Ini Rupanya Pesanan Kasih Seorang Ibu, Penguat Semangat Cikgu Fadli Salleh

Share

Dua tiga hari ni, kalau buka sosial media, takkan lari dari lihat perkembangan tentang cikgu terkenal yang cukup berani menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem Pendidikan negara sehingga berdepan dengan tindakan tatatertib dan berkemungkinan boleh dibuang kerja.

Di samping berkongsi info terkini berkenaan isunya itu, Cikgu Fadli Salleh sempat memuat naik pesanan dari ibunda tercinta tentang apa yang melanda anaknya ini.

“Sebanyak mana sokongan manusia pun, pastikan Allah redha. Apa kerja buat kita sekali pun, utamakan keredhaan Allah dan nabi saw, baru manusia. Andai sesuatu benda itu orang tak sokong tapi Allah redha, buatlah.

“Namun walau sebanyak mana sokongan orang tapi perkara itu Allah tak redha, jangan buat. Kita ni hamba. Dan selamanya akan menjadi hamba.” pesan ibunya yang dikongsikan pada Ahad.

Tambahnya, dalam banyak nasihat yang diterima, nasihat dari ibunya ini adalah yang terbaik yang diterima dan akan dipegang hingga akhir hayat.

“Terima kasih ma. Terima kasih. Sepanjang perjuangan aku, nasihat ini adalah nasihat terbaik yang aku terima dan akan pegang sampai mati.

“Sesungguhnya tiada doa dan pesanan lebih ikhlas dari pesanan dan doa seorang ibu terhadap anaknya.

“InsyaAllah perjuangan ini diredhai Allah. Bahkan nabi saw juga ada bersabda,
‘Jihad (perjuangan) yang paling utama adalah mengatakan perkara yang adil di depan pemimpin yang zalim’.” tulisnya.

– Pesan ibu sentiasa dihati –

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/