Apabila hujung minggu ramai agaknya ambil kesempatan untuk menyambung kembali tidur. Maklumlah hari-hari biasa sudah pasti kena bangun awal untuk ke tempat kerja, menguruskan anak-anak sekolah dan anak-anak pula ‘terpaksa’ bangun awal untuk ke sekolah. Lazimnya anak-anak yang meningkat remaja yang akan bangun lewat kan.
Siapa pun mereka, kebaikkan bangun awal mempunyai manfaat yang kita kena alert untuk kesihatan. Ingin tahu sebab apa kena bangun awal. Ikuti perkongsian ini dari segi Islamik dan Kajian barat. Sungguh inspirasi.
Perkongsian oleh Asma Harun yang menyentuh dari segi Islamik.
Amalan mereka yang dah terbukti berjaya, bermula daripada kekasih Allah bernama Muhammad SAW, Ahli Bait, para Sahabat, Salafussoleh. Begitu juga para dermawan, ilmuan, cendiakawan, karyawan, hartawan, rupawan, cergasan, dll,
Adalah bermula daripada PAGI YANG AWAL ! lagi awal bangun daripada tidur, lagi cepat kehidupan berubah, lagi cepat bahagia, lagi kuat kesabaran, lagi luas ketenangan, lagi bertambah kekayaan, lagi fasih pertuturan, lagi tinggi keyakinan. Cubalah untuk seminggu, nanti sangat terkejut dengan hasilnya.
Jam 4 pagi contohnya, Tahajjud, Baca Quran, istighfar, selawat, mungkin dalam satu jam. Kemudian rutin dan tugasan harian dimulakan seawal jam 5pg, InsyaAllah segala urusan dari sekecil hingga sebesar apapun akan tersusun, sentiasa tenang dan dalam pertolongan Allah.
al Bukhori RA meriwayatkan daripada Abu Barzah RA katanya
وَلَا يُحِبُّ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَلَا الْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Baginda SAW tidak suka tidur sebelumnya ( isyak iaitu selepas maghrib ) dan bersembang selepas isyak.”
*Sunnah Nabi ialah untuk tidur awal sabaik selepas isyak, dan bangun seawal pagi dalam jam 1. Marilah kita berazam utk tidur dan bangun lebih awal, moga hidup kita Dunia dan Akhirat akan berubah.
KAJIAN BARAT
Dalam pada itu, melalui perkongsian ini mengenai kajian barat mendedahkan mengenai sebab dari segi aspek kajian barat. Boleh jadi panduan bersama.
Tahu ke tak tahu bahawasanya bangun seawal 4.30 pagi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri. Bukan agama Islam je yang menyuruh penganutnya bangun awal pagi malah mereka yang beragama lain pun sama. Jom semak 10 kebaikan bangun awal pagi sebelum matahari terbit;
1. Kajian oleh University Texas pada tahun 2008 telah menunjukkan, pelajar yang bangun awal pagi memperolehi gred CGPA yang lebih tinggi berbanding pelajar yang suka berjaga malam dan bangun lewat pagi.
2. Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard telah menemui bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal adalah lebih proaktif. Mereka ini mempunyai impian dan matlamat jangka masa panjang dan berusaha gigih untuk mencapai segala yang diimpikan.
3. Kajian dari Randler juga menunjukkan, mereka yang mengamalkan tabiat bangun awal pagi berupaya menangani masalah dengan lebih efisien. Biasanya mereka ini lebih berjaya dalam dunia bisnes.
4. Perancang masa yang lebih baik. Mereka mempunyai banyak masa yang sunyi sepi untuk menetapkan matlamat hidup, organisasi dan rancangan sepanjang hari dan minggu.
5. Mempunyai lebih banyak masa untuk bersenam. Senaman yang konsisten mampu meningkatkan tenaga, mood yang baik, kecergasan dan membantu tidur waktu malam yang lebih lena.
6. Pakar mengatakan, mereka yang mempunyai tabiat tidur awal dan bangun awal pagi mempunyai ritma alam semulajadi yang seimbang. Ini membantu waktu tidur yang berkualiti.
7. Mereka yang mempunyak tabiat bangun awal pagi lebih gembira, optimis, positif, rajin dan teratur.Mereka yang sering tidur lewat malam dan bangun lewat pagi mudah mendapat tekanan dan pesimis (berfikiran negatif). Kajian dari Jerman pada tahun 2013 telah menemui hubungan rapat antara tekanan mental dan tabiat tidur lewat malam.
8. Dapat mengelakkan kesesakan ketika menggunakan pengangkutan awam dan lalulintas dengan kata lain dapat mengelak dari terburu-buru mengejar masa.
9. Cenderung untuk mengambil sarapan yang lebih sihat dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih menawan. Kajian dari University Northwestern pada tahun 2011, mereka yang sering tidur lewat malam cenderung mengambil sebanyak 248 lebih banyak kalori dalam sehari dan mempunyai purata BMI yang lebih tinggi 2 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal pagi.
10. Bangun awal pagi membolehkan kita menjalankan ibadah seperti solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ketika inilah Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa-doa mereka yang berdoa dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba-hambaNya.
Banyaknnya faedah yang diiperolehi bila bangun awal pagi. Apa lagi jom ubah sikap. Dan pastinya dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti bebas dari tekanan.