Sudah tentu ramai yang rindu untuk menjamah hidangan roti canai di kedai mamak. Biasanya ia dihidangkan dengan kuah dal, kari dengan sambal ikan bilis. Tentu menyelerakan. Malah anak-anak juga sudah tentu dah lama teringin untuk makan makanan kegemaran ramai ni.
Jika dahulu sebelum PKP,kita bebas bergerak untuk makan dimana sahaja, namun kini telah ditetapkan syarat tertentu mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepada yang teringin nak makan roti canai ala kedai mamak, apa kata buat sendiri roti canai di rumah. Anak tentu suka dapat makan panas-panas macam kedai mamak.
Menerusi perkongsian oleh puan Iza Haliza Mohd Zaid melalui group Masak Apa Saja Asal Sedap oleh Tok Mat Lesung , memberikan resipi cara membuat roti canai. Sukatan yang digunakan pun mudah iaitu mengunakan sukatan cawan dan sudu. Bukan itu sahaja, beliau berkongsi rahsia bagaimana mendapatkan doh lembut dan elastik.
Jom buat minum petang ni!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara membuat nya:
1. Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
3. Campur minyak masak
4. Campur marjarin
Ads
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat,
tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
Dan saluti dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat.(maisya salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
Ads
lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu…nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu
Di sini PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Sarapan pg td..roti canai homemade..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Roti bakar yang baru diangkat daripada pembakar sememangnya cukup enak kala digabungkan bersama secawan kopi atau teh panas. Tambah enak dan bangkit lagi bila digabungkan bersama karemel daripada pisang emas yang ditaburkan di atasnya.
Resipi mudah lagi ringkas daripada Noriza Awang Hamat ini cukup mudah dan istimewa. Hanya gantikan sapuan kaya atau mentega dan sadurkan dengan marjerin, telur dan pisang emas yang cukup manis. Rasanya memang teramatlah sedap. Tak percaya jom kita cuba!
Memang terbaik la.. roti bakar bertakhta kan kepingan pisang emas. Lemak manis rasanya. Rangup roti yang dibakar garing, kepingan pisang yang berjus apabila digigit. Rugi kalau tak cuba.
Bahan-bahannya :-
Kepingan roti
Marjerin
Kuning telur
Pisang emas
Gula
Cara-caranya :-
1. Sapukan marjerin atau Planta yang dicairkan terlebih dahulu dan kuning telur.
2. Susun kepingan pisang di atas roti kemudian sapukan sekali lagi dengan Planta dan kuning telur. Kemudian taburkan gula.
3. Bakar sehingga garing. Sis guna kuali leper je.
4. Dah siap dibakar.
Mudah betul minuman coklat ni! Nak beli? Meh tekan SINI !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang, lain seleranya. Lagi-lagi dalam memilih makanan. Betul tak? Ada sesetengah orang suka ikut peredaran masa, makan ikut trend masa kini. Malah ada juga yang memang tekak orang zaman dulu, suka makanan dulu-dulu termasuklah kuih-kuih yang dahulu kala mak-mak kita selalu buat.
Yang mana tak ada plan apa petang-petang hening ni, boleh la santai bersama keluarga minum petang apam nasi ni. Sambil makan, sambil imbas kenangan dulu-dulu. Mesti meriah kan? Jom ikuti resipi dari Suhaila Sulaiman ni!
Suka melekat kat lelangit,di letak eno @ baking powder..itu antara sebab knp dulu sy tak suka mkn apam nasi.Sy suka pada rasa apam nasi yg ori..cuma guna yis saje. Sy olah resepi yg ada..ni lah hasilnya.Jauh lebih sedap dn ramai yg suka..ikut sukatan bahan yg sy bagi(jgn ubah) .. innsyaallah pasti anda pun terikut suka 😁😀
RESIPI APAM NASI
1 cwn nasi – kisar halus 1/2 cwn gula( lebihkn klu nk manis lg) 11/2 cwn air 1/2 cwn tpung beras 11/2 tpung gandum 1/2 sk mauripan( lebihkn klu nk cpt di kukus)
● gaul semua bahan..kukus 8 minit jer(utk cup yg kecil spt gmbr di bwh) ● sy bancuh bahan pukul 12 tghari,sy mula kukus jam 6 ptg..sbb tu sy cuma letak sdikit yis( mauripan) saje.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah semestinya kekuatan utama dalam industri baking atau pembuatan kek ini adalah kualiti butter yang digunakan. Lagi mahal butter yang digunakan, lagi bertambah enak hasilnya.
Jadi, buat anda yang berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam bidang baking ini pastinya perlu menitikberat soal pemilihan butter yang berkualiti.Jom ikut kaedah ini!