Benda ni nampak simple. Tetapi jika ibu bapa tak ambil perhatian, ia boleh menjadi suatu masalah besar.
Ikuti tindakan yang betul bila ada objek masuk dalam hidung anak. Dr Ezairy,
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak jelaskan dengan lanjut.
Ini yang berlaku kepada pesakit kami. Foreign body nose merupakan antara masalah biasa yang kami temui di Klinik Pakar ENT.
Jika anak anda termasukkan sesuatu ke dalam hidung, ikuti langkah ini
Ads
✅ Bertenang dan jangan panik
✅ Jangan cuba-cuba untuk mengeluarkan objek tersebut dengan apa-apa alatan. Ia berisiko tertolak ke dalam
✅ Terus sahaja ke hospital terdekat, rujukan ke pakar ENT akan dilakukan
Masalah utama yang kami temui ketika pesakit dibawa berjumpa kami ialah pesakit dah trauma. Nampak kami je dah menangis, sebab dah banyak kali cuba untuk dikeluarkan.
Ads
Masalah nombor dua, apabila dah pernah cuba dikeluarkan dengan alatan yang tidak sesuai, ia bahkan menolak lagi ke dalam. Anak-anak jadi lebih tantrum, objek pun lagi masuk ke dalam. Kami di klinik ENT jadi lebih sukar nak keluarkan.
Kami ada alat yang lengkap, cara terbaik ialah menggunakan alat sesuai dan cubaan pertama kali mengeluarkan objek tersebut. Anak kita pun tak trauma lagi.
Nota kesihatan : apabila objek dah terlalu dalam, anak-anak pun dah trauma, hidung pun dah luka sebab dah banyak kali cuba dikeluarkan, kami di ENT terpaksa bawa pesakit ke dewan bedah. Ini yang kalau boleh kami nak elakkan jika boleh, kerana prosedur ni boleh dilakukan di klinik sahaja.
Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Begitu juga bagi ibu angkat yang mahu menyusukan bayi angkatnya.
Perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi
Menurut kaunselor Lektasi Puan Ida Kamilia Mudzakir, “Ada 4 fasa untuk “meniru” hormon iaitu dengan mengambil pil perancang.
Suka Kak Ida maklumkan disini, pengambilan pil perancang MESTILAH mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi dari doktor terlebih dahulu.
Manakala tugas kaunselor laktasi adalah membantu ibu menjalani proses tersebut. Kecuali kaunselor laktasi tersebut adalah doktor ya.”
Fasa pertama
Ibu angkat perlu mengambil pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.
Fasa kedua
Ibu angkat perlu berhenti mengambil pil perancang tetapi meneruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
Fasa ketiga
Ibu angkat perlu memerah susu untuk meransang dan menggalakkan penghasilan serta pengeluaran susu ibu.
Fasa keempat
Memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
sumber : Ida Kamilia Mudzakir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Komunikasi amat penting dalam sebuah keluarga. Melalui komunikasi antara ibu bapa dengan anak remaja diharapkan dapat membantu sebuah keluarga yang bahagia.
Melalui perkongsian lelaki ini, Ammar Kamilin menjelaskan bahawa komunikasi dengan remaja ada cara tersendiri yang ibu bapa kena tahu.
Ikuti panduan ini.
Dalam status sebelum ini, ada saya sebut tentang ‘probing questions’ atau dalam bahasa Melayu, ‘soalan mengumpan’.
Beberapa rakan memohon supaya dijelaskan apa maksud dan contohnya.
Rakan dalam bidang ‘coaching’ atau ‘mentoring’ lebih mahir dalam perkara ini. Namun, untuk perkongsian asas dan ringkas, saya ceritakan apa yang ada di dalam pengetahuan saya.
Soalan begini, sesuai dipraktikkan apabila bercakap-cakap dengan anak remaja. Tujuannya, kita mahu lebih banyak mendengar daripada membebel. Kita tak mahu terlalu dominan senario, “I’m talking, you listen!”. Perlu diseimbangkan dengan ‘Let them talk, we listen.’
Remaja memang diketahui lebih suka menyimpan dan memendam daripada meluahkan perasaan pada sesiapa.
Anak saya mengesahkan kenyataan itu semalam. Dia bercerita betapa rakannya banyak memendam perasaan, sehingga ada masa, kawan itu dilihat menangis di ceruk dinding. Jauh dari kawan-kawan.
Saya mengikuti rapat perkembangan rakannya, jika perlu, saya bercadang mahu membantu. Moga anak itu baik-baik saja.
Balik kepada apa itu ‘soalan mengumpan’?
Kebanyakan kita mungkin selalu praktikkannya, cuma tidak sedar bahawa amalan itu ada nama dan ilmunya.
Senario 1.
Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.
Kita pun bertanya, “Seronok sekolah hari ni?”
“Macam biasa.”
