Tidak mudah menggalas tanggung jawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Mungkin secara zahirnya, ada yang melihat rutin suri rumah tidak penat dan tak perlu bebankan otak dengan masalah kerja. Namun , maka anda silap.
Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Inilah antara sebab kenapa kerja suri rumah cukup memenatkan, tetapi orang tidak nampak. Jom kita semak sama-sama!
1.Pening Fikir Menu
Mungkin remeh bagi sesetengah orang tetapi tidak pada suri rumah. Bayangkan celik mata sahaja, yang difikirkan ibu-ibu adalah nak masak apa ya hari ini? Jika tanya pada sang suami, jawapan selamat masak lah apapun abang okey je. Janji balik saja ke rumah, makanan semua telah terhidang.
Jika setiap hari menu yang sama, suami dan anak-anak bosan pula kan. Sebab itu kalau boleh ibu-ibu mahu sediakan menu berbeza dan itulah yang memeningkan mereka. tambah lagi jika ada anak kecil, kenalah sediakan menu yang sesuai. Takkan nak kasi sama dengan orang dewasa.
2. Hantar Anak Ke Sekolah/Taska
Awal-awal pagi orang lain masih berdengkur, si ibu sudah bangun jam 4-5 pagi untuk siapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Baju sekolah siap kemas bergosok. Beg sekolah diisi dengan buku yang mengikut jadual hari tersebut.
Begitulah rutin harian si ibu. Siap anak-anak kemudian hantar ke sekolah. Kemudian tunggu waktu pulang untuk ambil anak-anak pula. Orang nampak kerja suri rumah macam mudah tetapi sebaliknya. Penat hanya yang melaluinya sahaja tahu.
Ads
3. Mengingati Aktiviti Anak
Ibu ibarat ‘setiausaha’ untuk anak-anak terutama dalam menyusun aktiviti mereka.Segala bab berkaitan pakain sukan, kelas tambahan, perjumaan dengan guru dan ibu bapa, hari suakn dan sebagainya, ibu orang yang pertama tahu.
Pendek kata segala hal berkaitan anak-anak si ibu orang yang cepat tahu. Tak kisahlah digelar mak cik bawang atau sebagainya, namun bab anak mereka memang alert. Kalau boleh dengan cikgu-cikgu pun mereka boleh berkawan baik.
Bayangkan kalau ada 3-4 orang anak, tapi mereka dapat ingat dengan jayanya. Hebatnya seorang ibu, segala data tentang anak sudah tersimpan dalam otak mereka persis sebuah komputer.
4. Mengingati Temujanji Doktor
Bukan itu sahaja, bab-bab kesihatan juga ibu-ibu cukup alert terutama tarikh tarikh temujanji dengan doktor sekiranya anak-anak atau suami sakit.
Ads
Itu belum bab temu janji untuk kehamilan, vaksinasi anak, pergigian atau check-up bulanan. Kadang-kadang masa mereka dihabis dengan perkara-perkara seperti ini.
5. Membeli Barang Dapur/Rumah
Zaman sekarang, orang cakap segalanya dihujung jari. Hanya klik dan anda boleh dapat apa jua barang. Tetapi bagi yang masih mengamalkan konsep membeli di pasar raya, bab ini agak memeningkan juga. Lebih-lebih lagi jika yang membeli adalah sang suami.
Suami mungkin anggap terlupa sesuatu barang adalah benda yang remeh padahal sudah diberi list panjang. Tapi berbeza dengan isteri, jika ada barang yang tak cukup, si isteri akan pening kepala nak ubah menu. Jadi, janganlah dicatu senarai barang tadi.
Selain itu, perasan atau tidak, bila barang seperti tisu, sabun, penyembur nyamuk dah nak habis, si isteri akan menggantikannya dengan yang baru. Lihatlah betapa pekanya mereka.
6. Mengemas Rumah
Ads
Jika anda jenis pembersih orangnya, memang bab ni sangat partikular. setiap hari entah berapa kali agaknya si ibu menyapu. Ada sahaja habuk atau sampah yang menyakitkan mata bukan?
Geram pula apabila baru sahaja mengemas, sudah ada tangan-tangan yang menyepahkannya. Aduh, sakit hati bukan. Sebab itu, bab mengemas ni memang memeningkan kepala si ibu. Walaupun mungkin pada pandangan suami tidak payah beratkan kepala, boleh saja kemas kemudian. Tetapi tidak bagi ibu-ibu yang tidak suka rumah bersepah.
7. Merancang Sambutan Perayaan
Waktu ini memang tiada siapa boleh mengatasi kesibukan seorang suri rumah. Tiap kali menjelang musim perayaan, memang ibu orang yang paling rajin dan sibuk. Baik bab keperluan anak-anak sehinggalah kepada kediaman. Baik bab membuat atau membeli kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan cari baju untuk anak-anak, semuanya mereka yang uruskan. Suami a.k.a ayah hanya tahu hulurkan wang 😀
8. Merangka Jadual Anak-anak Di Rumah
Biarpun bergelar suri rumah, ibu-ibu yang akan berperanan sebagai cikgu di rumah. Sudah ada jadual khusus untuk waktu anak-anak belajar dan bermain. Itu belum bab menyemak dan memberi latihan pada anak-anak.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa.
Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memakankan tenaga banyak dan mental yang kuat. Sebab itu, kalau sentuh soal ‘kerja’ mereka dia rumah, mereka cepat tersentuh.
Cuba bayangkan sehari tanpa isteri di rumah, haru biru hidup anda. Oleh itu, hargailah usaha isteri anda setiap hari, walaupun mereka kelihatan macam ‘tak buat apa-apa’.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Akibat dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima dalam kejadian buli itu, mangsa yang ketika itu pelajar Tingkatan Dua kehilangan pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah. Akibatnya, mangsa tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup, selain mengalami beberapa kecederaan lain.
Malah, plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.
Ibu bapa mangsa
Kejadian tersebut berlaku empat tahun lalud an pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis di samping memfailkan tuntutan sebanyak RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima pembulinya di Mahkamah Tinggi. Perkara ini dilaporkan oleh pihak media pada April 2017.
Semalam, Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada pelajar yang menjadi mangsa buli tersebut.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif yang ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017.
Zainal Azman memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam), bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh), Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu.
Dalam penghakimannya Zainal Azman berkata, kejadian buli pada pada 26 April 2015 membabitkan plaintif yang ketika itu berusia 14 tahun menampakkan kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di bilik asrama ketua pengawas.
“Pihak sekolah dilihat begitu cuai kerana tidak membuat kawalan sedangkan kejadian berlaku di dalam bilik asrama ketua pengawas, bukannya di tepi longkang atau di kaki lima.
“Jadual warden bertugas juga sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.
“Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” katanya.
Plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof dari W.A. Wan Adnan & Assoc.
Sementara itu, ibu plaintif, Rusaila Abdullah, 43, yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan hari ini bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.
“Alhamdulillah bersyukur semuanya sudah selesai. Apa yang kami lakukan ini (tuntutan) bukan untuk wang, tetapi demi pembelaan anak kami yang masih trauma sehingga hari ini dan hilang pendengaran akibat dibuli,” katanya.
Sumber: BH Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencuba rasa keenakan hidangan ayam bersalut sos yang digoreng rangup di restoran makanan Korea tentunya memberi kepuasan rasa buat penggemarnya. Pun begitu, jika ingin menjamu rasa di restoran Korea setiap waktu, boleh ‘rabak’ juga duit poket. Maklumlah harganya boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi kalau kita hendak menjamu seisi keluarga. Memang perlukan bajet yang banyak berbanding makan di restoran biasa.
Pun begitu, jangan risau anda masih tetap boleh menikmati keenakan rasa hidangan Ayam Korea dengan cara jimat bila anda menyediakan sendiri menu tersebut di rumah. Resipinya sebagaimana yang dikongsikan oleh Wan LuQman.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba sediakan menu special ini untuk keluarga tercinta.
RESIPI AYAM KOREA, gerenti rangup!
Siapa suka ayam korea? Kander pernah makan kat restoran 4 fingers tu je…sedap gila ayam dia. Tapi kat 4 Fingers tu mahal kan…kalau tengok dalam FoodPanda, set 6 ketul ayam dia boleh beli 2 ekor ayam gitu harganya. Kalau anak ramai, kopak poket ye.
Jangan risau kander kan ade…hehe…Meh sini kita buat ayam Korea. Kalau negara barat dipanggil buffalo wings, tapi buffalo wings dia ada campuran macam-macam lagi untuk coating sos dia…kalau Jepun chicken teriyaki tapi menggunakan ayam katsu (kesamaan dari segi nak buat sos teriyaki).
Resipi yang kander share ni more to korean, rasa hampir sama sebijik macam kat 4 fingers. Jommm..!!
– 2 SUDU TOMATO (BOLEH GANTI DENGAN CUKA KALAU TAKDE)
– 3-5 ULAS BAWANG PUTIH
– SEDIKIT HALIA
– CILI FLAKES / CILI KECIK DIGUNTING KECIK-KECIK
– TEPUNG UBI KAYU ATAU TEPUNG JAGUNG (NAK LEBIH RANGUP, GUNA TEPUNG UBI ATAU POTATO STARCH)
– BIJAN
– MINYAK MASAK
– KUALI
– SUDIP
Ni bahan-bahan dia lah ye. Ayam tu kita brine sekejap dalam 30mins ke. Brine tu rendam dalam air garam.
Okay bile dah brine, bilas ayam tu. Letakkan dalam penapis. Taknak terlalu basah nanti kacau sewaktu proses coating..jadi basah macam bancuhan pisang goreng pulak nanti.
Sesambil tunggu minyak panas, kita coat ayam ni 1 per 1.
Masukkan satu per satu ye. BUKAN goreng satu per satu….kalu tak pukul berape la korang dapat makan. Haha
Okay, ayam ni kena double fry. Goreng dalam 5-10mins atau sehingga coating tepung tu dah matang, boleh angkat. Jangan risau memang nampak putih pucat. Biarkan je api kuali tu ke paling kecik. Jangan tutup api dapur tu…
Sesambil rehatkan ayam tu dalam 5-10min, kite prepare bahan sos
Cincang halus halia dan bawang putih tu ya.
Dah habis cincang, masukkan balik ayam ke dalam minyak yang maintain panas
Sesambil tunggu double fry siap, kita buat sos dia terus
Tumis sekaligus bawang putih, halia dan chilli flakes. Kalau nak lagi pedas, lebihkan cili flakes. Tumis sehingga sedikit garing atau sehingga naik bau
Masukkan kicap cair, sos tomato, madu.
Kacau sebati dan masak sehingga dia pekat. Kalau terlalu pekat, campur 1-2 sudu air…jangan cair ye. Ayam korea ni dia mesti sticky.
Ayam dah siap digoreng, estimated 5-10mins atau warna dia dah golden brown. Angkat…
Sesambil masak sos yang dah siap tu, masukkan ayam ke dalam kuali.
Terdapat pelbagai jenis minuman air rebusan daripada harba terpilih telah diamalkan oleh kaum wanita sejak dahulu lagi. Kemudian diwarisi dari satu generasi ke generasi hingga ke hari ini, minuman herba terus menjadi amalan kaun wanita. Lebih-lebih lagi dalam bab penjagaan kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Berkongsi salah satu minuman air yang direbus daripada gabungan herba, Ida Zmri menyarankan ianya patut diminum sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan kesihatan dalaman terjaga.
CANTIK LUARAN ,SIHAT DALAMAN
Hai ampa, ni kami nak share dengan ampa cara nak buat minuman untuk jaga dalaman wanita. Jangan kira nak cantik luaran ja tau..dalam pun kena jaga jugak. Sama penting dua-dua tu.
Bahan-bahan pun senang dapat. Boleh kata dalam dapur kita memang sentiasa ada benda ni. Jom kita amalkan,semoga dalaman makin sihat, mantap bertenaga dan cik somi pun makin sayang.
First kita check dulu barang apa yang kita nak guna
Halia
Daun pandan
Kunyit hidup
Serai
Bunga cengkih , Bunga lawang , Kayu manis
Gula batu atau Gula perang atau Madu pun boleh
Caranya-caranya
1. Rebus semua bahan dengan 3 gelas air hingga jadi 1 gelas. Gunakan api perlahan.
2. Tunggu suam dah boleh minum
Ekstra Tip: Yang nak rapatkan bahagian intim boleh tambah 1 biji manjakani (yang belum kawin,anak dara tak sesuai ok..no,never). Yang mana ada keputihan melampau lampau tu boleh tambah daun sireh,sehelai dua cukup la.
Rebusan ni elok ampa amalkan sebelum atau selepas haid, sebulan sekali pun dah cukup
Antara kebaikan dia, mewangikan kewanitaan, segarkan badan. Urat saraf yang mana dah lama bersimpul tu pun boleh la terlerai dari simpulan kasih dia tu.. wajib cuba resipi ni tau,jangan malas-malas
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.