sedikit ilmu emas kali ini. Teruskan follow saya untuk perkongsian mengenai emas yang lain pula.
Nak borak pasal emas? Jom join group telegram BroOhsem Fans di sini. https://t.me/broohsemfans
Sumber: Akhtar Syamir