Kesihatan

“Ini Rezeki Allah” Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Normal & Tak Koyak!

Share

Pempengaruh, Nelysa Norazlan yang telah selamat bersalin pada 18 Mei yang lalu sempat berkongsi pengalamannya bersalin secara normal.

Lebih membuatkan ramai yang kagum bila mana Nelysa bersalin tanpa sebarang koyakan dan jahitan biarpun baru melalui pengalaman pertama kali melahirkan anak.

Bersyukur segala proses kelahiran anak sulungnya berjalan lancar, Nelysa turut berkongsi tipnya ketika hamil.

“Ini adalah rezeki Allah. Saya tak tahu pun kebanyakan orang melahirkan anak pertama akan koyak atau kena gunting.

“Kemungkinan saya tak penat, saya ambil epidural.

“Tapi kadang-kadang yang membuatkan saya rasa selalu nak naik angin adalah rasa sakit itu kerap berlaku. Kemudian apabila saya diberikan painkiller, saya rasa macam khayal.

“Saya ambil epidural dan disebabkan epidural saya rasa masih boleh fikir lagi macam mana nak bernafas dengan betul ketika bersalin. Saya pun dapat tidur yang cukup,” kongsinya.

Tambah Nelysa lagi, dia juga turut mengikuti kelas pranatal sebelum bersalin dan belajar cara mengawal pernafasan yang betul ketika bersalin.

“Saya ada ambil kelas pernafasan. Pada awalnya saya ingatkan ia tak membantu sebab ramai kata nanti masa beranak akan lupa semua benda itu.

“Daripada contraction lagi saya dah kawal nafas itu. Kemudian tunggu doktor bagi arahan dan kita kena ikut. Setiap kali contraction walaupun saya rasa kebas, saya akan tetap kawal pernafasan.

“Dalan labour room lebih kurang 12 jam, rupanya nak tunggu bukaan itu yang lama,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja bahkan kata ibu kepada Muhammad Eushaq ini, dia juga turut minum air kelapa bagi membantu memudahkan kelahiran bayi lelakinya.

“Minggu itu saya kerap minum air kelapa. Sehari sebelum beranak saya minum dua biji air kelapa,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Nelysa dan suaminya, Muhammad Multazam Nasir menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Muhammad Eushaq dengan berat 3.04kg.

 

Menarik:  Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my