Ini Rupanya Fungsi ‘Klip’ Pada Cermin Pandang Belakang! Yang Baru Tahu, Boleh Cuba Lepas Ni

Share

Pernah terfikir tak, apa fungsinya klip atau  suis yang berada di tengah-tengah belah bawah cermin pandang belakang (rear mirror) yang ada dalam kenderaan anda?

Sebenarnya klip itu berfungsi untuk kurangkan silau cahaya dari matahari atau kenderaan dari arah belakang. Tipulah kan kalau anda tak pernah silau bila bawa kereta dek kerana cahaya datang dari belakang. Betul tak?

Bagaimana cara guna?

Pada waktu normal, suis cermin pandang belakang itu haruslah berada pada posisi ditolak ke belakang biar selaras dengan penglihatan kita.

Jika memandu pada waktu malam, anda perlu menarik suis berkenaan ke hadapan iaitu kle arah anda agar permukaan cermin dapat dihalakan sedikit ke siling bumbung kereta.

Jadi selepas ini tak adalah anda nak silau-silau lagi sewaktu memandu akibat terkesan dengan cahaya dari kereta belakang!

Haaa lepas ni tak ada la mata tu terkebil-kebil silau lagi dah ye!

Sumber : Maskulin

Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub