Tengok pun dah rasa teruja nak mencuba kan. Memang peminat Soto boleh cuba resipi yang dikongsikan ini
Sebenarnya tak susah pun nak sediakan Soto ni. Tip mudah untuk Ibu-ibu, yang penting adalah rasa kuahnya itu.
Kalau kuahnya sedap maka soto anda sememangnya akan sedap. Tak caya jom cuba sendiri ikut resipi yng dikongsikan oleh puan Fara Lome menerusi pageMasak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Betul-betul tekak ni kan. Nah, cuba buat sendiri resepi soto mudah ni.
Kepada yang nak resipi ni ya resipi nya. Sama ja kot dengan resipi2 soto yg lain. Hehe.. maaf xrespon resipi di komen, takut xde yg perasan. Ni baru sempat nak mengarang.🤣
RESIPI SOTO CARA SAYA😬
Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)
Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!
Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.
*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.
Resipi Sambal Kicap (boleh tengok post sy sebelum ni, klik link bawah k)
https://m.facebook.com/groups/1399614277028551?view=permalink&id=3154224534900841
*maaf tersalah terkurang. 😬
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club