“Kawan-kawan semua ok di sekolah?”
“Ok.”
“Banyak kerja rumah hari ni?”
“Ada laa…”
“Malam ni, buat ya.”
“Hmm…”
“Penat eh sekolah?”
“Sikit laa…”
“Nak abah tolong apa-apa?”
“Takpe.”
“Boleh buat sendirilah?”
“Boleh.”
-Tammat-
***
Soalan-soalan ‘tertutup’ di atas adalah soalan yang mengundang jawapan mudah dan pendek daripada anak remaja.
Soalan begini, dianggap ‘no brainer’. Tak perlu fikir panjang untuk jawab. Bibir boleh melontar jawapan sendiri.
Soalan yang mengundang jawapan, ya atau tidak. Ok atau tidak. Sudah atau belum. Jawapannya hanya sepatah perkataan sudah mencukupi.
Anak remaja dah lemau dengan rutin sekolah. Bertanya perkara yang rutin, meloyakan mereka untuk menjawab.
Remaja sangat sinonim dengan perkataan, ‘bosan’. Sebaiknya, elakkan soalan sama setiap hari yang menambah kebosanan mereka.
***
Senario 2.
Anak masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak.
“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”
(Dia akan berfikir lama. Mencari apa yang menarik dan boleh diceritakan.)
“Belajar, macam biasa je. Cuma tadi, kitorang discuss pasal Nani yang tiba-tiba menangis dalam kelas.”
(Kita boleh baca tersirat, perkara belajar itu tidak terlalu besar bagi dia. Tapi, ‘friendship’ adalah tumpuan utama. Ya, pada peringkat umur ini, persahabatan no. 1. Mereka boleh merudum akademik, hanya disebabkan tidak diterima masuk dalam kelompok tertentu. Kawan-kawan dia adalah kembar lain mak, lain bapak.)
“Oh, kenapa dia menangis?”
“Kita orang syak, dia ada masalah dengan bapa dia. Dengar dia cakap dalam telefon, dia macam tak puas hati, bapa dia tak layan dia macam abang dan kakak yang lain.”
(Remaja mempunyai banyak konflik diri. Salah satunya, ‘self-acceptance’ oleh keluarga, rakan dan orang ramai. Mereka mahu diterima dengan cara, mendapat ‘recognition’ dari orang sekeliling. Ramai yang menjauhkan diri dari ahli keluarga, kerana tidak mendapat ‘pujian dan sokongan’ yang diperlukan. Biasanya, apabila apa yang diminati, lari dari apa yang dimahukan ibu bapa.)
“Oo… Siannya… So, apa plan korang?”
“Kitorang tak tahu lagi. Sebab kitorang pernah tanya, tapi dia taknak cerita detail. Dia kata, biar dia pendam sorang-sorang. Kitorang risau juga, itu sebab tak boleh biar dia tinggal menyendiri. Nampak dia kat mana-mana sudut, kitorang tarik ikut sekali. Kitorang macam try to supportlah.”
(Kita boleh nampak, kematangan seorang remaja pada jawapan yang diberi anak kita.)
-Tammat-
***
Berbanding senario 1, senario kedua banyak menggunakan soalan terbuka. Soalan yang jawapannya perlu ulasan.
Saru contoh lebih jelas, soalan sama, tapi jawapan boleh berbeza.
Kita tanya anak,
“Hari ni ada benda menarik di sekolah?”
Dia boleh jawab, ADA atau TAKDE.
Tetapi jika kita ubah kepada,
“Apa yang menarik di sekolah hari ini?”
Dia perlu juga memberikan ulasan. Kerana soalan meminta APA?
Kesimpulannya,
Untuk mencungkil lebih banyak cerita dari anak, banyakkan soalan,
APA KENAPA BAGAIMANA MACAM MANA MENGAPA
Soalan-soalan ini, boleh mengundang jawapan terbuka.
Boleh juga mantapkan perbualan dengan ‘filler’ seperti, Ooo, Aha…, Hmm…, I see…, Betul juga ya…
Perkataan tersebut, jika disebut dan disertakan penuh emosi berminat, tambah pula dengan memek wajah yang empati, akan mengundang keseronokan kepada remaja untuk terus bercerita.
Itu saja parents. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat. leboh-lebih lagi bagi ibu-ibu yang selalu masak. Pasti ada kesan minyak bukan sahaja di dapur bahkan ruang tamu juga. Setiap kali kaki memijak lantai pasti akan terasa melekit dan jika berminyak.
Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang
lama.
Langkah 1
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 2 – Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan
ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 3 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak
kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 4 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau
bunga-bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai
dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 5 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan
hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Ektra Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Tip lantai berkilat:
BahanAir panas
Cuka
Downy
Cara membuat:
Campurkan bahan berkenaan kemudian mop lantai andai.
Lihat nanti kesannya, lantai akan lebih berkilat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...