Memang perkara biasa kita akan membuang tahi telinga menggunakan cotton bud. Malah  ia jadi tabiat setiap kali selepas mandi.

Namun, tahukah anda, tahi telinga sebenarnya ada fungsinya. Jangan anggap ai tak berguna. Ia ada kepentingannya untuk memastikan kesihatan telinga.

Nak tahu sebabnya, jom baca maklumat ini.

_____________________________

Ini Sebabnya ‘Tahi Telinga’ Penting. Jangan Suka-Suka Buang Aje. Take Note!  

Apa itu ‘tahi telinga’.
Ia adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh kulit dibahagian lubang telinga. Ia berlilin kerana fungsi utamanya untuk menghalang bendasing termasuk air dan serangga masuk ke dalam telinga.

Ya, tahi telingga adalah pelindung bahagian telinga dalam anda – gegendang telinga, tulang tulang halus serta urat saraf yang sensitif.

Ia dikeluarkan dari rongga telinga ke luar telinga apabila ada mengunyah atau menggerakkan rahang. Sebab itu anda hanya perlu mencuci bahagian luar telinga dengan kain lembab yang lembut.

Putik kapas atau cotton bud hanya menyebabkan ear wax tertolak ke dalam dan semakin mampat. Rawatan lilin adalah idea teruk untuk membersihkan telinga. Jangan tak tahu, ada kes telinga terbakar dan tercedera akibat ear candling.

IKUTI NASIHAT DOKTOR

Ini Sebabnya ‘Tahi Telinga’ Penting. Jangan Suka-Suka Buang Aje. Take Note!  

Ads

Dalam pada itu menerusi posting di fb miliknya,Dr Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung & tekak, menjelaskan bahawa tabiat mengorek telinga tidak digalakkan untuk mengelak masalah pendengaran.

“Doktor, kenapa tak boleh nak korek telinga? Kan tahi telinga itu perlu dibersihkan.”

Sebenarnya, yang kita setiap hari sebut tahi telinga itu sebenarnya bukanlah sejenis kotoran seperti najis. Bahasa melayu tepatnya ialah lilin telinga. Istilah perubatan kita panggil sebagai cerumen atau ear wax.

Bermakna, ia tidak perlulah cuba untuk dikeluarkan.

“Habis, tak kan nak biar sampai melimpah keluar berkumpul kat lubang telinga?”

Umumnya secara fisiologi ear wax ini akan keluar dengan sendirinya. Sebab itu saya beritahu kita tidak perlu cuba keluarkan dengan guna alatan besi atau cotton bud.

Ads

Ada beberapa keadaan sahaja yang mana ia perlu dibersihkan. Itu pun dilakukan oleh doktor, bukan kita sendiri.

1. Sehingga betul-betul menutupi salur telinga akibat jenis wax yang keras dan menyebabkan pesakit kurang pendengaran

2. Sehingga pesakit mengadu sakit akibat ear wax yang keras.

Cerumen ini ada fungsi baiknya untuk menghalang kotoran daripada luar masuk terus ke telinga. Yang kita nak buang itu, kenapa?

Nasihat saya, jika anda ada sebarang pun masalah tak selesa, gatal atau sakit pada telinga, jumpalah kami.

*Jangkitan teruk boleh berlaku kepada pesakit yang berterusan amalkan tabiat mengorek telinga, kita panggil ‘acute otitis externa’. Oleh itu, hentikanlah. Pesan orang yang kita sayang ya.

Ads

*ibu-ibu boleh letak minyak zaitun atau baby oil pada telinga anak supaya ear wax sentiasa dalam keadaan lembut. Tapi perlu pastikan gegendang telinga tiada masalah (ini perlu jumpa doktor dahulu).

KENAPA ‘TAHI TELINGA’ (EAR WAX) PENTING.

Ini Sebabnya ‘Tahi Telinga’ Penting. Jangan Suka-Suka Buang Aje. Take Note!  

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?

1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’

Kredit: Dr Ezairy M.Sallih dan Public Health Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI