Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
“Rindu Lama Terpendam, Akhirnya Terurai. Alhamdulillah.” Norman Hakim Kongsi Video Jumpa Mak Lepas 88 Hari PKP, Buat Netizen Sebak!
Semalam berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang diumumkan kerajaan. Rata0-rata menyambut baik dan bersyukur kerana dapat pulang ke kampung menjenguk orang tua dan keluarga yang sebelum ini tidak berpeluang berbuat demikian.
Di Instagram, pelakon, Norman Hakim menggunakan peluang yang diberikan untuk menziarah ibu dan ahli keluarganya yang berada di Kuantan, Pahang.
Menurut suami kesayangan pelakon Memay Suhaiza ini lagi, semalam juga merupakan saat yang paling indah buat dirinya kerana berpeluang untuk berjumpa dengan emak tersayang selepas 88 hari tidak berjumpa. Pada masa yang sama, dia juga turut mengucapkan jutaan terima kasih buat Perdana Menteri dan kesemua Menteri Kanan yang memberi kelonggaran buat masyarakat untuk pulang ke kampung. Tambahnya, jasa-jasa kesemua pemimpin dan para petugas dalam menangani wabak yang sedang berlaku sangat dihargai.
Momen paling indah selepas 88 hari tak dapat jumpa mak @kamariah.kamat. Terima kasih Allah s.w.t utk kesempatan ini lagi. Terima kasih juga pada Abah @muhyiddinyassin_official ,Pak Long @ismailsabri60 ,Pak Ngah @noor_hisham_abdullah ,Pak Su @tzafrul_aziz dan seluruh frontliners @kementeriankesihatanmalaysia@pdrmsia_official @angkatantenterayang berkorban masa & tenaga untuk memastikan negara terutama kami semua sejahtera & selamat dgn izinNya.
Dalam masa yang sama, Pelakon Gerak Khas ini mengakui sedikit kekok ketika perjalanan ke Kuantan kerana ini merupakan perjalanan pertamanya melebihi 2 marhalah setelah 88 hari, tetapi dia memberitahu bahawa semuanya sangat lancar.
Alhamdulillah perjalanan lancar dgn izinNya.Cuma bila dah sampai nak jamak solat ada sikit kekok sebab dah lama sangat tak menempuh perjalanan melebihi 2 marhalah.Allahu sebak sangat sujud syukur dgn nikmat & rahmat ni.Terima kasih sekali lagi Ya Allah.
Dalam masa yang sama, ramai yang mengakui sebak menonoton video berkenaan. Malah ada juga mengakui turut tidak sabar dan sedang menunggu cuti untuk pulang menziarahi ibu bapa di kampung.
saidatulhusna_sabadri nak balik kuantan juga esok
surieya_15 Alhamdulillah. Ya Allah.. Sebak juga rasanya. Kami pun raya di perantauan. Tk leh balik
waniekarim0703 Wahhh bestnya abg @normanhakim_786 dah dapat jumpa family
tabitaoriginal_rara Allahuakbar sedihnye sebak
suzaineeahmad Huhu. Nape p potong bawang time² gini.
anom510 Minggu ni mesti banyak video camni .amik gambar ngan keluarga.memang rasa suasana Raya tapi sebak dia lebih sikit sebab dah berbulan x jumpa
mawar9763 Alhamdulillah..sedih & terharu tgk video ni yg masih ade mak,ayah sbb kita mak,ayah da lame xade
suriani07 Rindu yg lama terpendam, akhirnya terurai, Alhamdulillah.
shamfatimah26 Gigih kita baca Abah….Pak Long…Pak Ngah….Pak Cu…mlilau mcarik x nmpak…baca pulak frontliner…ingatkan betul2 btugas. Rupanya..
esfanaira Menitis airmata saya. Stay safe org Ikhlas dari orang
Sumber: Norman Hakim
“Tolong Jangan Buang…” -Barang Elektrik Ditenggelami Banjir, Ia bukan 100% Rosak
Pasca banjir menyaksikan suatu suasana yang cukup menyedihkan, sana sini orang membersihkan rumah yang terkesan teruk dengan lumpur dan sampah.
Tidak dengan itu, mana perabot yang rosak perlu dikeluarkan untuk dibuang. Begitu juga alatan elektrik seperti tv, peti sejuk, kipas dan sebagainya juga dilihat ada dalam longgokan sampah.
Bukan sedikit kerugian yang ditanggung untuk mengadakan semula semua kelengkapan yang telah rosak.
Lantaran itu, terpanggil Saudagar Kayangan berkongsi pesanannya di group Tukang Apa Hari Ini untuk manfaat semua.
Ujarnya jangan terus dibuang barangan elektrik yang ditenggelami banjir, kerana ada kebarangkalian ianya masih boleh digunakan.
Walaupun mungkin jangka hayat ok barangan elektrik tersebut tidaklah panjang, namun sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu untuk berjimat dalam masa terdekat.
Ini perkongsiannya moga bermanfaat.
Tolong Jangan Buang
Bila aku kat kawasan banjir,1 Benda yang aku perasan, banyak betul barang-barang electronic yang di buang dalam longgok sampah.
Barang-barang ni bukan murah-murah, dan bukan sehari dua mangsa kumpulkan dan beli.
Pesan Aku,
TOLONG JANGAN BUANG TV,RADIO,PETI AIS,TOOLS ELECTRONIC,ATAU APA-APA BARANG ELECTRONIC TU.
Barang-barang yang tenggelam air, selagi tak pecah,tak hancur, dia bukan 100% rosak lagi.
BUKAN 100% ROSAK.
Aku share sikit ilmu yang aku ada, harap bermanfaat. Boleh di tambah baik kalau siapa yang ada lebih ilmu.
Apa Yang perlu anda buat ?
1.Sementara rumah masih kotor, barang-barang tu masih kotor dan basah, amik air bersih, basuh buang semua kotoran dekat barang tu. Basuh bersih-bersih dulu. Luar Dalam.
2.JANGAN SESEKALI CUBA ON PLUG DAN SUIS BARANG TU. JANGAN.
3. Lepas basuh bersih, jemur barang-barang tu bawah panas terik matahari selama 3-4hari. Jemur sampai betul-betul kering. Ini nak mengelakkan short-circuit pada board ketika electric masuk. Selagi board ni tak terbakar, insyaallah bole diselamatkan.
4. Selepas betul-betul kering,kalau tak cukup kering (JANGAN ON.) ,Try sambungkan plug power dan on suis. Ni step yang paling penting .
Kalau Lepas on suis, dan barang tu boleh on, alhamdulillah, barang anda selamat, insyaallah bole digunakan,tapi mungkin jangka hayat dia dah berkurang.TAPI, SEKURANG-SEKURANGNYA DAPAT MENJIMAT KAN DUIT DARI BELI BARU UNTUK JANGKA MASA PENDEK.
5. KALAU ANDA ON BARANG TU, TIBA-TIBA BERASAP DAN ADA BUNYI POP, TERUS OFF POWER .
Ini Ada beberapa kebarangkalian, salah satunya board masih lembap.
TAPI,
Walaupon barang anda BERASAP, meletup dengan letupan kecil, masih lagi bukan 100% rosak.
Kalau TV, selalu nya,power board yang terbakar. Ikut jenis dan model TV, tukar board ni sahaja dalam lingkungan RM 200-300, mungkin lagi murah kalau TV lama.
Selalunya,tapi bukan semestinya,tukar board ni TV anda dah bole guna dah.
Sekurang-kurangnya, kalau TV anda dapat digunakan untuk setahun lagi,dah boleh jimatkan duit dan kumpul duit beli baru.
6. Tapi kalau anda ON, tapi tiada apa respon dari barang anda, ini sedikit sukar dan kebarangkalian rosak tu dah tinggi.
Kalau tak mahu buang dan sudah dicuci, boleh la hantar untuk baiki.
Ni antara step-step mudah “trouble shooting” barang-barang electronic yang bole aku kongsi, insyaallah boleh Cuba.
Sekurang-kurangnya dapat MENJIMAT Kan DUIT dikala kesusahan, tak perlu buang semua.
Bukan semua orang mampu beli barang-barang baru dikala kita dihimpit kesusahan bencana dan banjir ni.
Sumber : Saudagar Kayangan via Tukang Apa Hari Ini
Ini Jenis 8 Pokok Hiasan Yang Boleh Di Tanam Di Rumah. Salah Satunya Kurangkan Stres!
Pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar nak buat rumah anda nampak cantik, malah boleh membantu peredaran udara juga. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Berbanding dengan kawasan kampung, hidup kat bandar ni biasanya terasing daripada pokok-pokok hijau.
Bila jenguk keluar tingkap bukan boleh nampak bukit, tapi nampak jiran dekat blok sebelah sidai baju. Bila keluar rumah pulak, udara penuh dengan asap kereta. Stress jadinya.
Sebab itulah makin ramai yang beli pokok hiasan untuk letak dalam rumah. Bukan pokok plastik ye, tapi pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen!
Walaupun namanya tumbuhan hiasan, pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:
Mengurangkan kemurungan
Membantu peredaran udara dalam rumah
Membantu memori dan kesihatan mental
Sekarang ni, pemaju-pemaju kat Malaysia pun dah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’, di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit.
Anda boleh baca artikel kami tentang bangunan hijau di sini. Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli.
Anda tak perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah setakat dapat cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya.
1) Snake Plant
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Ini adalah antara pokok yang paling senang nak dijaga, iaitu Snake Plant, atau juga dikenali sebagai Lidah Jin.
Pokok ni tak perlukan banyak cahaya, jadi senang anda nak letak kat ceruk mana sekalipun. Ia juga boleh tahan tanpa air bagi tempoh yang lama, jadi pastikan anda tak terlebih siram.
Berbanding kebanyakan tumbuhan lain yang sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen waktu siang, pokok ni buat benda yang sama tapi pada waktu malam. Sebab itulah ada orang yang letak pokok ni dalam bilik tidur.
AWAS: Tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai ‘Saponin’, yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja, menurut Pusat Racun Negara.
2) Spider Plant
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Satu lagi pokok yang popular dan senang dijaga adalah Spider Plant. Ia sesuai untuk diletakkan dalam suhu dingin ke suhu bilik, dan sukakan tanah kering.
Pokok ini suka cahaya matahari, jadi anda boleh letakkan ia dekat dengan tingkap. Ada juga yang meletakkan pokok Spider Plant secara tergantung.
Spider Plant dapat namanya sebab daunnya macam kaki labah-labah, jadi bila dah panjang mungkin akan nampak sedikit serabut. Jadi pastikan anda potong dan kemaskan pucuk daun sekali-sekala.
Pucuk Spider Plant juga boleh jadi anak pokok yang anda boleh bagi sebagai hadiah unik kat kawan dan saudara-mara.
3) Peace Lily
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Peace Lily adalah antara satu-satunya pokok dalam senarai ni yang ada bunga, buat anda yang nak sedikit warna dalam rumah.
Oleh kerana pokok ini kecil, anda ada banyak pilihan tentang kat mana nak letak pokok ini, contohnya di atas meja ataupun rak buku.
Peace Lily boleh hidup dalam keadaan redup, jadi ia sesuai walaupun apartmen anda tak dapat banyak cahaya. Pokok ini juga boleh tahan suhu rendah dan kawasan kering.
Kalau anda perasan daun Peace Lily jatuh, itu tandanya dah sampai masa untuk anda siram.
4) Fiddle Leaf Fig
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Fiddle Leaf Fig adalah pokok paling besar dalam senarai ini, jadi pastikan anda ada ruang yang cukup untuk letak pokok ni di atas lantai.
Daun pokok Fiddle Leaf Fig adalah besar dan lebat, dan batang pokoknya sendiri boleh tumbuh dengan tinggi. Jadi pokok ini sesuai untuk mengisi ruang rumah anda untuk nampak ‘penuh’.
Anda juga perlu pastikan yang pokok Fiddle Leaf Fig ni dapat cahaya yang secukupnya.
Kalau nak tahu bila nak siram, cucuk tanah dalam pasu tu dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaan (dalam satu inci) tanah tersebut kering, tandanya dah tiba masa untuk siram.
Anda juga boleh lap daun pokok ini bila dah banyak habuk, supaya ia boleh menyerap cahaya matahari dengan lebih efisien, serta nampak cantik dan kemas.
5) Aloe Vera
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Aloe Vera atau lidah buaya memang dah lama popular, nak lagi zaman MLM dulu yang mengatakan daun lidah buaya ni banyak manfaatnya!
Gel aloe vera dikatakan boleh menolong kulit untuk sembuh, contohnya daripada kesan melecur.
Buat tumbuhan hiasan, aloe vera pun merupakan pokok yang senang dijaga. Pastikan anda letak pokok ini dekat dengan cahaya matahari, serta siram selalu.
Oleh kerana ia sukakan cahaya dan air, ramai yang letak pokok aloe vera di bilik air dan dapur.
6) Golden Pothos
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Selain daripada Spider Plant, Golden Pothos adalah satu lagi pokok dalam senarai ini yang sesuai diletakkan secara tergantung.
Ini kerana daunnya yang menjalar nampak cantik bila dilepaskan ke bawah. Daun Golden Pothos juga datang dalam beberapa warna.
Oleh itu, ia boleh diletakkan di ruang yang terdapat banyak aktiviti, seperti ruang tamu, supaya lebih ramai orang dapat mengaguminya.
7) Chinese Evergreen
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Pokok Chinese Evergreen boleh membesar walaupun dalam keadaan kurang cahaya, jadi anda boleh letakkan ia di mana-mana saja.
Chinese Evergreen sukakan kelembapan udara. Jadi kalau udara dalam rumah atau bilik anda terlalu kering, anda boleh semburkan daun dengan air sekali-sekala, ataupun pasang pelembap udara dalam bilik anda.
Kalau anda jaga pokok ni betul-betul, ia boleh tahan sehingga 10 tahun.
8) Succulents
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Pokok yang nampak macam kaktus kecil ni adalah paling comel dan paling senang untuk dijaga.
Succulent adalah sangat kecil dan ada macam-macam saiz dan rupa, jadi ramai yang beli beberapa jenis succulent untuk dapatkan gabungan yang cantik.
Pokok ini perlukan cahaya, jadi pastikan anda letak ia berdekatan dengan tingkap. Anda hampir tak perlu siram langsung pokok ni, dan ia akan terus hidup.
Jadi kalau pokok ni mati juga, mungkin anda yang perlu disiram dengan air bunga!
Tip Dalam Menjaga Pokok Hiasan Dalam Rumah
Kalau dah memilih beberapa jenis tumbuhan hiasan yang anda rasa sangat sesuai dengan ruang dalam rumah, sekarang tibalah masanya untuk belajar beberapa tip yang boleh digunakan untuk membantu anda menjaga mereka dengan baik!
1) Pastikan aliran air pokok terjaga
Kalau anda perasan, kebanyakan pasu ada lubang kat bahagian bawah. Lubang ini berfungsi untuk membuang air yang berlebihan bila anda siram.
Kenapa perlu buang? Ha, jangan ingat makin banyak anda siram, pokok makin sihat. Kalau banyak sangat air, ia akan terkumpul dalam tanah dan menyebabkan akar pokok reput.
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Bagi pasu yang tiada lubang, ada juga boleh meletakkan batu-batu di antara tanah dan pasu supaya air berlebihan akan mengisi ruang antara batu tersebut, dan tak terkumpul di dalam tanah.
Namun dengan cara ini, anda mungkin masih kena buang air tersebut secara manual kalau dah banyak sangat.
2) Tukar pasu bila perlu
Bila anda beli pokok dari nurseri, biasanya anda perlu pindahkan ia ke pasu bunga yang lain.
Malah bila pokok anda membesar pun, mungkin anda perlu pindahkan pokok tersebut ke pasu yang lebih besar.
Untuk membantu akar pokok anda menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru, anda boleh mengisi pasu baru tersebut dengan tanah yang lama.
Rahsianya, leraikan tanah ini dengan tangan, lembapkan ia sedikit, dan isi ke dalam pasu baru di sekitar pokok anda tadi.
Ini akan membantu akar untuk membesar ke dalam tanah yang baru anda masukkan tadi.
3) Siram air dengan secukup rasa
tumbuhan hiasan, pokok hiasan dalam rumah, jenis pokok hiasan, pokok hiasan rumah
Setiap jenis pokok ada keperluan air yang berbeza-beza.
Satu petua yang anda boleh ikut untuk semua jenis pokok adalah memastikan tanah tersebut agak kering sebelum anda menyiram.
Biasanya, anda boleh siram sehingga sedikit air berlebihan naik kembali ke atas tanah. Bila air keluar daripada bawah pasu ke piring tempat letak pasu tersebut, pastikan anda buang air supaya ia tak menyebabkan akar pokok anda mereput.
4) Kemaskan daun dan tanah
Bersihkan tanah daripada daun-daun kering supaya ia tak menarik sebarang serangga.
Perhatikan juga mana-mana daun yang nak mati, dan cantas ia supaya nutrien akan pergi ke daun-daun yang memerlukannya.
Sumber: www.propertyguru.com.my
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520