Walaupun berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun Mustafa Abd Latif 58, nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.
“Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila,” itu kata peniaga roti canai ini lagi.
“Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa.
Bapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos.
“Sebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati,” katanya.
Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.
“Selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut,” katanya.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club