Pelawak Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak bukan sahaja suami yang penyayang, bahkan bapa yang bertanggung jawab.
Dia yang kini sudah berhenti sebagai penyampai radio di stesen Hot FM mengakui keputusan tersebut di ambil bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
“Saya akui sangat gembira bekerja di stesen radio tetapi sepanjang tiga tahun ini, jadual kerja sangat padat, malah untuk hari hujung minggu pun kadang-kadang saya perlu mengikuti pelbagai program luar. Boleh dikatakan saya langsung tiada hari cuti. Sepanjang tempoh ini, saya tidak pernah berkesempatan menghantar anak-anak ke sekolah memandangkan waktu masuk bekerja adalah awal pagi.
“Daripada anak tahun satu hingga ke tahun 3, saya tidak pernah hantar dia ke sekolah. Malah saya keluar lebih awal dari dia. Itu membuatkan saya terfikir untuk seimbangkan kerjaya dengan famili. Tambah lagi 2019 ini, Allah dah berikan rezeki yang baik. Duit kalau kita cari sampai mati takkan pernah cukup.
“Jadi, saya fikir sekarang adalah masa untuk saya beri tumpuan pada anak-anak pula sekarang. Sebenarnya daripada dulu saya tidak tahu di mana lawaknya saya. Tetapi bila difikirkan kembali, inilah rezeki anak-anak yang Tuhan bagi. Saya dan isteri hanya tumpang sahaja. Niat saya masuk raja lawak pun adalah kerana anak sulung ketika itu,” jelas Ajak yang kembali sibuk dengan penggambaran telemovie di Astro serta bakal keluar single album tak lama lagi.
Ads
Terlepas momen bersama anak
Ditanya karekter anak-anaknya, akui Ajak setiap seorang daripada mereka miliki keistimewaan masing-masing.
“Anak sulung lebih cenderung ke arah bidang sukan. Anak kedua nampak karekter lawak dan pandai ambil hati orang, tak malu dengan kamera manakala yang ketiga belum menunjukkan lagi minatnya. Tetapi kalau boleh saya tak mahu dia besar, biarkan macam tu je sebab 9 tahun ini saya banyak terlepas momen dengan anak-anak.
Ads
“Dibandingkan dengan isteri yang pandai membaca karekter anak, saya pula berbeza. Pernah anak sulung suka meyepak kaki di katil kerana mengantuk tetapi saya tidak tahu. Begitu juga bila anak kedua mengadu abangnya pukul, jadi saya terus percaya. Tetapi isteri cakap itu hanyalah tipu dan dia boleh baca air muka anak-anak,” ujar Ajak yang memberitahu ketiga-tiga anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama.
Resipi kasih sayang
Memeluk dan mencium anak-anak adalah satu pendekatan yang sering dipraktikkan oleh Ajak kerana itu adalah resipi berkasih sayang.
“Saya suka peluk dan cium kerana dengan cara ini memberi kasih sayang. Jadi secara tak langsung, mereka terbiasa berbuat demikian baik di rumah mahupun di luar. Dari bab mendidik, ibunya yang lebih memainkan peranan memandangkan dia seorang guru. Manakala saya lebih ke arah aktiviti luar seperti bersukan, berenang dan sebagainya.
Ads
“Sejak kecil lagi saya sudah membiasakan mereka dengan aktiviti dalam hutan supaya mereka dapat rasa bagaimana hidup jadi anak kampung. Sebenarnya ketika anak kedua lahir, kami tinggal di apartmen, jadi apabila balik kampung dia takut dan tak mahu pijak rumput. Itu yang membuatkan saya melatih mereka terdedah pada semua benda,” ungkap Ajak lagi yang tidak meletakkan limit sebaliknya selagi diterima peminat, dia akan meneruskan karier dalam bidang seni.
Sumber; Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehilangan insan yang tersayang ibarat separuh jiwa dibawa pergi bersama. Bukan mudah menerima kenyataan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya sekelip mata sahaja. Bukan tidak reda namun hati belum boleh menerima sepenuhnya. Lebih memilukan bila mana anak-anak kecil yang belum mengerti mula bertanyakan di mana ibunya.
Inilah situasi yang dialami oleh saudara Khairul Abdullahbila mana istyeri yang disayang dijemput Ilahi. Dalam perkongsian terbarunya, lelaki yang terkenal dengan gelaran Super Daddy ini memuat naik gambar arwah isterinya bersama anak bongsunya. Nukilan ini membuatkan ramai tersentuh hati. Anak bongsu aku ni paling mirip mak dia. Keduanya kongsi banyak ciri yang sama. Senyum dan gelak hampir sama terutamanya bila gelak besar, sebijik copy mak dia. Budak kecik ni paling rapat dengan aku. Dia tak punya ingatan dan memori bersama mak dia. Dia cuma kenal melalui gambar dan video. Dia tak merindu mak dia macam abang-abang dia. Dia cuma tahu aku, ingatan dia hanya berkisar pada aku sahaja. Bila dia dah mula bercakap dan pandai mengingat, hanya aku sahaja yang ada setiap masa dengan dia. Jadi aku adalah ‘everything” buat dia.
Tapi bagi aku, dia adalah “everything” yang ditinggalkan oleh arwah mak dia untuk aku. Tengok senyum dia sudah cukup buat hilang rindu aku. Selepa mak dia meninggal orang mula tanya, pada siapa nak aku serah bayi kecil yang baru berusia 7 bulan ini. Mana mampu aku sebagai lelaki membesarkan bayi sekecil itu. Ohhh, tidak sama sekali aku bagi pada sesiapa pun. Anak aku, darah daging aku, amanah aku, tanggungjawab aku. Tak sesekali aku bagi pada sesiapa walaupun mak aku sendiri apatah lagi orang lain. Aku dah janji dengan mak dia yang aku akan jaga dengan dua tangan aku sendiri. So, I keep my word. Dah lebih 2 tahun dah pun aku besarkan dia dan abang-abang dia bersendirian. It’s tough, but it’s ok. Cuma sesekali aku terasa seperti sedang menunggu isteri aku belum balik dari out station yang sangat lama. Aku rindu. #superdaddy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Renovasi rumah usia 30 tahun, bila dah siap terus nampak wow. Bukan mudah hendak melakukan proses pengubahsuaian rumah lama. Banyak yang perlu diperbaiki namun tiada yang mustahil untuk dilakukan.
Anda perlu teliti dan perlu membuat perancangan sebelum melakukan sebarang proses renovasi. Pastikan kerja-kerja pengubahsuain dilakukan dan siap seperti yang dijangkakan.
Dikongsikan dekorasi rumah yang sudah berusia lebih kurang 30 tahun selepas diberikan nafas baru. Banyak bahagian yang sudah reput dan rosak. Apabila proses renovasi siap, hasilnya memang wow!
SEBELUM PROSES RENOVASI
SELEPAS PROSES RENOVASI
BERIKUT DIKONGSIKAN TIP YANG BOLEH ANDA GUNAKAN KETIKA MENGUBAH SUAI KEDIAMAN:
TENTUKAN REKA BENTUK YANG DIINGINI
Anda perlulah mempunyai gambaran besar tentang apa yang diimpikan. Tentukan juga pengubahsuaian yang anda mahukan sebelum memulakan sebarang pekerjaan kerana jika anda kerap membuat perubahan semasa dalam proses ubahsuai rumah, kos berbelanja akan menjadi lebih tinggi.
TETAPKAN BAJET
Bajet sangatlah penting untuk memastikan anda tidak berbelanja pada yang tidak perlu dan masih mempunyai simpanan untuk masa akan datang. Sekiranya anda bersedia untuk meluangkan masa bagi merancang dan mengawasi ubahsuai rumah anda sendiri, tidak perlu lagi mengupah pereka dalaman yang mungkin memakan kos yang tinggi.
BERBINCANG DENGAN KONTRAKTOR
Sentiasa berbincang dengan kontraktor. Ini dapat mengelakkan salah faham dan perkara yang tidak diingini. Anda juga boleh minta pendapat mereka berdasarkan gaya rumah yang anda sukai. Pastikan perkara tersebut benar-benar berbaloi dan penting dibuat.
Anda juga boleh kaji selidik kontraktor profesional yang berpengalaman dengan pengubahsuaian di lokasi rumah melalui jiran tetangga. Kontraktor yang sudah biasa membuat pengubahsuaian di kawasan perumahan tertentu lebih arif dengan keadaan apa yang sesuai di sana. Jadi, anda mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan dari kontraktor yang sama untuk hasil kerja yang memuaskan!
LAKUKAN PEMERIKSAAN RUMAH
Jika anda sentiasa memberi perhatian kepada kerja-kerja pengubahsuaian semasa melawat, anda mungkin boleh mengesan jika terdapat apa-apa masalah ataupun isu yang ada dengan lebih cepat dan boleh menunjukkan masalah tersebut pada pekerja.
Pastikan anda memeriksa setiap ruang yang sedang diubahsuai dengan jelas supaya anda akan tahu terlebih dahulu jika terdapat cat mengelupas, kebocoran pada bilik air dan dapur, lantai yang tidak rata atau masalah-masalah lain. Semua ini sangat penting dan mestilah diuruskan terlebih dahulu sebelum meneruskan pekerjaan ubahsuai rumah.
JANGAN BAYAR ‘LUMP SUM’
Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tidak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor. Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat kerja yang dibuat.
BERSEDIA DENGAN MASALAH DI LUAR JANGKAAN
Penting untuk anda bersedia dari segi kewangan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka.
Moga urusan anda untuk melakukan pengubahsuaian kediaman anda berjalan dengan baik dan dipermudahkan.
Tak sangka, rupanya boleh tanam cili dengan menggunakan biji benih dari cili kering. Sue Haiza berkongsi idea tersebut menerusi grup Berkebun Untuk Beginner.
Tanam cili daripada biji benih dari cili kering? 🤔🧐 boleh ke?? jawapannya..boleh dan inshaAllah..hidup subur dan berbuah elok seperti pokok cili dri biji benih yg lain 😌
Saya dh cuba. skg ni dh 5-6 pokok yang berbuah lebat. saya rasa ramai dh yg cuba dan berhasil👍😘mgkin ada yg berpendapat cili hasil biji benih ni xberapa pedas. ya betul. saya pun rsa mcm tu . tp xpe.
Asal namanya cili dan subur serta berbuah,dh cukup membuatkn hati saya hepi dan ingin berkongsi dgn semua 🥰🥰
so, ini khas utk yg belum tahu&ingin mencuba untuk bercucuk tanam,tp masih ragu2🥰 cuba lah..xperlu beli biji benih tpi msih boleh bercucuk tanam. inshaAllah, kita akn dpt kutip hasil tgn kita sndiri nanti 🥰
Langkah untuk tanam cili :
1. sediakan pasu&tanah.
2. siram sedikit air pada keseluruhan permukaan tanah.
3. masukkn biji benih (tabur).
4. kemudian,ambil sedikit tanah,tabur pada permukaan biji benih td untuk menutup biji benih. tutup dgn tanah sedikit shj. jgn byk ya.
5. siram sekali lgi.
6. siap.
jgn lupa siram setiap hari dan baja kn
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...