Ini Sebabnya Mengapa Anak Kencing Malam, Ibu Boleh Cuba Cara Ini Untuk Rawat Anak!

Share

Bagi ibu yang sedang melatih anak menanggalkan lampin pakai buang, pasti berdepan dengan masalah anak kencing di waktu malam. Puas dicuba pelbagai cara namun anak masih lagi tetap kencing setiap malam.

Kalau hanya kencing pastinya tidak menjadi masalah. Tambah menjadi masalah pastinya bebanan si ibu yang terpaksa menukar cadar setiap hari dan menjemur tilam setiap pagi.

Pasti keadaan ini sedikit menyukarkan apabila terpaksa mengangkat tilam yang besar dan berat. Bukan itu sahaja,malah adakalanya tilam masih belum kering dan lebih teruk lagi meninggalkan bau kurang enak setiap hari.

Kencing Malam?
Kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam. Menurut kajian, masalah kencing malam atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak .

Ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.

Namun jika tabiat ini masih lagi berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.

Dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti, ia dinamakan sebagai primary enuresis.

Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali misalnya disiang harinya dia bermain terlalu aktif, ia dinamakan secondary enuresis.

Apa Ibu Perlu Buat?
Bila berdepan dengan keadaan ini pasti pening kepala ibu dibuatnya. Tiga langkah ini mana tahu dapat membantu mengatasi masalah anak anda.

Kencing Sebelum Tidur
Sekiranya anak kita sering kencing malam, sebelum tidur mintalah dia kencing terlebih dahulu supaya dia merasa lebih lega malah pundi kencingnya juga kosong. Langkah ini wajib dilakukan.

Biasakan dia dengan peraturan ini. Lama kelamaan pasti dia sudah membiasakan dirinya.

Sapu Minyak
Selepas itu sapukanlah sedikit minyak angin atau apa-apa minyak yang dirasakan sesuai seperti minyak gamat atau sebagainya.

Sapulah di bahagian ari-ari dan bawah perut. Urut lembut kawasan ini supaya urat tidak kembang. Sapukan sedikit dibahagian tapak kaki anak supaya lebih panas dan buat dia selesa sepanjang malam.

Sesudu Madu
Sebelum tidur berikan anak makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Boleh juga diamalkan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Cara ini insyaallah dapat membantu anak daripada kencing setiap malam.

Kejutkan Ketika Tidur
Jika lihat sebarang pergerakan anak ketika dia tidur, itu bermakna dia tidak selesa ataupun mahu susu. Kejutkan dia untuk kencing. Mana tahu cara ini boleh membantunya. Sapukan minyak sekali lagi.