Ini Resipi Paling Mudah Nak Buat Kek Keju. Guna 4 Bahan Aje, Tapi Tetap Gebu!

Share
Kek keju memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Makan setiap hari pun tak jemu. Nak buatnya pun mudah dengan bahan-bahan nak buat pun senang nak disediakan.

Jika nak beli harganya agak mahal satu keping kek. Tak rugi jika belajar cara membuat kek keju ni.

Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri di rumah. Resipi ini hanya menggunakan empat bahan sahaja

Walaupun mengunakan sedikit bahan, kek yang dihasilakan tetap sedap, lembut dan gebu. Bahkan lebih jimat dan boleh makan bersama keluarga.

Bahan-bahan:
Cream cheese 200g
Telur gred A 5biji
Susu pekat stgh tin
Selfrising flour 1cawan
Asing putih telur dan kuning
Cara penyediaan:
1) Beat putih telur dlu sampai kembang. Soft peak, bertanduk. Terbalikkan mangkuk tgok ia jadi atau x. Da siap (ketepikan)
2) Creamcheese , susu setengah tin pukul sampai kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan kaup balik pakai spatula je masukkan tepung sikit-sikit kacau sampai sebati.
3) Campurkan adunan putih telur dan adunan cream cheese, kaup balik sehingga kedua2 adunan bercampur sebati.
4) Saya guna loyang petak size 6. Griskan loyang dgn minyak. Lapik dasar loyang, tepi loyang tak  yah lapik baking paper.
5) Masukkan adunan yg dah sbati dalam loyang. Bakar kaedah bain marie api atas bawah suhu 130-150 selama 1jam atau lebih dbergantung oven masing2)
6)Dah masak, rehat 2 mnit dlam oven.panas2 terus terbalikkan kek.
Keaadan kek bukan mcm cotton cheese cake ye, teksture kek ni agak kenyal dan creamy penuh keju terasa.
Memang sedap, baupun wangi! Jom buat hari ni.
Sumber: Nurul Athira
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club