Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah berkongsi luahan menerusi laman Instagramnya.
Hati mana yang tak gembira,jiwa mana yang tak tenang apabila menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Demikian juga dengan pelantun lagu, Anugerah Aidilfitri ini.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.
Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.
“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” katanya
Dalam video itu juga, Siti sempat membacakan doa beberapa pengikut yang dikirimkan menerusi laman Instagramnya.
Sumber: ctdk
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
BACA INI JUGA :
“Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama AnakWow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club