Umum sudah ketahui bahawa selain daripada ayam dan ikan, daging merupakan salah satu makanan yang kaya dengan protein. Kalau hari-hari makan ayam dan ikan pun bosan kan.
Memasak daging bukan lagi hal yang sukar, tetapi rasanya penyediannya berbeza mengikut rahsia sesebuah resipi itu.
Begitu dengan resipi masakan daging goreng cara Kelantan. Boleh cuba, Ada rahsia yang boleh buat daging jadi empuk. Jom cuba!
DAGING GORENG KUNYIT KELANTAN STAIL
Hari ni Suk nak share cara goreng daging kunyit cara Kelantan pulak. Biarlah satu Malaysia dah pandai goreng daging pon, Suk nak share jugak
Bahan-bahannya
1/2 kg daging dipotong kecil melintang urat (gaul garam kunyit)
1 biji bawang holand
1 biji bawang putih
Cili merah, cili hijau, cili api
Sedikit kicap (rahsia jadi sedap & cantik )
Cara-caranya
Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Cara potong ada di gambar ya. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika bersama air tadi.
Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air tadi membantu daging cepat empuk ya. Tapi jangan banyak sangat, jenuh nak tunggu kering.
Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata. Kemudian boleh la masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.
Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Haa ni petua nak bagi daging goreng kita lagi sedap dan cantik. Sikit jer taww, nanti jadi daging goreng kicap pulak. Gitohhh.
Tadaaa daging goreng kunyit Kelantan stail is donnnne. Boleh hidangkan bersama sayur lemak putih dan menu-menu lain yang matching.
Masakan sebegini memang sedap baunya. Aroma hirisan bawang dan daging membuatkan daging goreng ini enak dimakan bersama nasi panas.
Kredit: Sukma Ismail