Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak cemerlang dalam pelajaran sehingga ramai yang melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan kelas tambahan buat anak.

Namun, ibu bapa lupa bahawa perkembangan sosial emosi anak amat penting untuk perkembangan kendiri anak.

Sebagaimana yang diutarakan oleh Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mengenai apa yang harus dilakukan oleh ibu bapa apabila berjumpa dengan guru.

_______________________________________

Kadang-kadang ibubapa tidak tahu apa yang kita perlu tahu tentang proses pembelajaran anak-anak.

Anak bersekolah BUKAN untuk mencapai kejayaan akademik semata-mata walaupun pencapaian akademik itu tetap penting.

Bagi anak-anak peringkat tadika dan juga Tahap 1, perkembangan atau pencapaian sosioemosi anak lebih penting dari pencapaian akademik.

Ads

Ini kerana pencapaian sosioemosi yang sihat akan membina keupayaan mental yang sihat bagi membantu perkembangan intelektual anak baik pada peringkat awal ini ataupun peringkat-peringkat yang seterusnya.

SOALAN YANG PERLU DITANYA KEPADA GURU.

Oleh itu, selain dari bertanya kepada guru “Bagaimana pencapaian anak saya dalam Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan lain lain lagi, tanya juga kepada guru:

1) Adakah anak saya sentiasa dalam ‘mood’ yang positif?

2) Adakah anak saya boleh mendengar dan mengikut arahan?

Ads

3) Adakah anak saya mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan rakan-rakan?

4) Adakah anak saya mengambil berat tentang rakannya dan berminat untuk berkawan?

5) Adakah anak saya mengenali jenis-jenis emosi, tahu melabel emosi dan pandai mengurus emosi sendiri?

6) Adakah anak saya faham perasaan orang lain dan menunjukkan empati?

Ads

7) Adakah anak saya dapat menyatakan dengan jelas kemahuan dan pilihannya?

8 ) Adakah anak saya tahu untuk bermain, bertolak ansur dan berkompromi dengan rakan-rakannya?

Jika maklumbalas yang diberikan oleh guru adalah positif, maka anak berada dalam persekitaran pembelajaran positif yang menyokong perkembangan sosioemosi anak.

Sekiranya maklumbalas yang diterima adalah kurang memberangsangkan, maka perkembangan sosioemosi anak perlu terus dipupuk dan dikembangkan, baik di sekolah mahupun di rumah.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI