Walaupun ramai yang menggemari petai namun ada satu masalah yang akan anda hadapi selepas menikmatinya. Baunya akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada anda dan juga orang sekeliling.
Namun bagi yang sudah biasa menikmatinya, anda pasti susah lali dengan bau yang ditimbulkan selepas memakan sayuran kekacangan ini. Akan tetapi untuk menghormati orang-orang yang berada disekeliling, pasti anda tidak akan melebih-levbih menikmatinya walaupun ianya tinggi dengan khasiat.
Bagi seorang wanita Mat Salih, sejak menikmati sayuran ini, dia seakan ketagih dengan petai.
Menerusi satu perkongsian video, wanita yang lebih dikenali sebagai Aga itu berkata, sejak berpindah ke Malaysia, ramai bercakap mengenai petai sebagai ‘kacang berbau’.
“Tapi saya tidak tahu apa yang peliknya, saya sukakannya,” katanya.
Menurut Aga, dia turut mencuba beberapa resipi masakan Malaysia yang berasaskan petai.
“Saya makan nasi goreng kampung dengan petai, sambal udang dengan petai dan sambal ikan bilis dengan petai termasuk yang mentah.
“Petai mempunyai rasa yang unik, ia mengingatkan saya kepada kubis tumis bawang putih, kacang bulu (edamame), yang membuatkan saya ketagih dan nak lagi,” katanya.
Bagi Aga, apa yang mengejutkannya mengenai petai adalah makanan itu tinggi antioksida, nutrien dan mineral seperti besi dan kalsium.
Ads
Malah katanya lagi merujuk perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petai mempunyai banyak khasiat untuk badan.
“Ia mempunyai banyak khasiat seperti membantu menurunkan kadar kolestrol, mampu menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan tekanan.
“Petai juga meningkatkan daya ingatan dan menghentikan ketagihan merokok serta mengurangkan kesan gigitan nyamuk.
“Jom makan… senarai panjang khasiat untuk sesuatu yang enak. Saya sukakannya,” ujar Aga sambil menikmati makanan bersama petai dengan penuh menyelerakan.
Dalam pada itu, dia turut menyukai cara rakyat Malaysia menjadikan petai sebagai pembuka selera atau umami, diambil daripada perkataan Jepun iaitu umai dan mi, bermaksud rasa yang menyelerakan.
Ads
“Umami dalam sambal dan membawa nasi goreng ke tahap lebih tinggi, dan intersensiti serta keseimbangan sempurna.
“Bagi saya, petai langsung tak busuk. Malaysia mempunyai banyak ‘hidden gem’. Saya tertanya-tanya kenapa ia ini tidak digunakan dalam kebanyakan makanan di negara ini.
“Saya suka tambah makanan dengan petai segar kerana ia menambah rangup dan sesuai dengan yang dimasak, yang menyerap rasa dan rempah ratus dalam hidangan.
“Malaysia, saya mahu melihat lebih banyak petai dalam hidangan anda,” katanya menerusi akaun TikTok.
Menurut KKM, petai atau nama saintifiknya parkia speciosa, mempunyai kandungan tinggi vitamin C yang membantu meningkatkan imun badan dan antioksida, tinggi kalium yang mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.
Ads
Selain itu, ia juga mempunyai kalsium yang baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta vitamin A bagus untuk penjagaan mata, jantung dan kulit.
Ia juga tidak mendatangkan kemudaratan tetapi hanya kurang selesa.
“Walaupun bau petai membuatkan sesetengah individu kurang selesa, namun tiada siapa dapat menafikan khasiat petai.
“Jika anda kurang selesa selepas makan petai, minum kopi tanpa gula dapat membantu mengurangkan bau petai.”
Bagi yang ingin menghilangkan bau petai, anda boleh mencuba petua ini.
Antara yang selalu menjadi ketakutan kita ketika berpuasa adalah masalah bibir pecah dan merekah gara-gara tak cukup air.
Sebenarnya masalah bibir kering dan pecah-pecah adalah masalah biasa yang akan terjadi saat berpuasa. Mungkin tidak semua yang alami tetapi ada segelintir wanita pasti akan risau dengan masalah bibir yang sedikit ‘mengusik’ penampilan menjadikan kelihatan pucat dan kering.
Selalunya dikaitkan dengan punca tidak cukup minum air, tetapi ada juga faktor lain. Jangan risau kerana anda boleh atasi bibir kering sepanjang berpuasa dengan tip yang dikongsi:
1. Pengelupasan Kulit Bibir
Anda boleh buat pengelupasan kulit mati pada bibir seminggu sekali. Caranya mudah, basahkan bibir dengan air hangat. Kemudian gosok bibir anda dengan sikat gigi lembut. Jika takut cara ini akan lukakan bibir, gunakan produk pengelupasan khusus bibir. Biasanya bentuknya seperti lip balm. Produk ini dapat buang kulit mati dan bibir yang kering akan mudah mengelupas.
2. Guna Lip Balm
Untuk mencegah bibir kering, anda kena rajin menggunakan lip balm. Carilah pelembab bibir yang kaya lip balm, mengandung minyak alami dan SPF. Ini dapat menjaga bibir dari sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab jadi bibir kering.
3. Elak Makan Pedas dan Masin
Makanan yang terlalu pedas dan masin menyebabkan bibir dan mulut menjadi kering. Kedua-dua makanan ini juga akan membuat anda cepat haus. Jadi hindari makanan ini waktu sahur dan buka puasa.
4. Jangan Jilat Bibir
Suka sangat basahkan bibir dengan air liur, ya. Ini bukan cara yang bagus untuk basahkan bibir tetapi kesannya akan lagi keringkan bibir.
5. Madu
Madu merupakan bahan alami untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Anda boleh terus sapu madu di bibir. Tetapi jangan pula curi peluang, goles dan jilat bibir ketika puasa boleh batalkan puasa anda. Seeloknya sapu madu sebelum tidur. Waktu bersahur, jangan lupa untuk minum sedikit madu. Selain mencegah bibir kering, madu juga memberikan kekuatan selama puasa.
Wanita-wanita cantik, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah bibir kering keran tip ini sangat berkesan dan tidak memerlukan bajet besar untuk rawat bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak, bila dah terlambat nak pergi ke sesuatu tempat, pasti ada benda yang tidak diduga berlaku? Baju terkoyak masa iron lah, stoking tak kering lagi, anak tudung hilang, telefon tiba-tiba ‘ghaib’ dan banyak lagi. Yang paling haru, bila tengah syok sikat rambut, sikat tu plak tersangkut.
Kadang-kadang, perkara tak terduga macam ni lah yang membuatkan kita lambat bersiap akhirnya terlewat ke kerja, meeting, interview ataupun ke kelas.
@shazzyzainI istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘stress’ apabila rambutnya buat hal ketika dia sudah terlambat pergi kerja telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @shazzyzain, kelihatan lelaki itu sedang kelam-kabut bersiap untuk pergi ke kerja.
Tetapi apa yang kelakar adalah, rambutnya yang agak panjang tersangkut pada sikat gulung sehingga tidak dapat dikeluarkan.
Akhirnya, dia terpaksa membawa sikat itu sekali ke dalam kereta dan memandu ke tempat kerja dalam keadaan seperti itu.
Lebih melucukan, apabila dia terpaksa patahkan hujung sikat tersebut dan memakai baju hoodie namun ianya sangat ketara.
“I istiharkan bahawa pagi hari ini adalah pagi yg kurang ong buat shazrizeen zainudin.. sekian” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdekah melihat gelagat lelaki tersebut yang buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sikat ‘melekat’ di atas kepala.
“Aku tergelak bila dia dah masuk kereta masih ada sikat. Unexpexted hahaha” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mana rambut tersangkut di sikat ketika bersiap.
Boleh dikatakan kita semua bahawa kurma merupakan buah yang dianggap mujarab untuk kesihatan tubuh kerana mengandung nutrisi dan vitamin yang berlimpah. Ia bukan sahaja sebagai pengalak susu ibu bagi yang menyusu bayi tetapi juga untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit.
Lebih berkhasiat apabila kurma dicampur dengan susu. Susu kurma mengandungi kandungan nutrisi buah kurma mengandung karbohidrat, protein, vitamin B, zat besi, dan kalium. Sementara itu, susu kaya akan lemak, protein, dan segudang vitamin lainnya, seperti vitamin A, B6, dan D.
Dengan campuran nutrisi dan vitamin yang ada pada keduanya, ini khasiat yang ditawarkan oleh susu kurma.
1. Menjaga kesihatan jantung.
Kandungan nutrisi yang ada di dalamnya ternyata dapat menurunkan pencetus kepada penyakit jantung.
2. Baik untuk kesihatan kulit
Siapa sangka pengambilan susu kurma ternyata boleh memberikan manfaat untuk kulit yang lebih cerah dan lembut. Menurut penelitian dari Scientific World Journal, kurma mengandung sifat anti penuaan, iaitu phytohormone
3. Susu kurma memperkuat tulang
Minuman ini mengandung kalsium tinggi mungkin menjadi boleh membantu memenuhi keperluan kalsium untuk tulang.
4. Membantu mengurangkan sembelit.
Kurma kaya dengan serat. Apabila mengalami sembelit, salah satu cara mengatasinya adalah makan makanan berserat.
Ikuti resipi oleh puan Nadiah Latfi cara buat susu kurma
1) buang biji & basuh kurma
2) stim 20min
3) blend sampai hancur
4) simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge
5) campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yg sedap di tekak masing2).
Ready utk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...