Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke klinik gigi kerana risau gigi anaknya mengalami kerosakan (karies). Walaupun anaknya belum pernah mengadu sakit gigi, tetapi si ibu risau dengan keadaan gigi anaknya yang mulai hitam-hitam.
“Doc, saya perasan gigi anak saya sekarang ni banyak yang hitam-hitamlah.”
“Anak Puan menyusu botol ke?”
“Aah Doc. Dia hisap susu botol. Tapi tidaklah sampai dia tertidur. Kalau dia tidur pun saya akan cabut botol tu dari mulut dia.”
“Oh macamtu. Puan ada berus atau bersihkan gigi anak tak ya setiap hari?”
“Ya ada Doc. Saya memang berus gigi dia setiap hari guna ubat gigi K***** **** tu. Tapi hairan sebab gigi dia rosak juga. Kenapa ya Doc boleh jadi macamtu? Risau pula tengok gigi dia dah tak cantik dan hitam-hitam gitu.”
“Maaf Puan. Ubat gigi yang Puan guna untuk anak tu, mengandungi fluorida tak ya?”
“Haa tak Doc. Saya tak guna ubat gigi yang berfluorida sebab saya dengar fluorida tu bahaya. Anak saya pula memang suka telan ubat gigi tu. Tu yang saya tak berani nak guna ubat gigi berfluorida.”
Sebenarnya ubat gigi berfluorida ini boleh dan perlu digunakan untuk anak-anak kecil yang sudah mempunyai gigi susu.
Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.
Ads
Seperti yang kita tahu, lapisan enamel gigi susu pada kanak-kanak tidak sepadat seperti gigi kekal yang ada pada gigi orang dewasa dan ianya mudah rosak.
Risiko kerosakan akan semakin meningkat jika anak terdedah kepada diet yang tinggi gula serta penggunaan botol susu untuk tempoh waktu yang lama.
Jadi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan ditambah dengan teknik memberus gigi yang betul berupaya untuk menjadi langkah yang berkesan bagi mencegah terjadinya kerosakan gigi.
“Tapi Doc, takpe ke kalau ubat gigi berfluorida tu ditelan oleh anak-anak? Tak bahaya ke?”
Ubat gigi bukanlah sejenis makanan. Ianya adalah bahaya untuk ditelan tidak kira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak kerana ia turut mengandungi bahan kimia yang lain. Jadi jangan biarkan atau biasakan anak anda menelan ubat gigi walaupun ianya tidak mengandungi fluorida.
Disebabkan hal tersebut, maka adalah penting untuk anda memantau dan membantu anak anda untuk memberus gigi.
Ads
Jangan biarkan mereka memberus gigi sendiri kerana:
1️⃣ Mereka belum pandai dan tahu meludah. Dikhuatiri mereka akan menelan ubat gigi ketika memberus gigi.
2️⃣ Mereka belum pandai memberus gigi sendiri dan tidak tahu cara memberus gigi yang betul. Akibatnya bahagian gigi yang tidak diberus akan mengalami kerosakan.
Kuantiti ubat gigi juga perlu diperhatikan. Ini bagi mengurangkan risiko anak menelan sisa lebihan ubat gigi tersebut.
✅ Untuk anak yang berusia 1-3 tahun, gunakan kuantiti ubat gigi sebesar butir beras atau selapis tipis sahaja.
✅ Untuk anak berusia 3 tahun ke atas, kuantiti ubat gigi yang perlu digunakan adalah sebesar biji kacang pea.
Ads
Kuantiti ubat gigi ini adalah penting untuk diperhatikan kerana jika anda membiarkan anak anda menggunakan ubat gigi secara berlebihan, buih yang terhasil akan lebih banyak dan anak akan lebih cenderung untuk menelan sisa ubat gigi tersebut.
Oleh yang demikian, jika anda belum memperkenalkan ubat gigi berfluorida kepada anak anda, mulai sekarang mulalah beralih kepada ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida agar anak anda mendapat manfaat daripadanya dalam usaha kita untuk mencegah gigi mereka daripada mudah menjadi rosak.
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi kanak-kanak yang berada di pasaran sekarang dengan pelbagai perisa yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pilihlah jenama ubat gigi apa sekalipun yang digemari oleh anak anda, asalkan ianya mengandungi fluorida.
Jangan kerana sentimen anti fluorida dan fakta yang salah mengenai fluorida yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok tertentu membuatkan anda takut untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak anda.
Ingat, fluorida mengandungi kebaikan yang boleh dimanfaatkan asalkan ianya diguna dalam kuantiti yang betul. Sebab itulah pentingnya anda untuk memantau dan membantu anak anda ketika mereka memberus gigi.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa ubat gigi bukanlah makanan dan ianya adalah berbahaya untuk ditelan tanpa mengira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak.
Jadi jangan abaikan kebaikan serta manfaat fluorida terutama terhadap anak-anak anda hanya kerana anda dimomokkan oleh fakta yang salah berkenaan bahan tersebut.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Fb Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM
Kalau diberi pilihan untuk tinggal di rumah yang sempurna cantik berhias, tentu semua antara kita mahukannya. Namun bila memikirkan kos-kos yang perlu dibayar untuk memperindahkan ruang kediaman dengan pelbagai macam elemen dekorasi, keinginan tersebut boleh terbantut di tengah jalan.
Jadi apa kata, yang mana teringin hendak ada lampu tergantung di dinding untuk menyerikan ruangan kediaman, lakukan apa yang dibuat oleh wanita ini. Semuanya boleh dibuat sendiri dan menariknya kos yang digunakan cukup murah. Pun begitu kesannya mampu mencipta mom wow pada kediaman.
Jom ketahui apa yang dilakukannya.
Lampu dinding bajet Eco
Seperti dijanjikan, hani kongsi langkah-langkah nak buat lampu dinding dari barang-barang Eco ni. Sebenarnya tutorial untuk buat lampu dinding dah banyak kat Facebook haha tapi berbeza-beza lah cara orang buat.
Tapi yang hani kongsikan ini cara yang mudah dan praktikal bagi hani. Apa-apa cara pun yang penting di mata kita cantik itu yg utama
Benda yang perlu ada :
L-shape bracket – Eco RM2
bakul plastik – Eco RM2
lampu bateri – Eco RM2
plastik hook (hook ni special sbb dia punya hook boleh laras kedudukan pencangkuk dia) – Mr. DIY RM1.60 (utk 6 pcs, gambar dalam komen)
cat spray (hitam) – Eco RM2 (optional)
cable tie (hitam) – hani beli dari Eco juga
Keperluan lain
soldering gun
Cara Buat :
Lepas hani cat bakul (mengikut warna tema rumah), hani buat lubang di tapak bakul (bhgn luar) menggunakan soldering gun. Soldering gun ni pun hani beli di Eco khas untuk projek keraftangan. Mmg hani khaskan utk buat lubang di plastik je kerja dia. Sebelum buat lubang utk masukkan cable tie tu kena tandakan dulu kedudukan lubang berdasarkan L shape bracket tadi.
2. Masukkan cable tie dalam lubang.
3. Tetapkan kedudukan L-shape bracket. Dan “ikat” bracket tu dengan cable tie.
4. Dah siap. Bagi hani cara ni senang. Tinggal nak screw kan ke dinding je.
5. Pandangan dari dalam bakul. Nampak tak cable tie tu? Potong lebihan cable tie utk lebih kemas. Tampal ‘hook’ yg boleh laras beli kat Mr Diy tadi. Jangan risau hook ni kuat. Dah 3 bulan gantung lampu kat situ tak jatuh pun.
7. Kat lampu tu hujung nya ada penyangkut. Boleh sangkut je kat ‘hook’ tu. Kalau nak on -off button atau nak tukar bateri senang. Tanggalkan je lampu tanpa usik bahagian lampu yang lain.
8. Screwkan ‘L-shape bracket’ kat dinding. Ada yang pasangkan terbalik (upside down). Terpulang pada citarasa masing2. Hani lebih suka pasang mcm ni supaya nampak corak beralun pada bracket tu.
Perkongsian Nur Hidayah, balu kepada Allahyarham Abam Bocey meraih perhatian ramai.
Dia meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya.
Menerusi perkongsian tersebut, ibu anak sorang ini berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.
“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya.
“Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib Hidayah serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi anak mereka, Syed Uthman Hamzah.
Jika orang dulu-dulu, akan suruh anak perempuan masuk dapur. Anak lelaki pula sebaliknya. Bagaimanapun, kesedaran telah ada mengenai pentingnya anak lelaki didik turut sama terlibat dalam urusan rumahtangga. Anak lelaki kini sejak kecil telah diasuh untuk sama-sama membantu membersihkan rumah, pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Ia bukan apa, apabila mereka dewasa ini, sika positif ini sudah terbiasa dalam diri mereka akan dijadikan rutin dalam hidupnya. Malah apabila berkahwin, dia akan turut sama membantu isteri menguruskan rumahtangga.
Begitulah juga yang dikongsi oleh lelaki ini menerusi facebook, Pe Chey yang bercerita kisahnya semasa kecil bagaimana dirinya telah didik sejak kecil hal pengurusan rumah. Dan kini, beliau turut mendidik perkara yang sama kepada anak-anaknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Anak lelaki pemalas, tahu mengarah sahaja, manja terlampau dan tak ada kualiti?
Aku dah pernah ulas kisah ini, aku pernah tulis dan malam ini aku cuba kongsikan sekali lagi pengalaman sendiri bagaimana arwah mak membentuk aku menjadi anak lelaki yang tahu apa itu tanggungjawab kendiri. Izinkan.
Sedari kecil, aku dan kakak, kami kena buat kerja rumah. Kami kena cuci kain bajundi sungai. Berbesen kain yang perlu dicuci kerana adik beradik ramai. Kakak memberus, aku pula membilas. Sedari umur 7 tahun, aku dan kakak, kami ke sungai mencuci baju.
Begitu juga kerja mengemas rumah. Aku dan kakak, bergilir melakukannya. Basuh pinggan, kemas tempat tidur, menyapu laman dan kerja lain yang mesti kami buat.
Bila kakak-kakak dah nikah, aku dan adik-adik sahaja yang tinggal. Tugas itu lagi mencabar. Akulah abang, akulah kakak. Kalau aku pemalas, hancur rumah. Mak dah tak berapa sihat masa tu. Pernah, adik lelaki aku, Shafri yang masak. Sedap pulak dia masak kari ikan. Masa tu umur dia baru 12 tahun.
Jadinya, aku dah biasa buat kerja rumah.
Selepas nikah, akulah yang sidai kain, angkat kain, baauh kain, pergi beli barang, masak sesekali dan kerja-kerja rumah yang lain.
Bila anak makin “bersepah”, tanggungjawab itu makin berat. Aku kena banyak “cover” orang rumah. Kerja rumah itu perlu dibuat bersama.
Kini, kedua anak teruna aku dah dewasa. 17 dan 12 tahun. Maka tugas di rumah itu, aku “perturunkan”. Bukan hanya membantu kerja di rumah, kerja beli barang dan memasak turut perlu dia lakukan. Makanya, dia membesar sebagai seorang yang dah tahu apa yang perlu dia buat. Bukannya tahu makan tidur sahaja.
DIDIK ANAK LELAKI, JANGAN MANJA TAK BERTEMPAT
Perlukah norma kehidupan sebegini diajar pada anak lelaki? Jawapan aku, sangat perlu. Tambah kini, majoriti lelaki gagal dalam melaksanakan tanggungjawab itu bila bernikah dan kadar perceraian yang tinggi kini.
Jangan silap lentur anak lelaki, sedari kecil, biarkan mereka tahu buat kerja apa yang sepatutnya. Bukannya dimanjakan tak bertempat. Bila mereka buat silap, tegur. Kalau perlu hukum, hukumlah. Bukannya bila dah besar panjang baru nak lempang. Dah lambat.
Pada aku, jadi lelaki ni biar nampak rugged, kasar dan bengis tapi dia tahu tanggungjawab sepatutnya. Berapa ramai lelaki kini yang “acah-acah ayu” gayanya tapi hampas bila bab tanggungjawab. Ini hakikat masa kini.
Aku karang ikut pandangan sendiri. Kalau kau yang baca ni rasa artikel aku karang ni bagus, sharekanlah. Mana tahu lebih ramai yang baca, ramai yang faham dan ubah kelaku.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...