Ini Sebab Suami Makin Sayang Pada Isteri. Tip Power Ni Memang Logik!

Share

Nak tahu sebab suami makin sayang pada isteri kena tahu tip power ni dan memang logik untuk dipraktikan! Memang tidak dinafikan setiap wanita inginkan kebahagiaan sepanjang hidupnya bersama suami tersayang.

Untuk itu, pastinya isteri ingin melakukan pelbagai perkara untuk membuatkan jiwa suami semakin sayang kepadanya. Weii, siapa tak sayang suami kan! Lebih-lebih lagi bagi yang tidak suka berkongsi kasih sayang. Bukan menafikan takdir, namun sebagai isteri harusnya memberikan layanan baik kepada suami. Selebihnya kita berserah kepada takdir jika cinta hati perlu dikongsi dengan wanita lain.

Apa pun,  yang jelas, isteri harus tahu cara untuk membuatkan suami makin sayang kepada kita. Ikuti tip  mudah ini lagi power!

1.Berikan Ruang

Kadangkala sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah tenangkan diri dengan bersendirian. Berikannya ruang untuknya dan jangan menekannya dengan lebih banyak soalan kerana ini akan lebih menyerabutkan fikirannya. Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.

2.Jangan Mengongkong

Sikap isteri yang suka mengongkong akan membuatkan suami berasa rimas dan bosan. Anda sebagai seorang isteri, perlu memberi sedikit kebebasan buat suami anda. Jangan terlalu mengawal segala gerak geri yang dilakukannya. Lelaki tidak suka wanita yang mengongkong hidupnya. Tidak salah sekiranya anda prihatin mengenai suami anda dan mengambil tahu mengenai hal-hal yang dilakukan, namun biarlah ia berpada-pada. Janganlah sampai melarang suami anda dari melepak dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya.

3.Belajar Mendengar

Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa dan sekiranya dia tiba-tiba mahu berbicara secara serius, beri perhatian kepadanya. Komen anda tidak diperlukan mereka, objektifnya adalah untuk meluahkan beban di dada yang boleh membuatkan mereka merasa sedikit lega.

4.Tunjukkan Rasa Sayang

Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk menyatakan cinta. Tunjukkan rasa sayang anda kepadanya di hadapannya dan juga rakan-rakannya. Hantarkan pizza ke rumahnya sewaktu dia dan rakan-rakan sedang menonton perlawanan bola sepak. Sekali-sekala anda boleh menunjukkan rasa cemburu sekiranya dia terlalu baik dengan rakan wanitanya. Buat si dia rasa bangga dengan orang sekeliling kerana cara anda melayannya. Cara berlainan untuk menyatakan rasa cinta anda boleh menambahkan rasa sayangnya terhadap diri anda.

5.Biar Dia Membuat Keputusan

Lelaki terkenal dengan ego mereka dan sekiranya anda memberikannya peluang untuk membuat keputusan besar, dia akan merasakan dirinya penting di dalam perhubungan. Walaupun keputusannya memilih restoran untuk makan malam tidak menepati selera anda, hormat pilihannya walaupun anda terpaksa berpura-pura gembira pada malam itu. Percayalah, mereka akan merasa lebih dihargai sekiranya anda mendengar kata.

Sumber: www.apakes.com