Siapa-siapa yang biasa kupas ubi kentang, buah epal, pisang, terung… mesti perasan akan pertukaran warna pada permukaan berkenaan setelah seketika dipotong.
Tahukah anda apakah punca dan bagaimana keadaan ini berlaku?
Penyebab warna perang (brown) ini ialah enzim pemerang (enzymatic browning) yang biasa terdapat pada sel-sel buah dan sayur berkenaan. Enzim pemerang ini ialah tyrosinase atau lebih dikenali dengan nama polyphenol oxidase (PPO). Enzim ini mengoksida bahan kimia polifinolik yang terdapat secara semulajadi dalam sel buah atau sayuran berkenaan.
Setelah teroksida, molekul-molekul polifinolik akan dihidroginasi kepada bahan kimia quinone, seterusnya quinone ini akan bergabung (polymerised) membentuk sebatian compleks berwarna gelap yang dikenali sebagai tannin (rujuk contoh proses tindakbalas di bawah 👇🏻).
Tahap warna gelap yang terhasil bergantung kepada jumlah bahan kimia polifinol yang wujud di dalam sel. Proses ini memerlukan kehadiran gas oksigen (O2) dari udara.
Kenapa warna perang ini terbentuk apabila buah atau sayur dipotong sahaja?
Enzim PPO dan bahan kimia jenis polifinolik ini sebenarnya terpisah secara fizikal dalam sel tumbuhan. Enzim PPO terletak pada plastids dan molekul-molekul polifinolik pula terletak dalam vacuoles. Bilamana buah ini dipotong, maka sebahagian sel akan termusnah dan mendedahkan enzim ini kepada gas oksigen dari udara membolehkannya bertindakbalas dengan molekul polifinolik.
Ads
CARA NAK ELAK
Bolehkah proses pemerangan ini dielakkan?
Boleh, dengan memahami proses tindakbalas ini. Enzim PPO bertindakbalas secara optimum dalam pH 5-8 (sedikit asidik dan sedikit basik) dan suhu sederhana ~33 darjah Celsius. Maka ikhtiar yang boleh diusahakan ialah dengan
• merencatkan aktiviti enzim ini dengan mengubah suhu atau pH persekitaran buah dan sayur yang dipotong, atau
• menghalang pendedahan buah dan sayur yang dipotong kepada udara (penyumbang gas oksigen).
Ads
Contoh:
👉🏻 Tambahkan bahan masam (bersifat acidic pH ~2) seperti lemon, cuka, asam jawa… yang mana akan menyahaktifkan enzim PPO.
👉🏻 Simpan dalam peti sejuk (suhu rendah) yang mana menyebabkan aktiviti enzim PPO menjadi perlahan.
👉🏻 Dengan memanaskan (naikkan suhu) akan menyebabkan enzim PPO termusnah.
👉🏻 Sapu dengan garam (NaCl) akan menghalang proses pengoksidaan berlaku pada bahan kimia polifinolik.
👉🏻Merendam dalam air atau menyaluti dengan minyak masak yang mana akan menghalang gas oksigen dari udara terkena pada permukaan yang telah dipotong tadi.
Ads
👉🏻 Manipulasi gene yang bertanggungjawab (CRISPR) mengawal penghasilan enzim pemerangan PPO. Maka, kadar penghasilan enzim PPO dapat dikurangkan.
Apakah sebenarnya fungsi enzim PPO dalam sel buah dan tumbuhan tersebut?
Fungsi enzim PPO di dalam tumbuhan tersebut adalah dalam mekanisma pertahanan dari penyakit bawaan mikroorganisma (aka kuman) dan serangan serangga. Apabila jangkitan kuman berlaku, susun atur (integriti) sel-sel termusnah dan aktiviti enzim akan mengambil alih tugas.
Tannin yang terhasil bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman. Bahan kimia quinone yang terhasil akan bertindak sebagai pemusnah protein pada struktur dinding sel kuman dan molekul finolik yang teroksida akan bertindak sebagai perencat pertumbuhan dan pembiakan kuman ini.
Inilah sebab kenapa buah dan sayuran yang sudah lama akan bertukar menjadi gelap. Buah atau sayuran berkenaan sebenarnya cuba bertahan daripada serangan kuman sebelum kalah aka rosak (rotten).
Nota kaki: Lebam pada buah dan sayur yang jatuh juga disebabkan oleh molekul-molekul tannin. Tekanan sebab jatuh tadi akan memusnahkan sel-sel seterusnya menyebabkan enzim berinteraksi dengan bahan kimia polifinolik membentuk tannin.
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidangan pencuci mulut petang ni mungkin ibu-ibu boleh sediakan menu yang cukup simple tapi sedap ini.
Bahan yang digunakan tak banyak dan cara buat semudah ABC. Pasti dapat memikat selera anak-anak yang sedang berpuasa. Jom cuba!
PUDING OREO MILO SEMUDAH ABC ?
Bahan-bahannya simple je. Yang pasti rasa nya sedap poh palehh wehhh. Rasa sekali mesti nak lagi. Nyummy nyummy ?
Bahan-bahan :
– 1 bungkus serbuk agar-agar ( 10gm)
– 1 bungkus orea (di asingkan inti nya dan dipatah dua biskut nya)
– 1 tin susu cair
– 1 cawan milo
– 3 sudu besar gula pasir
– 750 ml air
Cara membuat:
1. Panaskan air dan serbuk agar2 dalam periuk. Kacau sehingga hancur serbuk agar2.
2. Masukkan gula dan inti oreo tadi. Kacau hingga hancur
3. Masukkan susu cair. Kacau hingga larut dan sebati semua. Tutup api dapur gas.
4. Bahagi bahan2 yang masak tadi ke 2 bahagian
5. 1 bahagian biar kan warna putih je.
6. 1 bahagian lagi campur dengan milo, kacau sampai sebati. Pastikan milo betul2 hancur. Kemudian bahagi lagi kepada 2 bahagian. 1 untuk lapisan atas sekali. Dan 1 untuk lapisan bawah sekali.
7. Now dah ready untuk tuang dalam acuan. Tuang 1 bahagian milo kedalam acuan.
8. Tunggu bahagian milo tadi mengeras dulu. Then boleh tuang bahagian putih pulak.
9. Taburkan orea ke dalam bahagian putih tadi. Taburlah ikut kreativi hampa ye.
10. Last sekali lepas bahagian putih keras. Tuang lagi 1 bahagian milo tadi.
Thennnn siapppp !! Boleh simpan dalam peti ais bahagian bawah tau. Tunggu betul2 keras dan sejuk then bolehlah menikmati rasa nya. Makan sejuk2 lagi terserlah kenikmatannya. ?
P/s : pastikan sebelum tuang lapisan seterusnya. Lapisan sebelum tu betul2 keras. Kalau tak dia tak jadi layer2 cantik tu
Moh la try buat. Serius sedap. #share dulu resepi ni, nanti nak buat senang resepi dah ada ?
Kalau menjadi share dengan ida tau
Family ida buat sebiji habis. Buat sebiji lagi pon habis licin. Next time kena buat banyak biji lagi. Hihihi
#resepiByIeda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bosan makan nasi setiap hari? Jangan risau, menu kali ini pastinya akan menambahkan lagi selera anda.
Makaroni bakar merupakan menu yang paling mudah, sedap dan juga mengenyangkan. Dengan perkongsian resipu oleh selebriti terkenal tanah air Sheila Rusly ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi kesedapannya.
Jadi, jika anda inginkan kelainan bolehlah mencuba resipu yang dikongsikan ini di rumah. Selamat mencuba!
Makaroni Bakar
Bahan-Bahan:
2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm daging kisar (Dicincang)
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia* (Semua bahan bertanda * di tumbuk dan sedikit minyak jagung+sedikit mentega untuk menumis)
1 tin susu cair ideal+1 tin air
Sedikit daun bawang/sup (pilihan)
Sedikit bawang goreng
4 biji telur – dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese
Cara-Cara:
– Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
– Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.
– Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
– Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
– Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
– Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.
– Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
– Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.
– Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
– Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Menikmati jagung rebus pada waktu hujan-hujan begini tentunya memberi satu kepuasan buat kita seisi keluarga. Apatah lagi andai jagung yang dihidang kelihatan segar dan berwarna kuning keemasan. Tergambar bertapa manisnya jagung tersebut!
Pun begitu, dalam bab mendapatkan jagung rebus yang sempurna tidak ramai mengetahuinya. Sering terjadi jagung rebus terlihat kecut dan tidak cantik. Hal ini mungkin terjadi disebabkan cara atau kaedah memasak yang tidak tepat atau pun masa memasak yang terlalu lama.
Oleh itu, tahukah anda ada tip mudah seperti mana yang dikongsikan oleh Shahira Amira yang boleh anda cuba untuk memastikan jagung yang direbus sempurna dimasak.
Menariknya juga daripada perkongsian Shahira ini mendapat perkongsian hingga ribuan share.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ini perkongsiannya.
Cara saya masak jagung rebus untuk bagi tak kecut.
1.Masak bagi air betul-betulk mendidih terlebih dahulu.
2. Kemudian masukkan jagung dan garam. Masak dalam 8 ke 10 minit dan tutup api.
3. Nak makan bru ambil. Jagung akan lawa sebji-sebiji dan mengecut.
Ps: Jangan buang kulit jagung sampai habis. Biar ada sehelai-sehelai.
Selain perkongsian tip daripada Shahira Amira ini, rupanya ada banyak lagi cara lain yang juga boleh dipraktikkan. Antara tip tersebut adalah :-
Pilih jagung segar
Sedikit tips untuk memilih jagung yang segar adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut. Dikatakan daun jagung dengan kualiti yang baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.
Rebus bersama kulit
Biasanya merebus jagung kita akan buang kulitnya bukan? Namun ada bagusnya jika tidak direbus dengan teknik tersebut ini sekali gus akan menjadikan jagung tidak mengecut.
Jangan letak garam terlalu awal
Ini juga boleh dipraktikkan dan dikatakan jika letak garam terlalu awal akan menyebabkan isi jagung keras dan akan cepat kecut bila telah sejuk.
Tambahkan gula
Semasa merebus jagung, tambahkan sedikit gula dalam air rebusan agar bukan sahaja jagung tidak kecut malah terasa lebih manis dan enak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.