Walaupun berdepan situasi sukar dengan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran namun Mustafa Abd Latif 58, nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.

Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila,” itu kata peniaga roti canai ini lagi.

“Ini Semua Sedekah Buat Arwah Ibu Bapa.” Tepung Naik Harga, Lelaki Ni Tetap Jual Roti Canai 50 Sen SekepingDia yang berniaga sejak 11 tahun lalu berkata, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu.

Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa.

“Ini Semua Sedekah Buat Arwah Ibu Bapa.” Tepung Naik Harga, Lelaki Ni Tetap Jual Roti Canai 50 Sen SekepingNiat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insyaallah apabila kita yakin akan ada rezeki,” katanya ketika ditemui di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil.

Ads

Bapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya meminta untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos.

“Ini Semua Sedekah Buat Arwah Ibu Bapa.” Tepung Naik Harga, Lelaki Ni Tetap Jual Roti Canai 50 Sen SekepingBagi saya susah bagaimana kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah.

“Sebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk menjamu keluarga mereka jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati,” katanya.

Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini pertama kali berdepan cabaran yang mencabar untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.

Ads

“Ini Semua Sedekah Buat Arwah Ibu Bapa.” Tepung Naik Harga, Lelaki Ni Tetap Jual Roti Canai 50 Sen SekepingKalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi kalau tidak tiada tepung.

Selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ads

ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI