Ini Resipi Cocktail ‘7 Keturunan’ Guna Bahan-Bahan Ini, Jadi Minuman Lebih Sedap.

Share

Sebenarnya nak buat cocktail ada cara rahsia supaya ia menjadi lebih sedap.

Tidak dinafikan semua tahu cara membuatnya amat mudah, namun penyediaan bahan-bahan itu adalah rahsia menjadikan cocktail itu rasa lain dari yang lain.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini mengunakan bahan-bahan ini supaya rasa cocktail lebih enak untuk dihidangkan.

Bacaan menarik: Pernah Ikat Perut Dengan Gaji RM1,500, Siap Hantar Ke Kampung RM400, Wanita Ini Buktikan Bebas Hutang Seawal Usia 30an.

Bacaan menarik: Gaji Sikit Atau Banyak Kena Tahu Had Berbelanja Dan Berjimat, Deep Pesanan Perunding Kewangan Ini.

Jom lihat resipinya.

Resepi rahsia ni dah hampir 7 keturunan dalam simpanan. Hari ni saya berbesar hati nak bongkarkan rahsia resepi cocktail ni untuk ahli group Masakan Berpuaka.

Cocktail 7 keturunan. 
Bahan dan cara cara baca dan tengok sendiri. Sila focus. Susah nak buat ni. 
Nota kaki
Ni sebenarnya resepi kawan saya Linda martopo

Bahan-bahan

Ni bahan bahannya. Yang takde cuma ais. Takkan ais pun tak tahu kan.

Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Air dia tak sedap. Nanti jadi masam. Ntah ye ntah tidak aku ni haha

7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation ni je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah buh 2 tin.

Whipping cream kotak kecik je. Kawan saya ajar buh semua 1 kotak. Ni penting. Kalau tak ada ni memang kurang kick dia kata.

Susu pekat setengah tin. Rasa la sendiri ikut selera kemanisan wajah masing masing.

Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua.

Lupa nak ambil gambo laici. Air laici kalau nak guna buh sikit je. Jangan buh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan buh ais, siap la.

Isteri saya cakap “abang sedapnya. Pandai abang buat”. Saya tersipu sipu malu. Merah muka. Hihi

Apa lagi, jom cuba buat resipi yang enak ini.

Sumber: Hafidz Idri

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club