Ini Sebab Vitamin C Kena Ambil. Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

Share

VITAMIN C TERBAIK
.
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.

.
Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses.
Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh.

.
Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C. Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari. Dos yang sebegini boleh didapati dari kebanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya.

.
Saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, agar tidak keliru dengan fakta yang salah selalu diberikan kepada masyarakat.
Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C.

.
1. ASCORBIC ACID

Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.

.
2. BUFFERED VITAMIN C

Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.

.
3. VITAMIN C DENGAN BIOFLAVONOIDS

Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.

.
4. TOPICAL VITAMIN C

Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

#nutrisidrzubaidi
#HealthDrZubaidi