“Ini Tanggung Jawab Sebagai Anak Lelaki, Ibu Selalu Pesan Arwah Ayah Mahu Saya Ambil Alih.” Remaja 15 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak, Undang Pujian Netizen

Share

Siapa sangka, umur baru mencecah 15 tahun, dia sudah berani memikul tanggung jawab yang cukup besar apabila menikahkan kakaknya sendiri.

Kisah seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun telah menikahkan kakaknya di Dungun, Terengganu yang dikongsikan di media sosial nyata menugundang minat orang ramai.

Ismaildaniel Ibrahim, 15  yang juga anak bongsu daripada empat beradik berjaya menikahkan kakak keduanya, Noriffa Akasha, 21, bersama pasangannya, Ahmad Asyaf Syafik Ahmad Shamsuddin, 27, sambil dipantau jurunikah.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah itu berkata, dia berlatih beberapa kali sebelum berjaya menyempurnakan majlis berkenaan.

“ALLAH SWT beri saya ketenangan dan Alhamdullilah, saya berjaya menikahkan kakak. Ketika perkahwinan kakak sulung, Norintan Azlin, 24, dua tahun lalu, saya tidak berani berbuat demikian kerana merasakan saya masih kanak-kanak.

“Sebelum ini, ibu, Salmiah Ali, 43, meminta saya berbuat demikian tetapi saya tidak yakin tetapi kali ini, sudah sampai masanya saya menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan arwah ayah, Ibrahim Nordin Muhamad Ali yang meninggal dunia akibat kanser ketika saya berusia setahun.

“Sebagai anak tunggal lelaki, ini tanggungjawab saya apatah lagi ibu sentiasa berpesan arwah ayah mahu saya mengambil alih tanggungjawab itu.

Akui gementar dan akad tidak menjadi

Menerusi sumber, Ismail pada mulanya mengakui gementar dan bimbang akad yang akan disebutnya tidak menjadi, namun dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Pada mulanya, saya rasa gementar kerana bimbang akad saya itu tidak menjadi namun Alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya.

Semoga menjadi contoh terbaik

Rata-rata warganet memuji tindakan adik ini kerana berani menjalankan tanggung jawab sebagai wali walaupun masih diusia muda.

Mereka turut mendoakan agar Ismail itu terus berbakti kepada keluarga dan menjadi contoh kepada remaja lain diluar sana.

Calon suami masa hadapan

Bagus didikan ibu dan bapa

Sumber : Harian MetroZulkarnain Zakaria