
Kisah pasangan ini cukup unik bila tampil dalam persalinan pengantin dengan Tema Hello Kitty. Jarang tema sedemikian menjadi pilihan bakal pengantin. Namun, disebabkan pasangan ini mahukan sesuatu yang ‘unik’ dan lain dari yang lain, membuatkan mereka memilih tema ini.
Lebih menarik lagi, tema tersebut menjadi pilihan sang suami yang memang sukakan sesuatu yang unik.
Selain tema yang lain dari yang lain, pasangan ini juga memilih tarikh yang cukup istimewa iaitu 18.8.2018 sebagai detik bersejarah disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Menurut pengantin perempuan,Eira Zain Bridal tema Hello Kitty tiada sebarang masalah dalam memilih tema tersebut.
“Kami bernikah pada 18/8/18. Kalau diikutkan sebenarnya tak ada idea pun nak buat tema hello kitty ni tapi memandangkan suami ni agak suka benda-benda yang unik, kebetulan dia pun orang seni dan minat pada art itulah hasil dia.
” Tiada paksaan dari saya atau dia sendiri, sebaliknya kami sekadar suka-suka sahaja untuk dijadikan koleksi sebab baju ni bukan pakai masa sanding. sebaliknya kami pakai ketika mengambil gambar untuk sesi outdoor sahaja,” ulas Eira Zain ketika ditemu bual oleh wartawan Majalah Keluarga.
Eira Zain yang memakai baju dari rekaan suami dan dirinya sendiri memberitahu baju tersebut adalah dari butiknya sendiri.
“Tak susah pun nak dapat busana ini kerana saya dan suami yang design sendiri. Kebetulan saya memiliki butik pengantin sendiri selain menyediakan perkhidmatan andaman.
“Mungkin bagi orang lain ia sesuatu yang pelik tapi pada saya biasa je ,cuma suami yang memang minat bahagian seni. Jadi, baju tersebut adalah hasil perbincangan kami berdua. Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan busana dengan tema begini boleh hubungi kami.
“Tidak susah untuk mendapatkan material dan kami hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja,”ujar Eira lagi yanglebih fokus kepada bahagian andaman manakala suaminya, Nur Mael membuat kabinet.
Sumber: Eira Zain Bridal (FB)
Didik Anak Jadi Berani Bukan Pantau Sampai Anak Jadi Penakut. Ini Ibu Bapa Kena Ambil Peduli.

Ibu bapa perlu membina keberanian dalam diri anak-anak, bukanya cepat mengalah dan tidak berani mencuba.
Memiliki anak yang berani menjadi kebanggaan ibu bapa. Tidak hanya kecerdasan untuk mereka sukses di kemudian hari, tetapi juga keberanian.
Setiap anak yang dilahirkan mempunyai potensi masing-masing untuk meraih kejayaannya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini yang menyentuh mengenai keberanian mesti ada dalam diri anak. Bukan pantau anak melampau hingga kurang yakin diri.
Pantau untuk mendisiplinkan? Atau pantau sampai anak jadi penakut?
Ramai yang salah faham dengan perkataan ‘pantau’.
‘Pantau’ sangat bagus untuk mengelakkan anak-anak kita dari cedera. Mahupun terjebak buat benda-benda yang salah.
Tapi janganlah sampai semua benda kita larang anak buat.
Anak pegang apa-apa kita ketuk tangan dia.
Anak baru nak berjalan ke tempat gelap, kita takutkan dia.
Anak baru nak test pegang barang, kita dah gertak.
Lama-lama, anak takut nak explore semua benda. Nak cuba buat apa-apa pun tak confident.
Sedangkan dari exploration deria badan itulah yang membina jaringan otak yang mereka perlukan jadi budak bijak.
Rugi besar kalau kita asyik melarang-larang anak buat semua perkara.
Sebab apa?
Sebab kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang banyak larangan. Dan peraturan yang keterlaluan, menyebabkan anak :
– Hilang keyakinan diri. Nak pandang mata orang pun takut boleh. Apatah pagi nak buat semua sendiri.
– Penakut.
Sampai ke besar penakutnya menghalang mereka dari pergi jauh.
-Hilang sifat risk-taker. Sedangkan sifat inilah antara orang-orang yang mudah berjaya.
-Boleh jadi juga, mereka cari saluran lain untuk salurkan kepuasan diri. Kat rumah dia tak dapat, kat luar dia mencuba. Tau-tau kena tangkap dengan kawan-kawan.
Nauzubillah…
Didik anak jadi berani
Apa yang boleh kita lakukan untuk galakkan sifat aktif, berani dan menyerlah dalam diri anak-anak adalah :
Kurangkan ‘no’.
Dr Syeikh Muszaphar pernah berpesan perkara yang sama dalam satu talk. Beri anak ruang untuk explore.
Jangan takut anak pegang benda tajam atau buat benda bahaya. Selagi kita memantau dengan baik, insya Allah anak akan dapat kebaikan.
No ‘helicopter parenting’.
Beri anak buat sendiri.
Sesekali, biar mereka suap sendiri, butang baju sendiri, selesaikan puzzle sendiri.
Memang anak buat kerja lambat dan messy. Memang tak sempurna. Tapi dari situlah mereka belajar jadi mahir.
Perbanyakkan aktiviti outdoor.
Beri anak kebebasan untuk berlari, melompat, memanjat. Malah berkaki ayam.
Connect dengan alam. Detox dari gajet.
Sign up kelas.
Cari kelas yang kena dengan kecenderungan anak.
Dari kelas pidato, kelas muzik, kelas renang, kelas teakwando dan kelas baking.
Cuba perkara baru.
Buat sesuatu di luar kebiasaan.
Sekali-sekala bawa anak camping. Beri anak hammer untuk bantu kita bertukang. Ajak anak bercucuk tanam.
New experience spark connection baru dalam otak anak.
Jangan sekat mereka mencuba atas alasan jantina.
Tak salah perempuan memanjat.
Tak salah lelaki menjahit.
Tak salah perempuan memanah.
Tak salah lelaki memasak.
Kita yang kadang meletakkan boundry yang tak perlu. Sampai anak salah tafsir had kerja untuk lelaki dan perempuan.
Ya, saya faham.
Peraturan sangat penting untuk mendisiplinkan anak-anak.
Tapi janganlah disekat sampai anak tu dipaksa rigid macam robot.
Ada masanya, kita perlu beri autoriti untuk anak mencuba. Dalam masa yang sama, kita sebagai ‘coach’, memerhati dari jauh.
Agak-agak melampau, baru tiup wisel dan mula semula.
Kalau salah, betulkan.
Kalau perlu kata semangat, bagilah motivasi.
Kalau bahaya, pesan untuk ambil langkah berjaga-jaga.
Barulah anak kita membesar jadi yakin diri. Tak takut mencuba. Dan berani untuk melangkah jauh terkehadapan dari orang-orang lain.
Saya tau macam mana rasanya jadi kanak-kanak yang penakut. Sebab tu bila ada anak sekrang ni, saya beri je ruang untuk mereka explore.
– Saya beri anak pegang pisau untuk tolong saya memasak
– Saya bagi anak slide tilam kat tangga, asalkan tilamnya cukup tebal
– Saya bagi anak panjat tinggi-tinggi asalkan saya pantau
– Saya bagi anak main skate board dan roller blade, asalkan pakai helmet.
Sebab nak mereka jadi explorer. Yang yakin diri dan berani mencuba.
Sumber: Wawa Shauqi
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Praktis 4 Pesanan Ustazah Siti Nor Bahyah Ini Jika Ibu Bapa Mahu Anak Dengar Kata.

Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Bawang, Air Purifier Semula Jadi Elak Selsema. Sebelum Cuba, Ibu-ibu Kena Buat Ini Dulu. Penting!

Kerap bersin dan hidung tersumbat antara tanda awal menghidap selsema. Apabila berlaku keadaan ini, memang rasa tak selesa baik yang dewasa mahupun kanak-kanak. Selsema adalah penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Ia biasanya disebabkan oleh virus.
Untuk mengatasi masalah ini terutama kepada anak selesema, selain makan ubat dan buat urutan alternatif, mak² boleh juga cuba buat tip ni. Petua ini dikongsikan oleh saudari Yatie Eimra.
Saya selalu gak buat cara ni (terutamanya guna bawang) nak² bila tak berkesempatan nak urut dak Fydh ni. Ye ler, dah nama pun mak², banyak lagi urusan lain & kerja rumah nak disetel. Bukannya manjang dok urut anak jer😬
💙Potongan Bawang Sebagai Air Purifier Semulajadi💙
====================================
Saya memang suka gunakan potongan bawang yang diletakkan dalam mangkuk kecil & letak berdekatan dengan anak. Dalam bawang ni ada bahan sulfur & tinggi kandungan quercetin yang berfungsi sebagai antiviral. Selain tu bawang mengurangkan selesema, hidung tersumbat, sakit tekak & batuk.
Bawang ni mempunyai daya penyerapan yang tinggi, sebab tu ia boleh menyerap bakteria & kuman disekitar kita. Dalam keluarga Allium, bawang merah & bawang putih mempunyai aktiviti antioksidan yang paling tinggi tau. Untuk jadikan bawang sebagai air purifier semulajadi –
👉 Bawang merah wajib dikupas kulit & dibersihkan. Sesetengah bawang ni ada lapisan kulat hitam pada kulitnya (disebabkan oleh aspergillus niger iaitu sejenis fungus dalam tanah). Kalau ada kulat tu elok ler basuh bawang dengan air campuran cuka sikit. Kita nak anak sihat, tapi kalau dah sengaja lak bagi bawang berkulat, tak ke lagi teruk jadinya🤦🏻♀
👉 Saya tak suka hiris nipis atau letak bawang dekat kipas sebab ia akan sebabkan bawang cepat kering. Saya hanya potong 2 bahagian, kemudian kelar²kan bahagian tengah bawang, picit² sikit supaya jusnya mudah keluar. Tiap kali bawang mula kering, picit/ramas lagi bawang supaya lebih banyak jus keluar (pastikan tangan bersih ye supaya bawang tak serap kuman dari tangan korang pulak 😅)
👉Boleh renjis minyak masak sikit (saya selalu guna minyak bawang putih) untuk elak bawang terlalu cepat kering terutama jika guna aircond/dekat dengan kipas, etc.
👉Letak dalam bekas (sebaik²nya bertutup tapi ada lubang) lebih² lagi yang ada anak kecik tu. Takut anak kutip makan pulak. Saya suka letak bekas bawang ni kat tempat anak tidur/kawasan dia main sebab bau makin kurang bila bawang dah makin kering. So kalau anak hidung tersumbat, susahlah sikit nak bau kalau letak jauh². Kalau letak dalam bekas ni senang sikit, kadang² saya goncang²kan bekas (jus bawang akan tetap keluar sebab pressure dari goncangan tadi) & suruh je anak hidu 3-5x. Senang je keje kan.. Heheh..
👉Bawang ni hanya elok digunakan dalam tempoh semalaman–24 jam jer. Lepas tu sila buang & gantikan bawang baru.
👉Untuk kesan maksimum, boleh campurkan jugak bawang putih yang dah diketuk.
💛Minyak Bawang Putih + Kunyit Hidup💛
====================================
Rasanya ramai yang sedia maklum kunyit hidup memang elok untuk redakan selesema, masalah hingus meleleh mahupun hidung tersumbat. Tapi ramai yang main tenyeh jer kunyit dengan getahnya sekali. Yang kita nak ialah khasiat kunyit dari ekstrak/pati kunyit tu..bukan getahnya🤦🏻♀ (lapisan yang melekit² & susah nak tanggal bila kena pisau tu.. 😬)
Sesetengah anak kecil ni kulit sensitif yang amat.. Nak² kalau baby lak tu.. Setiap anak tu kan lain² ketahanan badan & alergi nya.. Kalau takde alergi tu syukurlah, tapi kalau anak yang alergi kandungan getah pada kunyit ni boleh menyebabkan naik rashes & gatal² pulak bila disapu kunyit hidup pada hidung..
Camtu jugak yang letak bawang kat tapak kaki, etc. Bukan semua kulit anak serasi & boleh direct contact dengan herba² ni. Walaupun saya suka gunakan petua & herba, tapi dalam masa yang sama tetap ambil tahu apa risiko, alergi & kesan buruk (sekiranya ada) bila gunakan setiap petua/herba tu. Saya lebih suka ambil sikap berhati² & tak terlalu ikut tip & petua sembarangan. Tip & petua yang saya kongsikan selama ni pun, saya hanya kongsi jika ianya berkesan pada saya/family & tak keterlaluan sangat.
👉Untuk kunyit hidup, lepas dikikis kulitnya, WAJIB rendam dulu dalam air selama 30 min-sejam untuk buang getahnya.
👉Lepas tu barulah ditos & lapkan sedikit dengan tisu/kain bersih supaya tak terlalu basah. Tumbuk kunyit tadi untuk dapatkan patinya. Boleh terus digunakan atau untuk kesan yang lebih efektif, campurkan sikit minyak garlic
👉Sapu kunyit/minyak bercampur kunyit pada hidung, sepanjang batang hidung hingga ke pangkalnya. Kalau anak ada resdung, lajakkan sikit hingga ke separuh dahi & sapukan juga pada kening (frontal sinus) serta sekitar tulang pipi (maxillary sinus).
👉Kunyit/minyak campuran kunyit tadi tu kalau boleh letaklah dalam bekas bertutup supaya tak mudah teroksida & masuk habuk. Gunakan dalam tempoh 24 jam jer. Untuk esok silalah buat yang lain ye.. Tapi kalau banyak balance lagi, simpan dalam fridge & gunakan dalam masa 3 hari (gunakan bekas bertutup sahaja)
Guna minyak & kunyit hidup ni memang muka akan kuning sikit la.. 😆Ekeke.. Sebab tu saya hanya gunakan campuran kunyit ni waktu malam ataupun pada hari yang memang confirm tak keluar rumah.😄
❣Pesanan buat mak²..
Bila gunakan petua & herba ni, kena jaga kebersihan, buatlah berpada² & tak keterlaluan. Kalau ada petua yang baru 1st time nak cuba tu, calit & test sikit dulu pada lengan atau kaki – takut anak tak serasi/alergi.
Bukan ape, benda yang sepatutnya datangkan kebaikan, kalau salah caranya tetap boleh mendatangkan kemudaratan. Yang penting, kaedah alternatif bukanlah pengganti rawatan perubatan. Kalau anak tak serasi atau keadaan lebih teruk, pastikan dapatkan rawatan doktor👨🏻⚕
#selesema
#hidungtersumbat
#hingusmeleleh
#potonganbawang
#airpurifiersemulajadi
#kunyithidup
#yatieimra