Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu? Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja. Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.

Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Berhenti Kerja.

1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.

Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.

Ads

Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Berhenti Kerja.

2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.

Ads

Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.

Ads

3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.

Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.

4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI