Dengan menambah sayur-sayuran dan buah-buahan ia membantu kita hidup dengan lebih sihat.
Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi “phytonutrients”, iaitu sebatian yang memberikan warna, rasa dan aroma bagi setiap sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jadi bila kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, sebatian
phytonutrients ini akan melindungi diri kita dari penyakit kronik. Ini kerana phytonutrients mengandungi antioksida yang bersifat antikanser dan anti-keradangan.
American Cancer Society sendiri mencadangkan kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak 2 1/2 cawan setiap hari.
Malah Panduan Pemakanan Amerika Syarikat (US Dietary Guide) mencadangkan 2 1/2 cawan sayur-sayuran dan 2 cawan buah-buahan setiap hari. Dicadangkan juga kita mengambil buah-buahan sebagai kudapan (snek) yang sihat.
Setiap warna dalam sayur-sayuran dan buah-buahan memberikan pelbagai manfaat kesihatan dan tiada satu warna lebih baik dari warna yang lain, sebab itu kita mesti mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang pelbagai warna dalam hidangan yang kita makan.
Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa kebanyakan phytonutrients berada pada kulit atau lapisan luar yang berwarna. Jadi jangan buang kulit buah-buahan atau sayur-sayuran itu dengan bersih bagi memastikan ia bebas dari kotoran dan bahan kimia. Jika kita buang kulit epal, peach atau terung, pasti kita kehilangan sebahagian besar kandungan phytonutrient tersebut.
PHYTONUTRIENT DALAM MAKANAN YANG KITA MAKAN
Cuba kita lihat sebatian phytonutrients yang ada dalam makanan yang kita makan.
MERAH: kaya dengan carotenoid lycopene, iaitu sebatian antioksida yang melindungi kerosakan DNA yang menyebabkan penyakit kanser prostate, penyakit jantung dan penyakit paru-paru.
Ia banyak didapati pada buah seperti delima, strawberry, cranberry, raspberry, tomato, cherry, epal, ubi beet, tembikai, anggur, lada merah dan lada benggala warna merah .
OREN DAN KUNING: kaya dengan antioksida beta cryptothanxin, yang menyokong hubungan di dalam sel dan membantu mencegah penyakit jantung.
Banyak di dapati pada lobak, kentang, lada benggala warna kuning, oren, pisang, mangga, labu, aprikot, jagung, pumpkin, apricots, peach, dan banyak lagi.
HIJAU
Mungkin cara berikut membantu kita melakukannya :
1. Setiap hidangan tidak perlu banyak. 1/2 cawan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dipotong kecil untuk setiap hidangan. Jika ambil sayur-sayuran berdaun hijau, ambil satu cawan untuk setiap hidangan dan jika ambil buah-buahan kering, 1/2 cawan dianggap sebagai satu hidangan.
2. Selalu ingat ambil dua hidangan setiap kali makan iaitu dua hidangan untuk sarapan, dua hidangan untuk makan tengahari dan dua hidangan waktu malam.
3. Tidak salah berkudapan. Cuma gantikan kuih muih dengan dua hidangan buah-buahan. Minum air kosong segelas atau dua gelas.
4. Perhatikan jika membeli-belah di pasaraya. Pastikan kita membeli sekurang-kurangnya dua atau tiga jenis warna sayur-sayuran atau buah-buahan yang ada dalam troli sebelum membayarnya.
5. Jika makan diluar, pastikan kita mulakan makan dengan ulam-ulaman atau sop sayur. Pastikan kita ambil buah-buahan atau minum teh hijau sebelum memulakan makan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club