Tidak dinafikan amat penting menjaga pemakanan untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Ini kerana mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Menggalakkan ahli keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat juga amat penting. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang yang penuh dengan lambakan makanan segera yang mudah dibeli.
Memang makan segera ini sedap dimakan, namun ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang. Makanan yang diproses ini lazimnya penyediannya tidak menjuruskan kepada diet yang sihat.
Salah satu makanan segera yang sering menjadi pilihan keluarga adalah makanan nugget. Ia makanan yang mudah disediakan. Lebih menyedihkan ia menjadi makanan sarapan buat anak-anak. Malah ada juga didapati makanan sebegini turut dijual di kantin sekolah.
Menyedari akan hal ini, melalui Public Health Malaysia, menyedian maklumat mengenai sebab kenapa makanan segera seperti nugget tidak digalakkan untuk pemakanan seisi keluarga terutama kanak-kanak.
P/S: Cuba Lihat Sini. Pelbagai info kelengkapan di sini
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Gambar hiasan
Jika anda merasakan nugget adalah pilihan yang baik dan mudah untuk menggantikan sumber protein dari daging ayam, fikirkan semula.
“Autopsy” yang dilakukan oleh pengkaji terhadap nugget ayam menemui sebahagian besar nugget ayam TIDAK mengandungi daging putih ayam sebaliknya bahan bahan lain dari ayam seperti kulit, tulang, saluran darah dan komponan ayam.
Selain itu, bagi meningkatkan rasa dan untuk bertahan lama, garam dan bahan pengawet di campur kedalam adunan sebelum ini. Kandungan garam yang tinggi ini adah punca kepada peningkatan tekanan darah dan pengambilan kalori tinggi nugget boleh menyebabkan kegemukan.
Makanan segera seperti ini merupakan sejenis makanan ultra- processed yang sememangnya bukan pilihan yang baik jika anda mengutamakan kesihatan.
JADUAL PEMAKANAN YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK
Ads
Sarapan
Sarapan bukan saja untuk mengisi perut dan memberi tenaga. Ia menjadikan anak anda lebih peka dan membaiki daya ingatan supaya mereka dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajaran di dalam kelas. Antara hidangan dicadangkan adalah:
• Bijirin dengan susu.
• Kacang panggang, telur dadar dan roti bakar.
• Bubur ayam atau bubur ikan dengan sayuran.
Waktu rehat di sekolah
Di sekolah, jangan biarkan anak anda mengisi perut mereka dengan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan minuman berkarbonat. Sebaliknya, bekalkan mereka dengan makanan berkhasiat seperti:
• Buah-buahan seperti pisang atau epal.
• Sandwic tuna, sardin, ayam atau telur.
Ads
• Roti atau biskut tawar dengan keju, marjerin atau jem.
• Sekotak susu, susu soya atau jus buah-buahan.
Makan tengah hari
Makanan tengah hari bagi mengisi semula bekalan nutrien dan tenaga daripada sarapan yang telah digunakan untuk mencergaskan badan dan minda anak supaya lebih bersedia mengharungi masa berikutnya. Makanan yang boleh diberikan:
• Nasi dengan sayuran dihidangkan bersama ayam atau ikan atau daging yang dimasak dengan kicap cair atau tauhu kukus dengan daging cincang.
• Mi sup dengan daging ayam tanpa lemak dan sayuran.
• Nasi ayam kukus dengan salad.
Waktu belajar
Ads
Sama ada anak anda mengulang kaji di rumah, pusat tuisyen atau mengikuti kelas piano, mereka memerlukan makanan berkhasiat untuk mencerdaskan fikiran dan badan supaya boleh memberi tumpuan kepada mata pelajaran Matematik dan Muzik! Berikan mereka:
• Pau kaya atau pau kacang merah.
• Sandwic tuna atau sardin atau ayam atau telur.
Makan malam
Makan malam memberi peluang kepada anak anda untuk melengkapkan kuantiti nutrien harian mereka. Galakkan mereka duduk makan bersama keluarga kerana waktu makan malam adalah masa terbaik untuk seisi keluarga berbual mesra. Cuba hidangkan:
• Spageti atau makaroni dengan ayam, sayuran dan keju serta sos tomato.
• Burger ayam masakan rumah dengan roti gandum penuh dan sayuran.
Snek antara waktu makan utama
Snek dapat menenangkan perut yang berkeroncong sebelum tibanya waktu makan utama. Minuman seperti susu, malta, jus buahan-buahan dan susu soya yang diberikan bersama makanan ringan dapat membantu menambah nilai pemakanan makanan snek. Pilihan yang sihat termasuk:
• Bungkusan atau kotak kecil bijirin.
• Biskut separuh manis atau biskut tawar.
• Roti ban atau roti dengan keju.
Kredit: Public Health & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada sejarah dalam keluarga mengidap penyakit kencing manis, ada baiknya sesiapa pun lebih berwaspada dalam penjagaan kesihatan. Jangan tunggu hingga kaki terlihat bertompok-tompok hitam. Itu semua petanda serius!
Memahami maksud disebalik timbulnya kesan tompokok tersebut, Doktor ini jelaskan dengan detail.
Pengidap Kulit Klaros, Tolong Baca Pesanan ini!
Jika anda pesakit Kencing Manis, janganlah tunggu kaki jadi klaros seperti ni. Tompok-tompok hitam seumpama kulit ubi stelo (keledek) yang rosak adalah akibat dari Kencing Manis yang tidak terkawal. Klaros adalah dialek Kelantan yang paling tepat diberikan terhadap perubahan warna kulit itu.
Apa yang berlaku adalah, sel-sel melanin yang membina kecerahan kulit mereput dek kerana tindakbalas gula yang tinggi.
Selain dari sel-sel melanin, sel-sel saraf kulit juga terlibat. Dalam masa yang sama, akibat dari komplikasi kerosakan buah pinggang, hemosiderin yang sepatutnya dikumuhkan dari badan akan turut berkumpul di lapisan kulit. Warna Klaros akan semakin jelas kelihatan.
Pesakit Kencing Manis manis akan kelihatan tidak cantik akibat fenomena ini. Mereka akan cuba pelbagai cara untuk melindungi kulit kaki dari dipandang awek. Namun tidak akan berhasil kecuali mencegahnya sedari awal.
Kajian mendapati, kulit Klaros (Diabetic Dermopathy) adalah manifestasi kepada komplikasi Kencing Manis yang teruk.
Jika kulit sudah jadi klaros, menunjukkan bahawa pesakit tersebut sudah pun mempunyai komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf dan kerosakan urat mata. Lebih menyedihkan kajian mendapati separuh dari mereka (53%) boleh dikesan mempunyai sakit jantung! Menggerunkan..
Semua komplikasi ini berlaku secara senyap. Mengambil masa bertahun tanpa disedari akibat dari kedegilan pesakit.
Justeru, bertindaklah dengan segera sebelum terlambat. Dengarlah nasihat dari doktor yang ahli apabila anda menghidap penyakit kencing manis. Ambil ubat, jaga pemakanan dan kekal gaya hidup sihat adalah kunci utama.
Jangan mudah cair bila penjual produk sampah mula memujuk anda walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pejuang kesihatan sekalipun.
Kami yang berada dibidang perubatan ini tidaklah terlalu ego menggelarkan diri sebagai ahli pun. Tetapi setidak-tidaknya boleh memberi pilihan konsultasi kepada anda untuk menuju taraf kesihatan yang lebih baik bersandarkan kepada bukti-bukti kajian seluruh dunia. Bukannya testimoni sendiri yang syok sendiri melalui testimoni para agen yang ingin meningkatkan jualan!
Minum air jamu sebagai cara untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan, umumnya telah lama diamalkan oleh datuk nenek kita.
Melalui amalan tersebut juga, sering kita dengar menjadi rahsia untuk terlihat awet muda.
Oleh itu buat anda yang ingin mencuba untuk amalkannya, apa kata cuba minum jamu ini. Semoga serasi dan anda dapat manfaatnya.
JAMU UNTUK TENAGA DAN AWET MUDA
Harini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan serta remaja. Lepas minum raser ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak. Bestt taww. Pasti pelanggan pon teruja nak datang selalu minum.
Perghh arrooma dia. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp, burrppp angin keluar. Lega aihhh…
Selain dibuat jamu , air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedutt aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam taww.
Untuk mandian pon boleh ye. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Pastu boleh mandi buat bilasan terakhir.
Nak lagi best , rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.
Woww! Siapa sangka ramuan ni boleh buat macam macam kan. Okay okay cikgu bagi tahu resipi best ni.
Bahan-bahan :
Halia, 2 batang seral, 1 sudu kecil
halba campur, 1 sudu Kecil bunga
cengkih, 1 sudu kecil biji pelaga,2
batang kulit kayu manis, 1 sudu kecil
bunga lawang, 1-2 sudu madu
Step 1 : Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
Step 2 : Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
Step 3 : Tapis airnya dan masukkan 1 sudu besar madu.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
VITAMIN C TERBAIK
.
Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.
.
Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses.
Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh.
.
Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C. Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari. Dos yang sebegini boleh didapati dari kebanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya.
.
Saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, agar tidak keliru dengan fakta yang salah selalu diberikan kepada masyarakat.
Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C.
.
1. ASCORBIC ACID
Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.
.
2. BUFFERED VITAMIN C
Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.
.
3. VITAMIN C DENGAN BIOFLAVONOIDS
Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.
.
4. TOPICAL VITAMIN C
Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
#nutrisidrzubaidi
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.